Wednesday, October 31, 2007

Blog Baru

Para pembaca budiman, saya telah membina blog baru di alamat berikut :

http://amin1982.wordpress.com

Sila lawati blog saya di alamat tersebut. Walaubagaimanapun anda masih boleh meninggalkan pesan pada saya di kotak pesanan.

Friday, October 05, 2007

Ramadhan, Punca Kelesuan Ibadah 10 Malam Terakhir

Syukurku panjat kehadrat Allah SWT kerana sehingga ke saat ini 23 Ramadhan, aku masih lagi mempunyai kekuatan untuk meneruskan jihad 10 Malam terakhir. Sekaligus jihadku untuk melepaskan diri daripada api neraka jahannam. Dengan ketentuan Allah SWT, aku telah diminta untuk menjadi imam solat qiamulaill di surau tempat apartment aku. Kalau sebelum ini agak susah untuk bangun 3 pagi, tapi sekarang alhamdulillah dapat bangun walaupun badan merasa agak letih.

Pagi ini, ada seorang teman meninggalkan satu pesanan kepada saya. Sedih dengan pengurangan jamaah di surau untuk terawikh. Ini kerana dalam bulan ramadhan ini yang menjadi tunjang ubudiyyah ialah berpuasa di siang hari dan berterawikh di malam hari. Di bulan-bulan lain pastinya kita tidak berjumpa dengan ini semua. Bila terawikh telah semakin berkurangan di malam-malam akhir ini, ummah Islam yang mempunyai sifat ukhuwwah terhadap sesama muslim berhak untuk sedih.

Sedih kerana kaum muslimin yang lain sudah mula lesu dalam ibadah. Sudah mula lesu dalam mempertahankan anggota daripada berbuat maksiat. Sudah mula lesu untuk membaca al-Quran. Semuanya sudah lesu untuk membuat segala bentuk ibadah kepada Allah SWT. Dalam kepala semuanya dah terbayang saat gembiranya menyambut Idulfitri.

Tidak salah untuk merasai kegembiraan menyambut Idulfitri, tetapi mesti ada juga perasaan sedih meninggalkan ramadhan. Gembira menyambut Idulfitri bukan semata-mata kerana dapat makan pelbagai juadah semata, tetapi gembira kerana berjaya melalui tarbiyyah ramadhan dengan sepenuh hati. Sedih meninggalkan ramadhan bukan kerana tidak lagi menikmati saat berbuka puasa, tetapi sedih kerana tidak dapat buat yang terbaik untuk ramadhan.

Antara faktor kelesuan ibadah ialah disebabkan ceramah, kuliah dan muhasabah tidak dibenarkan berlangsung di surau-surau dan masjid. Bahkan, bila dibuat kuliah ceramah dan sessi muhasabah surau-surau atau masjid ditutup. Keadaan ini sama seperti mana yang berlaku di suatu zaman yang lampau. Orang munafiq dan musyirikin berkerjasama untuk memadamkan cahaya kebenaran. Orang munafiq yang berkerjasama menyeru orang membuat kejahatan dan bersungguh-sungguh menghalang orang ke jalan kebenaran!

Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik Saksi. Saksikanlah aku telah sedaya upaya memberi peringatan kepada ummah Islam dalam lingkunganku sekadar yang termampu. Semoga Ramadhan 1428H menyaksikan suatu perubahan besar kepada ummah Islam seluruh dunia! Ya Allah bantulah kami ke atas orang kafir, musyrik dan munafiqin.

23 Ramadhan 1428H

Ramadhan, Palestin dan Kesatuan Ummah


Kaum muslimin,
Tajuk ini saya pilih untuk ditulis bersempena dengan Ramadhan 1428H tahun ini. Ramadhan berlalu meninggalkan kenangan yang cukup manis buat orang-orang yang beriman di mana sahaja mereka berada. Ramadhan kali ini juga membuatkan hati terasa sebak dan terharu. Saudara kita di Palestin dibantai tanpa belas kasihan oleh Yahudi La’natullah di bulan Ramadhan khususnya di Bandar Gaza.


Kaum muslimin,
Kaum munafiqin yang bersengkongkol dengan Yahudi La’natullah begitu ghairah merancang strategi untuk menghapuskan pejuang-pejuang yang ikhlas menegakkan kalimah Allah SWT di bumi BaitulMaqdis. Namun, segala perancangan dan strategi mereka tetap dalam pengetahuan Allah SWT yang Maha Tahu. Mereka merancang tetapi Allah SWT juga merancang, maka perancangan Allah SWT sebaik-baik Perancang.

Kaum muslimin,
Adakah keras dan malasnya hati kita untuk mendoakan saudara-saudara se-Islam kita di seluruh pelusuk dunia khususnya di Palestin. Nampaknya kita sudah muak dan pasrah dengan keadaan saudara kita di Palestin. Mungkin pada fikiran kita itulah takdir buat mereka. Kita sudah muak dan malas untuk melayan isu-isu berkaitan dengan Palestin yang sering memaparkan isu ummah Islam ditindas oleh ummah Islam sendiri dan Yahudi La’natullah.

Kaum muslimin,
Dengan kesedaran dan kudrat yang kecil ada pada saya ini, saya menyeru anda semua di bulan Ramadhan 1428 yang penuh barakah ini dengan satu seruan. Ayuh, kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan kaum muslimin diseluruh dunia khususnya saudara kita di Palestin! Ya Allah tolonglah Islam dan Muslimin! Ya Allah tolonglah saudara Islam kami di Palestin. Ya Allah perkuatkanlah semangat juang pejuang-pejuang Islam di sana!

Kaum muslimin,
Perjalanan sejarah telah memaparkan kisah-kisah yang penuh tragis dan duka buat pencinta agama Allah SWT. Musuh-musuh Islam nampaknya begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan Ummah Islam di muka bumi ini. Namun, kita perlu yakin bahawa pertolongan Allah amat dekat! Saya juga meyakini bahawa kita akan dapat merampas semula BaitulMaqdis dan Masjidil Aqsa di bulan Ramadhan dengan syarat kita bersungguh-sungguh mempertahankan Islam di mana-mana sahaja kita berada!

Kaum muslimin,
Yakinlah dengan hanya keimanan yang tulus kepada Allah, kita akan kembali mentadbir dunia yang sebenarnya adalah hak ummah Islam!

Thursday, September 20, 2007

Ramadhan Sudah Menghampiri Fasa ke-2

Ramadhan al-Mubarak sudah menghampiri fasa kedua. Giatkan dan aktifkan diri anda untuk berlumba-lumba mendapatkan kebajikan!

Monday, September 17, 2007

Ramadhan dan Perubahan

"Ya Allah, permudahkanlah laluanku untuk berjumpa denganMu dan menghirup lazatnya dan manisnya keyakinan bertemu denganMu"

Sunday, September 09, 2007

Hadiah Ramadhan

Alhamdulillah saya telah berjaya mebina blog kedua saya di wordpress dengan alamat amin1982.wordpress.com. Dalam blog kedua ini saya lebih memfokuskan kepada pandangan dan cadangan saya hasil daripada pembacaan saya, mengikuti kuliah dan juga suara hati. Tujuan blog kedua ini dibina ialah untuk menyampaikan segala pandangan dan idea saya yang dhaif ini dalam ruangan maya yang terbentang luas. Selain itu juga saya memuatkan biodata saya untuk salam perkenalan dengan pembaca maya semua. Inilah hadiah untuk bulan Ramadhan. InsyaAllah dalam bulan ramadhan ini saya akan lebih banyak menaip dan mempunyai kertas yang banyak untuk dicontengkan!

