Friday, August 03, 2007

Pekerjaan Mempengaruhi Sikap Seseorang Individu

Assalamualaikum

Sahabat dan sahabiyah semua. Hari ni, ana 'terpaksa' lagi ke ABU-A platform untuk trip kali yang ke-5. Setakat ini total trip ana di platform nie ialah 3 bulan jika ana balik 17 August 2007 nie. Minggu lepas ana sempat hadir usrah. Ahli usrah ada membincangkan beberapa perkara, antara yang menjadi tarikan ana ialah apabila Ustaz menyebut bagaimana pekerjaan itu mempengaruhi sikap dan kriteria individu. Kita ambil beberapa contoh pekerjaan.

Pertama, pekerjaan tentera. Seorang tentera dilatih dengan begitu teliti dan tegas. Pelbagai latihan untuk melasakkan pemikiran dan juga jasadiah seseorang tentera. Mereka dilatih agar mentaati disiplin waktu. Jika lewat hadir sebarang pertemuan, mereka akan didenda dan sebagainya. Jika kita berjumpa dan bercakap dengan tentera, nampak gaya dan percakapan mereka agak tegas dan straight. Ini kerana pengaruh daripada latihan dan suasana bekerja mereka terhadap perwatakan mereka.

Contoh kedua ialah seorang guru. Seorang guru semestinya mempunyai skill yang berbeza daripada seorang tentera. Jika seorang tentera dilatih dengan 'teruk' sekali, guru juga dilatih untuk berhadapan dengan pelbagai suasana dan gelagat murid. Jika senjata tentera ialah M16 katakan, senjata guru mungkin pen dan pensel. Tentera berhadapan dengan 'musuh', guru pula berhadapan dengan murid. Semestinya, sikap dan perwatakan guru berlainan dengan seorang tentera.

Saya hanya mengambil dua jenis pekerjaan ini sahaja, anda semua boleh membuat pemerhatian kepada jenis-jenis pekerjaan lain seperti doktor, jurutera, bisnessman dan sebagainya lagi. Pengaruh kerja amat berkait rapat kepada perwatakan seseorang. Walaubagaimanapun, apa yang ingin ana nyatakan dan suarakan di sini. Apapun keadaan dan kodisi kita, bagaimanakah 'dakwah' kita dapat berlangsung dan diteruskan. Tidak terhenti dengan suasana kerja kita yang berbeza-beza. Cuba fikir-fikirkan......

No comments: