Sunday, September 21, 2008

PUISI RAMADHAN

RAMADHAN & LAILATUL QADR
MATAHARI 30 SYABAN 1429

RAMADHAN
KAU HADIR LAGI TAHUN INI
HADIRMU PENUH PENGHARAPAN
SEGUNUNG HARAPAN BUAT PECINTA TUHAN
HADIRMU MEMBERI NAFAS BARU BUAT PEJUANG

RAMADHAN
SILIH BERGANTI SETIAP TAHUN
HADIRMU SEPI BUAT YANG BERJIWA MATERIALISMA
HADIRMU TIADA MAKNA BUAT YANG ALPA
HADIRMU TIADA ERTI PADA YANG LEKA
HADIRMU TIDAK TERASA OLEH MEREKA

RAMADHAN
AKU TERUS MEMASANG HARAPAN
AGAR RAMADHAN TAHUN INI
TERCATAT SATU PERUBAHAN
DALAM HIDUPKU YANG PENUH NODA DAN TITIK HITAM
KEMBALI KEPADA FITRAH
ITULAH YANG AKU HARAPKAN

RAMADHAN
TAWARANmu SUNGGUH BESAR
LAILATUL QADR MENJADI HARAPAN
SEMUA INSAN YANG BERIMAN
SEPANJANG RAMADHAN
HADAPILAH UJIAN DAN CABARAN
SEMOGA LAILATUL QADR MENJADI GANJARAN

RAMADHAN
MOGA RAMADHAN TAHUN INI CUKUP BEERTI
MENJADI TITIK MULA PERUBAHAN
PERUBAHAN KEPADA MUKMIN SEJATI
YANG MAMPU BERJIHAD MENEGAKKAN KEBENARAN
DI DALAM DIRIKU SENDIRI
KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA INI
YA ALLAH JADIKANLAH RAMADHAN
KALI INI RAMADHAN BEERTI BUATKU

8 RAMADHAN 1429
5.02 PM DI TRISYSTEM

Thursday, September 11, 2008

Sekatan Ke atas Blog Ditarik Balik

PUTRAJAYA 11 Sept. - Kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan terhadap mana-mana laman web atau blog di negara ini.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam.

“Arahan sekatan yang dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog sebelum ini, termasuk portal berita 'Malaysia Today' ditarik balik berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

Pandanganku :
1)Blog mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam PRU12.
2)Blog kini menjadi antara penyampai maklumat yang paling pantas berbanding tv dan radio.

Tuesday, September 09, 2008

Kursus Untuk Amah

1) Pagi ini saya mendengar berita di IKIM.fm yang menyatakan kini terdapat 138,000 amah yang bekerja di Malaysia daripada negara luar.

2)Terdapat inisiatif daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan kursus amah untuk wanita tempatan.

3)Saya berpandangan, kursus yang sama juga mesti diberikan kepada bakal ibu.

4) Daripada fakta seramai 12,000 amah asing lari daripada majikan tahun lepas.
Rujuk : http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0825&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_13.htm&arc=hive

Monday, September 08, 2008

FAKTOR MEMUDAHKAN SESEORANG BERQIAMULLAIL

Sama-sama kita cuba praktikkan.



* Ikhlas kepada Allah dlm setiap tindakan yg dilakukan bagi meraih keredhaanNya, iaitu melakukan solat malam dgn merahsiakannya drpd pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada perasaan riyak di dalam diri.

* Hendaklah bagi orang yg melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman , bahawa Allah menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

* Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian & perbincangan.

* Memerhati kpd kesungguhan individu2 terdahulu drpd kita yg istiqamah & iltizam melakukan qiamullail khususnya para solihin di kalangan para sahabat & ulama'.

* Tidur di atas lambung sebelah kanan akn memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

* Tidur dlm keadaan berwudhuk seperti yg ditegaskan oleh Rasulullah; "Apabila kamu hendak masuk tidur, berwudhuklah seperti untuk menunaikan solat." (riwayat Imam Bukhari & Muslim drpd al-Barra' bin Azib)

* Bersegera masuk tidur (tidur awal waktu) terutama slps solat isyak seperti amalan yg dilakukan oleh Rasulullah.(lps terawih la kalu buln posa...)

* Berzikir dgn wirid2 yg ma'thur seperti ma'thurat sblm tidur, kerana ia menjadi benteng diri drpd gangguan syaitan & memudahkan untuk bangun, atau ayat2 pilihan dr al-quran, baca doa tidur, tiga qul dsbnya.

* Seboleh-bolehnya tidur sebentar pd siang hari yg dikenali sbg 'qailulah', iaitu sblm masuk waktu zuhur @ selepasnya, ala kadar ½ jam.

* Elak drpd banyak makan & minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

* Bertekad sedaya-upayauntuk bangun malam dlm apa jua keadaan.

* Menjauhkan dosa & maksiat, kerana ia di kenal pasti sbg penghalang utama dr mudah untuk bangun di tengah malam.

* Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.


"Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kpd orang2 soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kpd Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang drpd terjebak kpd maksiat & dosa dan penawar kpd penyakit yg ada di tubuh."

(riwayat Imam Ahmad & Tirmizi)




...semoga dpt dimanfaatkan b'sama.

Friday, September 05, 2008

Sejarah Saya Berblog

Sudah hampir genap setahun blog http://amin1982.wordpress.com ini di alam siber. .

BILA SAYA MEMULAKAN PENULISAN ?

Saya telah menulis blog menggunakan alamat http://amin1982.blogspot.com pada may 2006 setelah tamat pengajian. Pada 9/9/ 2007, saya mendapati domain http://wordpress.com lebih cantik dan mudah toolsnya, maka saya pun bertukar kepada wordpress. Saya sebenarnya telah mula menggunakan alamat percuma menggunakan GEOCITIES.COM seawal tahun 1999. Kemudian CJB.NET, FRIENDSTER.COM dan BLOGSPOT.COM pada may 2006.

APAKAH PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG PENULISAN?

Antara pencapaian terbaik ialah pelawat di http://amin1982.wordpress.com :

Tarikh yang paling banyak blog ini dilawati ialah pada 10-04-2008 dalam tajuk Negara Islam seramai 744 lawatan.

KENAPA SAYA BERBLOG?

Minat saya dalam penulisan sebenarnya sudah bermula di sekolah menengah. Saya pernah menulis novel untuk mengisi masa lapang. Tujuan saya berblog juga ialah untuk mengasah minat menulis dan menjadikan penulisan saya mudah difahami oleh segenap pembaca. Selain itu, blog menjadi medan dakwah yang berkesan sejak akhir-akhir ini.

BERAPA BLOG YANG SAYA KENDALIKAN?

Setakat ini yang benar-benar saya aktif kendalikan ada empat iaitu http://amin1982.wordpress.com , http://amin1982.blogspot.com, http://anakkusoleh.wordpress.com, http://anakkusoleh.blogspot.com. Minat saya dalam soal pendidikan anak-anak telah mendorong saya membina blog anakkusoleh untuk panduan bersama.

BAGAIMANA DAN BILA MASA SAYA MENULIS?

Saya menulis dahulu di Microsoft Word dan keesokkannya barulah saya update dalam blog. Dengan kaedah ini boleh memastikan setiap penulisan kita mempunyai backup jika wordpress suatu hari nanti ditutup. Saya menulis jika ada masa lapang dan ruang-ruang lapang sewaktu bekerja di siang hari.

MOTTO SAYA

Menulis Untuk Mewaris

APA SIKAP KITA UNTUK TERUS MENULIS?

Bagi saya untuk memastikan blog kita terus dan terus berkekalan ialah perlunya ada MINAT dalam bidang penulisan. Tajuk penulisan pula mestilah berkait rapat dengan apa yang anda MINAT dan KUASAI. Elakkan menulis tajuk yang anda tidak minat. Jangan putus asa jika tulisan anda tiada sebarang komen dan tiada sebarang lawatan. Anggaplah penulisan anda adalah untuk anda belajar menulis secara professional suatu hari nanti.

Penulisan juga mestilah dalam bentuk perkongsian dan libatkan sekali dengan pembaca blog anda untuk memberi sebarang komentar.

BILA BLOG MULA MELEDAK?

Bagi saya di Malaysia adalah selepas PRU12 tahun ini. Blog dijadikan wasilah penyampaian maklumat kepada generasi muda. Sehingga hari ini blog akan dipantau jika menyampaikan maklumat yang bersifat PROVOKASI dan FITNAH.

ADAKAH SAYA MENCUBA BISNES DENGAN BLOG?

Ya, menjana pendapatan menggunakan adsense dan nuffnang.

Wordpress yang percuma tidak membenarkan script java untuk dipaparkan di blog menggunakan domain wordpress.com.

Blogspot.com yang di bawah kendalian Google telah membenarkan blogger untuk memaparkan javascript di blog. Saya sebenarnya mula tertarik dengan dunia blog khususnya menjana pendapatan setelah diberi input oleh seorang remaja berusia 15 tahun yang kini giat membuat portalnya sendiri.

BERAPAKAH BILANGAN BLOGGERS KINI?

Hari ini terdapat dalam 500,000 blog di Malaysia. Bolehlah dikategorikan blog personal, blog business, blog politik dan pelbagai jenis lagi blog. Saya mungkin termasuk dalam jumlah ini.

PERANCANGAN AKAN DATANG

Apapun saya akan terus setia dengan http://amin1982.wordpress.com dan masih berkira-kira untuk mendaftarkan domain http://amin1982.com dan http://anakkusoleh.com pada hujung tahun ini. Doakan saya akan blog yang wujud ini memberi manfaat kepada anda semua.

SERUAN SAYA

Kepada pembaca yang belum mempunyai blog bolehlah membinanya. Pastikan blog yang kita bina diisi dengan apa yang kita MINAT dan BERMANFAAT. Jika tidak pastinya BLOG kita tidak akan berjaya diupdatekan sentiasa kerana kekeringan IDEA.