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1428

Friday, September 07, 2007

Amin al-Kalantani Book Of Record

Satu lagi record yang akan dibuat dalam waktu terdekat ini ialah "Memulakan puasa 1428H di Lautan". RFSB/PCSB mintak lagi aku naik platform dari 9/9 - 14/9. Kalau puasa 1428 jatuh pada 13/9, satu lagi rekod baru dicapai oleh Amin al-Kalantani untuk tahun 1428H ini. Rekod yang baru dibuat ini ialah diberi tajuk "Memulakan Puasa di Lautan".

Selamat Datang Ramadhan dan Azamku

Selamat datang Ramadhan. Azamku untuk bulan Ramadhan tahun nie ialah "Sifar Riba!". Ya Allah Ya Tuhanku...Selamatkanlah Daku dan Keturunanku Daripada Riba!"

MUHAMMAD MERDEKA OR MUHAMMAD AMIN?

Tanggal 31 OGos 1982 jam 4.30 pm, lahirlah seorang insan di atas muka bumi Allah SWT untuk meneruskan pewarisan ubudiyyah kepada al-Khalik. Berkata seorang suami kepada isterinya "Apa kata kita namakan anak ini dengan nama Muhammad Merdeka?" Isterinya tak bersetuju"Tak boleh bang, nanti orang akan gelar dia "Deka". Em...betul jugak tu. Lama isterinya berfikir sekejap "Apa kata kita letakkan namanya......Muhammad Amin".....Sedap jugak nama tu...Alhamdulillah lahirlah seorang Insan dengan takdir dan kuasa Allah SWT, namaku sekarang ditakdirkan begitu. Cukup bangga dan cukup berat amanah yang dipikul. Muhammad akan disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW, sementara Amin disandarkan kepada gelaran kepada Nabi SAW, al-Amin. Allahuakbar! Semuga peribadi Rasulullah SAW sedikit sebanyak tempias kepadaku dengan berkat panggilan ini di dunia dan di akhirat. Kesimpulannya, letakkan nama anak anda dengan nama yang baik!

Wednesday, September 05, 2007

BIODATA AYAH

Che Hassan b Hj Abd Rahman b Awang Hamat b Sulaiman.


Dilahirkan tanggal 24 Julai 1954. Pada tahun 2006 nie umurnya sudah menjangkau 52 tahun. Nama ibunda pula ialah Halimah bt Mat Diah. Ayah dilahirkan di Kampung Lundang Paku, Kota Bharu Kelantan. Dikurniakan 9 cahaya mata. Tiga cahaya mata dengan Che Halimah dan 6 cahaya mata dengan Zaharah. Hj Abd Rahman (datuk) merupakan seorang mengajar al-Quran di kampungnya. Awang Hamat (moyang) bekerja kebun di kampong. Nama ayah emak ayah ialah Halimah bt Mat Diah. Adik beradik Hj Abd Rahman seramai 3 orang iaitu Mat Zin, Mok Su kat serendah. Sepupu ayah ada kat kuala Lumpur.

BIODATA ISTERI

Zaharah bt Ismail merupakan isteri kedua kepada Che Hassan setelah beliau bercerai dengan Che Halimah. Zaharah dilahirakan pada 24 November 1960. Dikurniakan seramai 6 orang anak hasil perkahwinan dengan Che Hassan. Berasal daripada Bachock.

BIODATA ANAK-ANAK

Muhammad Ridzwan
Siti Khairiyyah 7 Julai 1980
Muhammad Amin 31 Ogos 1982
Nooraini dilahirkan pada 7 September 1985.
Norhassyati
Nor
Nurfaizah
Nurnajizah
Mohd Hafiz

Thursday, August 23, 2007

Merdeka 50

Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan kali yang ke-50 pada 31 Ogos 2007. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT di atas segala limpahan berkat dan rezeki yang diberikan kepada kita sehingga hari ini.
Hari ini, aku terbaca satu artikel berita dalam akhbar utusan bertajuk “Undang-undang Syariah Terbaik”-Gani. Tajuk berita ini menarik perhatian aku sehingga membacanya dari awal sehingga ayat yang terakhir.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani menyebut “Undang-undang Syariah adalah terbaik kerana ia menekannkan kepada keadilan dan pembahagian yang saksama”. Menurutnya lagi, mengikut undang-undang Syariah, memberi keadilan dan hak saksama kepada yang berhak merupakan prinsip utama mengikut ajaran al-Quran.
Sementara itu Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim turut mencadangkan supaya usaha dilakukan untuk memartabatkan undang-undang Islam dalam perundangan negara dan perundangan antarabangsa.
Apa yang menariknya ia disebut oleh pakar undang-undang Negara sendiri, bukan daripada gerakan Islam yang selama ini sentiasa memperjuangkan Negara Islam. Pada pandangan aku, apa yang disebut dan dicadangkan oleh mereka ini ialah hasil daripada kajian dan penelitian mereka terhadap sistem perundangan sedia ada yang masih tidak adil dalam beberapa hal. Ini tidak dapat dinafikan kerana undang-undang sekarang ialah ciptaan manusia. Banyak kelemahannya berbanding undang-undang Islam yang penciptanya ialah Tuhan Sekelian Alam.
Apa yang diiutarakan oleh mereka berdua ini juga sebenarnya sudah lama diperjuangkan oleh Ulama di Tanah Melayu sebelum ini. Kemerdekaan yang kita kecapi dan nikmat Islam yang kita amalkan hari nie adalah hasil titik peluh dan titik darah para ulama kita. Sila baca buku “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan” hasil tulisan Ust Riduan Mohd Nor. Padat dengan informasi sejarah yang pastinya kalian tidak dapat dalam kitab-kitab sejarah Malaysia hari ini.
Sambutan kemerdekaan kali 50 tahun ini, merupakan tahun ‘keramat’ bagi Malaysia kerana angka 50. Jika seorang manusia, umur 50 menunjukkan proses kematangan dari sudut jasmani dan rohani sudah hampir sempurna. Semoga angka 50 ini memberi satu semangat baru kepada pencinta-pencinta undang-undang Islam hari ini, kerana Islam pastinya akan tetap di atas daripada yang lainnya.



Berita Penuh Di bawah
Undang-undang syariah terbaik – Gani
Oleh NORILA DAUD
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 yang berasaskan prinsip Common Law Inggeris, lazim digunakan dalam perbicaraan apabila keadaan memerlukan.
Beliau berkata, kedua-dua seksyen itu memberi peruntukan untuk mengguna pakai norma-norma atau amalan biasa serta prinsip-prinsip lain yang menekankan kepada keadilan dan pembahagian yang saksama mengikut Perlembagaan negara.
‘‘Undang-undang tersebut telah diguna pakai oleh para pengamal undang-undang sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim semalam mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara.
Menurutnya, penggunaan Common Law hanya menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.
Beliau turut mencadangkan supaya usaha dilakukan untuk memartabatkan undang-undang Islam dalam perundangan negara dan perundangan antarabangsa.
Abdul Gani bagaimanapun berkata, undang-undang Syariah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.
Katanya, sudah sampai masanya untuk semua pihak memikirkan lebih daripada Common Law untuk prinsip-prinsip keadilan dan pembahagian hak saksama bagi mengisi bahagian-bahagian yang perlu dimantapkan dalam sistem perundangan negara.
‘‘Sudah tiba juga masanya untuk kita mendapatkan prinsip-prinsip tersebut (keadilan) dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk agama Islam dan juga undang-undang adat seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak,’’ jelasnya.
Sementara itu, kata beliau, undang-undang Syariah dilaksanakan di negara ini setelah digubal dan diluluskan oleh Parlimen.
Menurutnya, mengikut undang-undang Syariah, memberi keadilan dan hak saksama kepada yang berhak merupakan prinsip utama mengikut ajaran al-Quran.
Utusan Malaysia 23/8/07

Amin al-Kalantani Book Of Record

Semalam aku pergi ke usrah cawangan. Sekali lagi diperli oleh rakan-rakan jamaah, "kemana 3 minggu nie menghilangkan diri ya Sheikh....?"....."Ana baru balik offshore lah ustaz....."...Sambil melemparkan senyuman yang agak janggal setelah agak lama tak berjumpa dengan rakan-rakan jamaah.

Usrah dimulakan dengan bacaan al-Mathurat dan diteruskan dengan hafazan. Ustaz memandang kat aku, "Ya Amin, nta dah habis hafaz al-mudathir?"..."..."Dah ustaz!" jawabku pantas. Aku membaca semuala surah mudathir menyambung ayat yang dibacakan oleh ustaz. Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan dan ketekunanku waktu kat offshore, habislah aku menghafaznya. Tapi, bila ditakrirkan semula, ada 2-3 tempat yang masih tak betul, dan tertinggal bacaannya. Apapun alhamdulillah, dapat selesaikan amanah...

Inilah record yang paling mahal dalam sejarah hafazanku, surah-almudathir berjaya dihafal ketika berada di tengah-tengah laut. Kebanyakan surah-surah lain berjaya dihafaz di darat. Syukur, kepada anugerah Allah SWT ini. Dengan itu dengan bangganya, aku mencatatkan kejayaan ini dalam "Amin al-Kalantani Book of Record".

Sasaran pemuda ialah untuk menyelesaikan hafazan surah as-shaaf, al-mulk, al-muzammil, al-mudathir dan al-hujurat. Dengan menghafaz surah-surah ini, insyaAllah ia akan menjadi muhasabah yang besar kepada semua pejuang-pejuang Islam dalam berdepan dengan musuh di kalangan syaitan dan manusia. Sama-sama menghafaz al-Quran!!!

Wednesday, August 15, 2007

Berfikir apabila melihat lautan

Alhamdulillah dalam kelapangan waktu dapat lagi aku menulis. Dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT dapat lagi meneruskan coretan ringkas, apa yang sedang kufikirkan untuk dikongsi pada kalian dan keturunanku yang akan datang.

Apabila aku pergi offshore dan melihat lautan yang terdampar luas, timbul pelbagai perasaan dan fikiran dalam benak otak fikiranku. Lautan yang mempunyai keluasan 2/3 daripada bumi yang kita duduki ini. Betapa indahnya lautan yang diciptaNya untuk manusia. Daripada lautan pelbagai khazanah dan rezeki yang Allah berikan kepada manusia, pelbagai jenis ikan, udang, sotong dan banyak lagi yang belum diketahui. Lihatlah lautan yang membiru dalam gambar di bawah. Indahkan?!....bagi manusia yang berfikir tentulah banyak memberi dorongan kepadanya untuk mendekatkan diri pada al-Khalik.



Di bawah lautan nun jauh ke bawah, Allah swt mengilhamkan kepada manusia ada sumber tenaga yang boleh digunakan untuk kegunaan manusia iaitu minyak.

Lihatlah gambar di bawah minyak yang hitam ini di bawah lautan sana Allah swt mengilhamkan kepada manusia mengambilnya. Minyak hitam inilah yang mula-mula keluar daripada telaga minyak daripada pelantar minyak.



Semalam sempat sebelum tidur aku membaca satu buku karangan Harun Yahya yang bertajuk “Bagaimana seorang muslim berfikir?”. Sedikit coretan yang aku ambil daripada karangan beliau ku sisipkan di bawah ini untuk renungan kita bersama.

“Seseorang yang tiada henti memikirkan tentang planet dimana ia hidup, menyedari betapa pentingnya air yang diciptakan Allah untuk kehidupan manusia. Kemudian ia pun berpikir: manusia pada umumnya paham tentang pentingnya air hanya ketika mereka kekurangan air dalam waktu yang lama. Air adalah substansi yang kita butuhkan setiap saat dalam hidup kita.

Misalnya, sebagian besar dari sel-sel tubuh, dan darah yang menjangkau setiap bagian kecil dari tubuh kita tersusun atas air. Jika tidak demikian, maka fluiditas darah akan berkurang dan darah akan sangat sulit mengalir di dalam pembuluh vena. Fluiditas air tidak hanya penting bagi tubuh kita akan tetapi juga untuk tumbuh-tumbuhan. Air mampu menjangkau bagian yang paling ujung dari daun dengan melalui pembuluh-pembuluhnya yang halus seperti benang.
Massa air yang sangat besar di lautan menjadikan bumi kita tempat yang dapat didiami. Jika proporsi lautan di bumi menjadi lebih kecil dari daratan, di mana-mana akan berubah menjadi gurun yang tidak memungkinkan adanya kehidupan.

Seseorang yang sadar dan berpikir tentang hal ini akan benar-benar yakin bahwa adanya keseimbangan yang begitu sempurna di bumi sudah pasti bukanlah sebuah kebetulan. Setelah menyaksikan dan memikirkan fenomena tersebut, akan tampak bahwa segala sesuatu diciptakan dengan sebuah tujuan oleh Pencipta yang Maha Tinggi dan Pemilik Kekuatan yang Abadi.

Di samping itu, ia juga sadar bahwa contoh-contoh yang telah ia pikirkan sebagaimana di atas sangatlah terbatas. Sungguh, tidaklah mungkin untuk menyebutkan jumlah seluruh contoh-contoh yang berkenaan dengan keseimbangan yang sempurna di bumi. Bagi orang yang berpikir, ia akan dapat dengan mudah menyaksikan keteraturan, kesempurnaan dan keseimbangan yang terlihat jelas di setiap sudut jagad raya, dan dengannya mencapai suatu kesimpulan bahwa segala sesuatu diciptakan Allah untuk manusia.

Allah berfirman dalam Al-Qur'an:
"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir." (QS. Al-Jaatsiyah, 45: 13)

Betapa manusia yang muslim wajib berfikir dengan melihat semua kejadian adalah dengan kuasa Allah SWT. Mudah-mudahan coretanku yang sedikit ini memberi pengajaran dan menambahkan ilmuku dan ilmu pembaca semua dalam kita mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Kehidupan di Platform



Kehidupan di platform Abu-A banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepadaku. Inilah gambar terkini di platform dalam control room tempat aku sentiasa duduk mengadap komputer siang dan malam.


Jadual di offshore :
5.30 am – bangun mandi dan solat subuh. Kena pastikan arah kiblat dahulu kerana kapal FSO sentiasa berubah arah kiblatnya.

6.30 am – sarapan pagi.

7.00 am – bersedia di tempat crane untuk tujuan ‘transfer’ ke boat pakai gasket.

7.30 am – Naik boat ke platform.

Bergambal dengan Li (Unilib), Pangiran (RFSB) dan En. Zul daripada Petronas.
sampai di platfrom. Kena buat transfer boat. Ini kena-hati lompat nie. Bahaya.


7-45 am : Teruskan kerja macam biasa di platform. Masuk control room dan mengadap komputer. Buat kerja mana-mana yang tak settle lagi.

1.15 pm – solat dzhuhur di surau platform.



Inilah surau kat Platform. Seronok dan khusyuk solat kat sini. Tengok kiri kanan lautan yang membiru dengan hembusan udara segar di lautan. Kadang-kadang jenguk-jenguk kat bawah tengok pelbagai jenis ikan yang menghuni lautan luas.

Sunday, August 12, 2007

Kedudukan ABU-A Platform


Inilah Kedudukan ABU-A Platform. Dekat dengan sempadan Vietnam.

Panorama Abu-A Platform

Inilah panorama di abu-a platform waktu petang. MasyaAllah indahnya ciptaan Tuhan.

Teknologi Platform Abu-A Petronas

Inilah teknologi platform Abu-A

Friday, August 03, 2007

Pekerjaan Mempengaruhi Sikap Seseorang Individu

Assalamualaikum

Sahabat dan sahabiyah semua. Hari ni, ana 'terpaksa' lagi ke ABU-A platform untuk trip kali yang ke-5. Setakat ini total trip ana di platform nie ialah 3 bulan jika ana balik 17 August 2007 nie. Minggu lepas ana sempat hadir usrah. Ahli usrah ada membincangkan beberapa perkara, antara yang menjadi tarikan ana ialah apabila Ustaz menyebut bagaimana pekerjaan itu mempengaruhi sikap dan kriteria individu. Kita ambil beberapa contoh pekerjaan.

Pertama, pekerjaan tentera. Seorang tentera dilatih dengan begitu teliti dan tegas. Pelbagai latihan untuk melasakkan pemikiran dan juga jasadiah seseorang tentera. Mereka dilatih agar mentaati disiplin waktu. Jika lewat hadir sebarang pertemuan, mereka akan didenda dan sebagainya. Jika kita berjumpa dan bercakap dengan tentera, nampak gaya dan percakapan mereka agak tegas dan straight. Ini kerana pengaruh daripada latihan dan suasana bekerja mereka terhadap perwatakan mereka.

Contoh kedua ialah seorang guru. Seorang guru semestinya mempunyai skill yang berbeza daripada seorang tentera. Jika seorang tentera dilatih dengan 'teruk' sekali, guru juga dilatih untuk berhadapan dengan pelbagai suasana dan gelagat murid. Jika senjata tentera ialah M16 katakan, senjata guru mungkin pen dan pensel. Tentera berhadapan dengan 'musuh', guru pula berhadapan dengan murid. Semestinya, sikap dan perwatakan guru berlainan dengan seorang tentera.

Saya hanya mengambil dua jenis pekerjaan ini sahaja, anda semua boleh membuat pemerhatian kepada jenis-jenis pekerjaan lain seperti doktor, jurutera, bisnessman dan sebagainya lagi. Pengaruh kerja amat berkait rapat kepada perwatakan seseorang. Walaubagaimanapun, apa yang ingin ana nyatakan dan suarakan di sini. Apapun keadaan dan kodisi kita, bagaimanakah 'dakwah' kita dapat berlangsung dan diteruskan. Tidak terhenti dengan suasana kerja kita yang berbeza-beza. Cuba fikir-fikirkan......

Wednesday, July 25, 2007

Manisnya..... Sholat


Assalamualaikum...

Sahabat dan sahabiyah,
Hari ini ana menyeru diri ana dan sahabat dan sahabiyah semua mengambil masa untuk sama-sama kembali bermuhasabah berkaitan dengan asas rukun Islam yang lima iaitu yang rukun Islam ke-2, menunaikan sholat lima kali sehari semalam.

Sahabat dan sahabiyah,
Ana tidak hendak berbicara soal rukun-rukun sholat kerana semua sudah sedia maklum dan mempelajarinya. Ana juga tidak berniat untuk mengajar kerana ana bukan ahlinya. Namun, salah satu tugas pimpinan ialah memperingati dirinya sendiri dan juga memperingati ahli di bawah pimpinannya agar sentiasa meningkatkan mutu dan prestasi sholat kita dari semasa-semasa.

Sahabat dan sahabiyah,
Jika sebelum ini kita suka sholat bersendirian, cubalah memperbaharuinya dengan berjamaah. Sholat berjamaah merupakan asas dan roh kepada kehidupan berjamaah yang telah ditunjukkan oleh Baginda Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Allah berfirman:

“Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.” (at-Taubah: 18)


Jika sebelum ini suka melengah-lengahkan sholat dengan alasan banyak kerja, letih, ‘tunggu dulu’ dan sebagainya maka hendaklah sholat di awal waktu. Ini kerana sholat di awal waktu menunjukkan kita komitmen terhadap amanah dan tanggungjawab kita kepada Allah SWT al-Khalik. Jika sebelum ini kita mengambil wudhuk dengan acuh tak acuh, maka selidik semula atas kekurangan wudhu’ yang kita ambil. Ini kerana wudhu’ yang sempurna akan mendatangkan kesempurnaan sholat.

Sahabat dan sahabiyah,
Jika sebelum ini kita seringkali menerawang dalam sholat, maka pertingkatlah fokus kita kepada Allah SWT. Ini kerana dengan mengingati Allah SWT jiwa akan bertambah khusyu’. Khusyu’ dalam sholat merupakan agenda besar yang dipesankan oleh Nabi SAW. Khusyu’ tidak mudah diperolehi sepertimana kita ingin membeli barang-barang di kedai ataupun khayal sebagaimana kita mendengar lagu-lagu yang kita minati. Khusyu’ adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambanya yang benar-benar ingin menikmati ‘manis’nya khusyu’ itu.


Allah SWT berfirman:

“Dan dirikanlah sembahyang itu kerana mengingatiku.” (Taahaa: 14)

Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam sholat bertentangan dengan maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan sholat untuk mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam sholatnya.


Allah berfirman lagi:

“Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.”
(al-A’raaf: 205)

“Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mu’minin yang berkhusyu’ dalam sholat mereka.” (al-Mu’minun: 1-2)

Allah telah mengkategorikan khusyu’ dalam sholat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam sembahyangnya, bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata “al-Falah”.


Sahabat dan sahabiyah,
Carilah jalan bagaimana kita boleh mempertingkatkan mutu solah kita hari ke setiap hari agar kita mencapai seorang muslim hakiki. Banyak masa kita habiskan untuk bekerja setiap hari, ambillah masa untuk mempertingkatkan mutu solah yang akhirnya kita antara yang menikmati ‘manis’nya sholat’......sebelum ajal tiba.

Tuesday, July 24, 2007

Kekuatan Tulisan…..Kekuatan Menulis…

Assalamualaikum….
Sahabat dan sahabiyah satu “Cara Hidup”…..Islam. Hari ni hari pertama ana masuk semula ke office setelah pulang dari offshore. Terbaca pasal 8.3 juta Harrypotter terjual di pasaran…Jumlah yang banyak….Terpikir pada fikiran ana hebatnya tulisan….boleh menarik begitu ramai orang untuk membacanya……InsyaALLah cita-cita ana nak menulis yang boleh menghasilkan kekuatan. Doakan ana.

8.3 juta dijual di AS dalam 24 jam
NEW YORK 23 Julai – Siri ketujuh dan terakhir novel karya J.K. Rowling, Harry Potter and the Deathly Hallows, mencatat sejarah apabila sebanyak 8.3 juta naskhah dapat dijual dalam masa 24 jam berada di pasaran di Amerika Syarikat (AS).
Penerbit di AS, Scholastic berkata, mereka mencetak sebanyak 12 juta naskhah memandangkan buku itu dinantikan oleh ramai peminat.
Ia dipasarkan mulai Sabtu lalu di 93 buah negara.
Difahamkan jualan awal naik kira-kira 20 peratus berbanding edisi keenam.
Buku itu ibarat sihir kepada peruncit juga mencatatkan rekod di semua kedai buku di New York dan bandar-bandar lain di AS.
Ketua Pegawai Eksekutif kedai buku Borders cawangan AS, George Jones memberitahu AFP, ia merupakan hari terhebat dalam sejarah kedainya apabila 1.2 juta naskhah berjaya dijual di seluruh dunia pada Sabtu lalu.
Setiap siri Harry Potter menjadi buku paling laris di Amerika Syarikat, Britain dan seluruh dunia.
Menurut kenyataan Scholastic, siri keenam, Harry Potter and the Half Blood Prince, yang dipasarkan pada 16 Julai 2005, dijual sebanyak 6.9 juta naskhah dalam masa 24 jam pertama, daripada keseluruhan 10.8 juta cetakan.
Tiada buku lain, malah enam edisi Harry Potter terdahulu mendapat sambutan hangat dan dijual dengan begitu banyak.
Purata edisi terbaru ini adalah lebih 300,000 naskhah dalam sejam dan lebih 5,000 naskhah dalam seminit.
Ia juga menjana pulangan lebih RM850 juta (lebih AS$250 juta), tiga kali ganda hasil jualan tiket filem Harry Potter and the Order of the Phoenix yang ditayangkan sejak 10 Julai lalu.
– Agensi

Friday, July 13, 2007

Suara dari Pelantar Minyak

Assalamualaikum.....

Semoga sahabat-sahabat semua dalam kerahmatan dan perlindungan Allah SWT. Ana sekarang berada di Platform minyak ABU-A Platform, 320 km daripada Terengganu berhampiran dengan Vietnam. Alhamdulillah, walaupun pelbagai ujian melanda dengan keadaan ombak yang agak tinggi sekitar 1-2 meter, ana dapat bertahan lagi. Maaf sebab tak sempat menghantar maklumat ana pergi offshore kerana pergi tergesa-gesa. InsyaAllah ana akan balik pada 20/7 nanti.

Thursday, July 05, 2007

Adakah kita sudah futur dalam perjuangan?

Semalam baru dapat berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan usroh. Rasanya dah 2 bulan lebih tak berjumpa. Semenjak ana pergi offshore, banyak kali usroh yang dah terlepas. Sudah lam tak jumpa dengan sahabat-sahabat....Mula timbul perasaan ‘segan’ nak pi usroh. Takut-takut dapat sindiran dari rakan-rakan usroh.

Namun dalam kemelut itu, ana gagahkan juga ke usroh demi menyambung nadi perjuangan dalam diri. Nak bertemu dengan sahabat-sahabat. Sampai sahaja di sana, usroh dah dimulakan dengan bacaan mathurat dan hafazan. Ana rasa cukup bangga bila melihat rakan usroh yang rata-ratanya umur 30 hingga 40 tahun, boleh menghafal 5 surah yang diamanahkan pada mereka. Surah tersebut ialah Surah al-Mulk, Surah As-Shaaf, Surah Al-Muzammil, Surah Al-Mudhatthir.

Sampai giliran ana untuk hafazan...ana terkedu seketika. Dah tak ingat hafazan surah al-Muzammil, walhal analah orang pertama yang berjaya menghafal surah ini. Ada sahabat berkata “Amin, nie nta orang pertama yang berjaya mengahafal surah nie...apa dah jadi syeikh?.....”Ana terasa jugak...memang dah lama tak mengulangkaji hafzan. Ust, mengingatkan kepada semua rakan usroh dengan kata-katanya “Hafazan ini adalah amanah kepada kamu. Maka mesti hafaz sampai semua dalam masa setahun, 2 tahun, 3 tahun ke atau sampai ke akhir hayat kena berusaha”...

MasyaAllah susah betul nak menghafal dan mengingati bacaan al-Quran. Mungkin hati nie dah banyak buat maksiat kepada Allah SWT. Tak dibersihkan...Bila slot usroh masuk ke bab “Wabak di sepanjang jalan..”, ana terus membuka tajuk futur. Takut-takut ciri-ciri keadaan ana termasuk dalam kategori tersebut.

Sahabat-sahabiah semua, kekangan dan masalah kehidupan akan meruntun banyak di antara kita kandas dalam medan perjuangan. Bila lama tak bersama, terasa segan untuk meneruskan perjuangan, takut sindiran dan perlian daripada rakan-rakan seperjuangan.

Ana teringat dengan kata-kata TG Nik Abd Aziz Nik Mat melalui satu SMS rakan ana kepada ana yang berbunyi “ Perjuangan Islam ibarat kereta. Jika tiada halangan kita laju. Jika ada speed trap kita slow. Jika ada traffic light, kita berhenti tapi enjin jangan mati”. Begitu tersentuh hati saya bile membaca SMS nie.....Begitu dalam kata-kata TG.

Ayuh, sama-sama kita muhasabah diri kita, adakah kita termasuk dengan golongan yang futur dalam perjuangan ataupun tetap istiqomah dalam medan ini?.....

Wednesday, July 04, 2007

Mengurus Kewangan Secara Islam

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang kepada diri saya untuk terus menulis di ruangan blog nie. Asalnya, macam dah malas nak menulis diblog nie kerana rasa macam tak memberi manfaat yang maksimum kepada orang lain. Namun, terfikir pada fikiran saya suatu persoalan. Jika kita meninggal dunia, apakah sumbangan kita kepada masyarakat. Jika kita meninggal dunia, apa yang kita tinggalkan kenang-kenangan untuk yang masih hidup? Mungkin kita dapat tinggalkan pakaian, gambar, kereta, rumah dan sebagainya. Tapi suatu yang manfaat ialah ‘catitan seharian’ dan ‘luahan hati’ kita untuk tatapan semua.......terserahlah kepada sahabat-sahabat semua untuk membuat penilaian.

Hari ini...saya terbaca satu risalah ‘PTPTN, Status Shariah & Kos Perkhidmatan yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Sila ke laman web beliau di http://www.zaharuddin.net/index.php. Dalam Kertas kerja yang disampaikan oleh beliau, jelas kondisi PTPTN sekarang yang mengenakan 3% kos perkhidmatan adalah riba. Jika riba, sudah tentu duitnya tak berkat mengikut ugama Islam. Mungkin dulunya kita ( termasuk diri saya sendiri) seorang pelajar yang ingin ke menara gading. Kita bukan daripada golongan kaya raya yang dapat menampung kos menyambung pengajian di IPT yang agak besar. Maka salah satu caranya ialah dengan meminjam daripada PTPTN.

Bila terbaca kertas kerja ust nie, hati saya jadi sedih dan sedikit keliru..Mungkin pada waktu meminjam kali pertama kita tak tahu. Tapi sepanjang pengajian 5 tahun kat kampus, tak berdayakah atau tak berusahakah untuk mengelaknya? Saya jadi terkedu…Asalnya dah dapat peluang untuk biasiswa Kementerian Pengajian Malaysia. Tapi ditolak oleh saya yang berfikiran singkat waktu itu…

Jarang dalam web atau buku-buku yang menulis secara khusus berkenaan dengan ‘Mengurus Kewangan Secara Islam’. Keadaan itulah menyebabkan saya mula berminat untuk meneliti dengan lebih mendalam. Beberapa persoalan yang kita mesti titik beratkan dalam mendapatkan pendapatan kita. Soalan tersebut seperti di bawah :
1. Apakah punca pendapatan kita? Adakah daripada sumber yang halal?
2. Daripada pendapatan kita setiap bulan, adakah kita mengeluarkan zakat pendapatan?
3. Ke mana kita gunakan pendapatan yang diperolehi? Sedekah? Amal Jariah?
4. Adakah kita terlibat dengan riba? Apakah itu riba?

Hakikatnya, persoalan melibatkan kewangan dalam Islam amat-amat dititik beratkan. Ini kerana ia membabitkan hal dosa dan pahala. Jika tersalah langkah kita telah terjebak dalam dosa. Adakah kita tidak tahu masalah ini..ataupun memang sengaja tidak ambik tahu.
Moga-moga selepas ini, ada yang boleh menulis secara kursus berkenaan dengan ‘Mengurus Kewangan Secara Islam’. Akan menjadi panduan kepada pelajar dan seluruh ummah Islam agar pendapatan dan rezeki kita semua adalah dari sumber yang jelas ‘halal’.

Friday, June 29, 2007

BAITUL DAKWAH

Assalamualaikum kepada semua pejuang-pejuang Islam........

Sahabat/sahabiyah seperjuangan,
Marilah kita sama-sama meneliti dan melihat keadaan zaman kita sekarang ini dengan mata zahir dan mata hati yang bersih dan terang. Apakah nasib keturunan kita akan datang?Apakah musibah yang celaka bakal menghadapi keturunan kita akan datang? MasyaAllah....jika kita sama-sama meneliti dengan keimanan maka kita akan tahu bahawa betapa besarnya Fitnah yang akan timbul akhir zaman nanti.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Selamatkan anak-anak/cucu-cicit kita akan datang dari fitnah ini? Kita sepatutnya risau akan kehidupan mereka akan datang. Bila kita memerhatikan remaja-remaja zaman sekarang, kita sedih dan pilu. Kebanyakan mereka telah dilalaikan dengan pelbagai hiburan yang menjauhkan mereka daripada memahami dan meminati ilmu-ilmu Islam.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Tidak dapat tidak untuk meyelesaikan permasalah ini ialah dengan kita membina "baitul dakwah" yang akan menjadi markas untuk melahirkan para mujahid dan mujahidah penerus risalah para anbiya'. Rumahtangga yang berteraskan tauhid kepada Allah SWT. Rumahtangga yang sentiasa disirami keberkatan dan kerahmatan oleh Allah SWT hasil daripada ketaqwaan suami dan isteri seterusnya mengalir ke dalam jiwa-jiwa muda anak-anak.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Rumahtangga yang kita bina bukanlah semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu badani, bahkan lebih dari itu. Rumahtangga juga adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Para pemuda amat digalakkan kahwin awal kerana menyelamatkan mereka daripada fitnah dunia yang amat kritikal di zaman sekarang. Para pemudi Islam juga mestilah berusaha mendapatkan suami yang shaleh untuk mengemudi bahtera rumahtangga yang akan menyusuri ombak badai yang begitu mengganas di zaman ini.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Janganlah kalian memandang enteng terhadap penubuhan "baitul dakwah", gara-gara kalian berkenan dengan pasangan yang pada pandangan mata kalian semata-mata. Bacalah dengan mata hati, dan berdoalah dengan doa " Ya Allah, jika pilihan hidupku ini baik untukku, untuk perjuanganku, untuk dakwahku, untukMu ya Allah maka permudahkanlah urusanku dan urusannya".

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Moga-moga kalian akan dipertemukan dengan pasangan yang akan menjadi teman rapat dalam melayari 'baitul dakwah' yang kita bina. Doakan ana dan zaujah agar mendapat cahaya mata dan keturunan yang meneruskan risalah para anbiya' dan meneruskan ubudiyyah kepada Al-Khalik atas muka bumi ini.

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan

Gambar Terkini Abu Platform

Inilah gambar terkini platform Abu Platform yang diambil pada tarikh 22 jun 2007 bersamaan hari jumaat. Rupanya, blok ini telah dibeli oleh satu syarikat daripada US iaitu Newfield. Keuntungan daripada minyak yang dijual akan dibahagikan kepada 50% Petronas dan 50% Newfield. Rupa-rupanya semua blok minyak kat malaysia nie adalah milik Petronas. Selepas 20 tahun beroperasi, platform tu akan diserahkan semula kepada Petronas.

Third Trip to Abu Platform

Tanggal 22 Jun 2007 aku pulang dari offshore Abu Platform. Belakang tu platform yang telah berjaya mengeluarkan minyak. Kali nie aku dapat jumpa dengan M.Khairudin (orang yang telah menunjukkan kerja kosong kat yokogawa). Alhamdulillah dapat kerja ngan khairudin untuk menyiapkan permasalahan Level Transmitter. Trip kali nie agak mencabar kerana 4 hari, ribut dan ombak bergelora dengan kuat. Banyak pekerja yang muntah-muntah dan pening kepala. Walaubagaimanapun, alhamdulillah solat maghrib dan isyak masih lagi dapat dibuat secara berjamaah di Miclyn Surveyor.

Thursday, June 28, 2007

Abg Khairudin dan anaknya Ahmad Arsyad

Abg Khairudin dan anaknya Ahmad Arsyad

25-03-07 (Ahad)

25-03-07 (Ahad)
Hari nie meneruskan kerja-kerja macam biasa. Ingatan pada isteri, ibu dan ayah serta keluarga dan perjuangan menjadi penguat diriku untuk terus berada di sini.

26-03-07 (Isnin)
Hari nie, alhamdulillah dapat melihat seekor ikan yu yang besar. Kalau kat darat tak dapat tengoklah secara life.

Whale Shark (ikan jerung paus)


27-03-07 (Selasa)
Memulakan kerja-kerja seperti biasa.....Malam tu dapat satu ilmu bintang 3 biji mengadap ke arah kiblat.

28-03-07(Rabu)
Kerja cam biasa. Terpaksa berulang-alik daripada Mclyn Surveyor ke platform abu-a dengan naik boat Ocean I. Wah...bot nie lebih hebat dia punya ”turun naik” daripada permin Setia punya boat. Ada yang termuntahlah naik boat nie. Kali nie semua orang naik platform dengan pakai basket.

29-03-07(Khamis)
Kerja macam biasalah.

30-03-07 (Jumaat)
Kerja macam biasa jugak.

31-03-07(Sabtu)
Kerja macam biasa gak.

1-04-04(Ahad)
Hari nie terpaksa balik awal coz generator padam awal.

5-04-07
Laut berombak sekitar 1.5 hingga 2 meter. Laju angin sekitar 10-20 knot. Pagi tu tak dapat pergi platform dari Miclyn Suryevor kerana keadaan ombak yang tak membenarkan.

6-04-07
Laut berombal sekitar 2 meter. Laju angin sekitar 20 knot. Pagi nie standby lagi di miclyn surveyor.

23-03-2007 (Jumaat)

23-03-2007 (Jumaat)
Bergerak daripada temporary ship ke kapal Abu-A. Sampai saja di kapal Mcyln Surveyor, aku mula mencari-cari telefon untuk tujuan menelefon isteri tersayang, namun sayangnya ring-ring card takdalah pulak. Adanya telefon satelit, 1 minit 14 dolar.....





Boat Myclin Surveyor.


24-03-2007 (Sabtu)
Alhamdulillah malam tu dapat gak telefon ke isteriku. Itupun had 3 minit saja. 1 minit dah 14 ringgit. Allah sahaja yang tahu perasaan aku setakat hari ini macamana setelah beberapa hari tak dapat dengar suara isteri tersayang.

20-03-2007 (Selasa)

20-03-2007 (Selasa)
Standby kat KSB (kemaman supply base). Terpaksa balik semula ke hotel di kemaman kerana Chopper yang dijanjikan tidak ada.

21-03-2007 (Rabu)
Pengalaman naik bot. Pengalaman solat atas bot.

22-03-2007 (Khamis)
Perjalanan ke Abu-A platform sekitar 22 jam. Disepanjang perjalanan itu, aku hanya solat fardhu sambil duduk sahaja. Ini disebabkan oleh kapal Ocean XII terumbang-ambing membelah ombak pantai. Sampai di Global Seminole dalam jam 1 pagi. Tak diberikan bilik coz esoknya pagi-pagi akan berpindah ke Miclyn Surveyor. Jadi malam tu tidor atas kerusi yang keras eajer....apapun tertidur gak kerana keletihan.


Global Seminole (Buat piping bawah laut dari platform ke FSO Abu)


FSO Abu

19-03-2007 (Isnin)

19-03-2007 (Isnin)
Alhamdulillah malam nie aku cuba meluangkan waktu untuk menulis sedikit sebanyak perjalanan dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama dalam perjalanan ke Abu-A platform yang berada 300km daripada darat. Daripada batu pahat, aku terus menuju ke kuala lumpur. Bergegas menyimpan pakaian yang belum dipacking. Jam 1 petang, bergegas ke pejabat, mengumpulkan data-data terkini project Abu Cluster.
Download database baru. Jam 3 petang, bertolak ke KLIA untuk naik flight ke KUANTAN. Sampai di KLIA tepat jam 3.45 pm, tapi tak bleh check in lagi. Sampai jam 4.30 pm baru aku bleh check in. Tepat jam 5.10 pm, flight masih belum bertolak.....Apa kena pulak ngan flight nie.....Aku tengok dari jauh, rupanya kipas sebelah kanan flight sedang direpair.....Tuhan saja yang tahu apa perasaan aku hari tu.....takut kemain kalau-kalaulah flight yang aku naik nie............
Alhamdulillah tepat jam 6 pm aku naik flight dan sampai di Kuantan jam 6.45 pm. Bergegas solah asar kemudian ambik teksi ke Suria Cherating, Kuantan. Tambang teksi RM 55 ringgit...Kenalah dengan tukang teksi Bro Nasir. Lepas check in kat hotel, sampai-sampai terus letih dan tidur......

Monday, March 05, 2007

REHLAH KE ZON PANTAI TIMUR

Alhamdulillah baru-baru nie ana telah diberi kesempatan untuk melawat dan ziarah ke Zon Pantai Timur. Ana ceritakan sedikit sebanyak pengalaman kat sana dalam misi untuk berkenalan dengan lebih rapat zon pantai timur disamping outstation di Petronas Carigali, Kerteh.

26 Februari 2007 (Isnin)
Sebenarnya boleh aje dok kat Hotel, tapi saya kira adalah lebih baik
dengan ’menyusahkan’ hakim dan rerakan rumahnya dengan menumpang tidur dirumahnya. Alhamdulillah sampai di sana sempat berbual-bual sekejap dengan hakim dan azlan (serumah hakim) kat kedai atap biru. Balik rumah aje elektrik black out. Tapi kendiannya oklah…….

27 Februari 2007 (Selasa)
Pagi-pagi lagi ana dikejutkan dengan bacaan al-Quran daripada surau terdekat rumah. Alhamdulillah....bagi ana kalu dok hotel nie tak dengan azan dan bacaan al-Quran. Confirm lewat untuk solah subuh.....Apa yang ana banggakan ialah sahabat kita Hakim Zulfikri.....(naik nama sket).....menjadi Imam subuh kat surau tu dengan kepercayaan orang surau.....

Pagi tu ana follow mahyuzie ke Petronas. Alhamdulillah dengan bantuan yuzie perkerjaan ana kat Petronas hari nie selesai, tapi malangnya elektrik padam lak. Tak dapat menyambung kerja-kerja. Di sebelah petang, ana bersama hakim, mahyuzi dan sailani menziarahi abang khairudin di terataknya. Malam tu kami solah maghrib berjamaah. Kendian selepas maghrib masing-masing sempat bertanya khabar masing-masing tentang perkembangan masing-masing. Sempat juga bermain-main dengan anak akhi khairudin, ahmad arsyad yang lincah dan cergas berusia 8 bulan sementara menunggu makan malam. Malam tu kami masing-masing menambah makanan akibat kesedapan juadah dan perut yang sememangnya kosong untuk di isi.

Masa tu ana terfikir alangkah indahnya ukhuwwah Islamiyyah yang terjalin erat dalam semangat persaudaraan ikatan Islam. Di mana-mana pasti Allah akan mempertemukan kita semula. Dalam jam 10 malam ana dan sahabat-sahabat meninggalkan rumah akhi Khairudin. Sempat bergambar....gambar ada kat sai, tak dapat nak upload lagi........


InsyaAllah dalam waktu-waktu yang ada sahabat-sahabat semua sama-samalah kita berusaha untuk bertemu bertanya khabar masing-masing. Dengan cara ini menambahkan lagi semangat perjuangan kita demi Islam yang tercinta. Jika diberi kesempatan ana ingin menziarahi semua zon termasuk malaysia timur, Sabah dan Sarawak.......

Friday, February 23, 2007

USLUB DAKWAH

Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat
MUQADDIMAH
Uslub dakwah merupakan satu istilah yang tidak pernah lekang dari bibir setiap petugas dakwah. Oleh kerana ia telah menjadi suatu perkara yang biasa disebut, maka ia tidak lagi berhajat kepada penghuraian. Lantaran itu, hampir setiap pendakwah mentafsirkan uslub dakwah menurut kacamata mereka masing-masing, sesuai dengan perkumpulan yang mereka wakili.
Dari situ satu huraian lengkap berhubung dengan uslub dakwah diperlukan bagi menjamin seseorang pendakwah itu tidak menyeleweng dari landasan penafsiran. Ianya mestilah bermula dari Al-Quran yang telah dijamin kebenarannya oleh Allah s.w. t.

USLUB DAKWAH MENURUT AL-QURAN
Di dalam Al-Quran, ayat yang menyebut perkataan uslub sebenarnya tidak ada. Apa yang ada ialah permahaman yang boleh diambil sewaktu Allah s.w.t. berfirman memerintah manusia menyeru ke jalanNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl: 125)
Apabila persoalan uslub di dalam ayat di atas diletakkan selepas daripada seruan dakwah, ia menunjukkan bahawa uslub adalah perkara kedua.
Perkara paling utama ialah menyeru manusia terlebih dahulu ke jalan Allah, Tuhan yang menciptakan mereka. Kesedaran ini perlu diutamakan terlebih dahulu, barulah berbincang mengenai uslub dakwah.
Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah kecenderungan membincangkan uslub terlebih dahulu. Setelah mereka berselisih dalam persoalan uslub dakwah, bagaimana mereka boleh bersatu dalam menjalankan tugas dakwah.
Usaha menentukan uslub siapa yang lebih betul sudah cukup membuang masa seseorang petugas Islam. Sedangkan Tuham menyuruh mereka memulakan tugas dakwah terlebih dahulu, kemudian dalam mengolah dakwah barulah timbul persoalan.
Sebagaimana yang kita sebutkan sebentar tadi, perkataaan uslub secara jelas tidak disebut dalam Al-Quran, namun begitu perkataan yang hampir sama dengan pengertian uslub telah disebutkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Ma’idah: 35)
Ayat di atas menggesa orang mukmin supaya bertaqwa dan mencari jalan serta cara yang menyampaikan mereka kepada taqwa. Oleh kerana jalan menuju Allah tidak boleh dinamakan uslub, maka kalimah yang dipakai ialah al-wasilah. Dengan ini al-wasilah lebih luas pengertiannya dari uslub sebagaimana ia juga lebih umum dari pengertian uslub.
Dari itu, kesimpulan yang boleh kita buat ialah uslub bermaksud teknik-teknik yang boleh digunakan bagi mencapai sesuatu matlamat. Berdasarkan kefahaman ini ia lebih merujuk kepada pengertian yang agak khusus dan agak tertumpu kepada unsur -unsur kepakaran dalam menjalankan sesuatu tugas.
Jika disatukan pengertian ini dalam konsep gabung jalin antara kalimah uslub dan dakwah, maka ia bermaksud teknik-teknik yang perlu diambil kira dalam proses menyampaikan dakwah dan menyeru manusia kepada jalan Allah atau lebih khusus lagi kepada pengabdian diri kepada Allah, menjauhi taghut, melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Kefahaman Ayat 125 surat Al-Nahl Dari Kacamata Uslub Dakwah
Ayat yang disebut sebentar tadi membuat beberapa garis panduan dalam perlaksanaan dakwah iaitu kewajipan menyeru manusia ke jalan Allah. Penyeruan inilah yang dinamakan dakwah. Dalam proses penyeruan ini hendaklah diketahui cara- caranya, supaya dakwah itu boleh sampai kepada mereka. Inilah yang dikatakan kemahiran dan inilah uslubnya.Uslub dakwah yang dibentangkan secara tidak langsung oleh ayat tadi ialah:
a)Hikmah
b)Nasihat-nasihat yang baik
c)Bertukar-tukar fikiran dengan cara yang lebih baik

USLUB HIKMAH
Uslub hikmah dalam menyampaikan dakwah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
•Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah di jalan Allah hendaklah bersifat menurut sifat-sifat Nabi seperti benar, amanah, bijaksana dan tabligh, berlaku adil, tidak lekas marah, sabar dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas.
•Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah. Ia bermakna pendakwah ke jalan Allah hendaklah menyampaikan isi kandungan dakwah itu dari kandungan Al-Quran dan segala penerangan hendaklah menepati kebenaran serta dalil-dalil yang kuat dan tepat yang boleh mengurangkan keraguan. Kata-kata yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan pendengar.
•Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah. Segala alat dan strategi yang digunakan betul-betul sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada gerakan dakwah itu sendiri.

USLUB NASIHAT YANG BAIK
Nasihat yang baik ialah persanan dan ingatan dengan apa yang disukai oleh orang ramai tentang kebaikan dan mereka bersedia menerimanya dan benci kepada kejahatan serta mereka akan menjauhinya.
Boleh juga difahami dengan nasihat yang baik ialah nasihat yang masuk ke dalam hati dengan halus dan mendalam, menembusi perasaan dan jiwa dengan lembut, kerana berlemah lembut dalam nasihat itu biasanya boleh memberi petunjuk kepada hati yang sesat dan boleh menjinakkan hati yang liar dan boleh mendatangkan natijah yang lebih baik.
Cara nasihat yang baik bergantung kepada perbandingan di antara iman dan kufur, antara kebaikan dan kejahatan, antara taat dan maksiat, antara halal dan haram. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan ( Rasul-rasul).” (Ali-‘Imran: 137)

USLUB BERBINCANG DENGAN CARA BAIK
Para da’i hendaklah menjalankan dakwahnya dengan mengikuti cara yang lemah-lembut dalam perkataan dan menjauhkan kelakuan yang kasar dan kesat.
Gunakanlah sebaik-baik cara berhubung dengan tujuan untuk menjauhkan pendengar-pendengar yang didakwahkan itu dan merasa bahawa pendakwah itu menyerang aqidah yang mereka mempertahankannya. Perancangan cara begini adalah lebih kuat, berpengaruh dan berkesan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (Al-Ankabut: 46)
Inilah juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya Harun a.s. ketika mereka diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada Firaun yang sombong. Sungguhpun begitu, Allah s.w.t. memerintahkan mereka supaya berlemah-lembut. FirmanNya yang bermaksud:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” (Taha: 43-44)
Apabila Allah s.w.t. menyatakan supaya dalam berbincang mestilah dengan cara yang baik, maka para da’i perlulah membuat persiapan terlebih dahulu dan segi hujah, latihan, teknik, berbincang yang terbaik, supaya lahir seorang da’i yang mempunyai karisma yang tinggi dalam berdiskusi.
Kalau tidak adalah lebih baik jika dia tidak memberikan kesanggupan dari awal semasa proses temujanji dilakukan.
Kalau ia mempunyai fakta yang lengkap dan cukup jitu, maka ia tidak akan mudah panas baran dan melenting apabila dicemuh atau diserang kerana dia tahu peluru yang ada padanya mencukupi serta mampu menjawab semua hujah musuh atau orang-orang yang diseru kepada Islam.
Pendakwah kadang-kadang mudah naik angin dengan berbagai-bagai soalan kerana tiada persiapan. Dia akan bimbang sekiranya persoalan itu mematikan ideanya untuk berhujah.
Boleh jadi ada orang bertanya, jika pendakwah selalu berlembut dan memilih perbincangan dengan cara yang baik maka bilakah masanya akan berlaku keras. Kita menjawab keras boleh berlaku tetapi dalam kadar dan ruang lingkup membalas setara dengan apa yang mereka lakukan.
Kalau dalam peperangan sekalipun Islam tidak cenderung kepada kekasaran tetapi lebih kepada unsur membalas setara dengan apa yang dilakukan. Maka di dalam dakwah sifat ini lebih dituntut kerana peringkat ini ialah peringkat dakwah iaitu seruan dan pemberian maklumat perintah Islam. Manakala, peringkat perang ialah peringkat jihad.
Lagi pula kalau kasar merugikan dan lemah lembut tidak merugikan maka baiklah kita berlaku lembut kerana kita tidak akan cepat kehabisan peluru. Barangkali peluru akan digunakan dengan begitu waspada sekali. Kalau peluru dilepaskan dilepaskan bertubi-tubi dengan begitu kasar sekali boleh jadi kehancuran akan berlaku.
Sedangkan pendakwah tidak lebih dari seorang doktor untuk merawat pesakit supaya ia sembuh bukan bertujuan untuk membunuhnya.
Satu hakikat yang sering berlaku ialah musuh lebih mudah hilang pertimbangan dalam menghadapi dakwah samada mereka dari awal-awal lagi menolak apa-apa perbincangan atau mereka lebih mudah cenderung kepada hilang pertimbangan.
Kerana mereka tahu bahawa mereka tidak mampu menghadapi hujah-hujah dari golongan Islam. Contoh mudah ialah mana- mana forum di universiti tempatan yang menjemput wakil PAS maka wakil UMNO pasti akan menolak atau menarik diri dari hadir. Sedangkan mereka adalah pemerintah dan mereka dianggap sebagai orang yang berkuasa.
Contoh kedua ialah peristiwa pembunuhan anak Nabi Adam a.s. iaitu antara Qabil dan Habil. Qabil sanggup membunuh adik kandungnya sendiri lantaran kerana hilang pertimbangan antara akal dan nafsu.

PENUTUP
Sekiranya segala cara telah dilakukan namun mereka masih menolak dakwah maka para da’I tidak seharusnya dihantui oleh fikiran bahawa mereka telah gagal melaksanakan amanah mereka. Ini kerana soal hidayah dan penerimaan mad’u terhadap dakwah adalah dalam ruang lingkup kehendak mutlak Allah s.w.t.

Wednesday, February 14, 2007

KISAH SEDIH : MANA TANGAN ADIK?

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak inipun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yangbelum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah."Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu, " balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas."Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk."Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, sibapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulangkali membuatkan si ibu gagal menahan rasa."Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria."Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi, " katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Thursday, February 08, 2007

BUKAN MASALAH AKU.....


Alhamdulillah baru nie ambo berkesempatan mengikut demo tol di IOI Mall puchong untuk siri demo kali ke-5 untuk bantah kenaikan tol. Dalam banyak-banyak orang yang aku perati....ialah sepasang keluarga yang dalam gambar di atas. Dengan membawa anak dan rasanya pakaian yang sama untuk setiap kali demo. Mungkin ada orang tertanya-tanya kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh dalam membantah kenaikan tol.

Aku juga menyoalkan dalam diriku.....Satu permasalahan yang menjadi kenyataan ialah...apabila suatu masalah itu berlaku kepada orang lain, maka orang lain tidak ambil peduli. Dengan lebih mudah kita nyatakan "bahawa bukan masalah akulah......."...ko punya hallah.

Realiti masyarakat hari ini memang begitu....tup--tupp aku sendiri pun ada gak macam tu. Sedangkan Rasullullah saw memberi penekanan bahawa muslim adalah bersaudara antara satu sama lain. Masalah muslim lain akan menjadi masalah kita juga. Masalah kewangan mereka sepatutnya menjadi masalah yang perlu dibantu dan difikirkan bersama.

Tetapi jika keadaan dan perasaan dan tabiat ini berkekalan iaitu ini masalah ko...ko punya pasallah...maka saya yakin bahawa keadaan seperti ini akan tetap berlaku juga....tol tetap akan naik...minyak akan tetap naik.......barang-barang akan tetap naik.....tapi gaji tetap maintane.....Teserahlah kepada kita para da'ie untuk tujuan ini......

Tuesday, February 06, 2007

REMAJA TANPA AGAMA

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini.

Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina.
Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalahgentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.


Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the
Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas... ..
Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di
ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia
mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al- Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu,
melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli,
dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah
seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang
pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci
kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.

Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan
Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih
besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad &Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur keranannya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti lace

Thursday, January 25, 2007

MASYARAKAT APARTMENT SUATU REALITI



MASYARAKAT KAMPUNG VS MASYARAKAT APARTMENT
25 Januari 2007
6 Muharram 1428


Bagaimanakah rasanya anda bila anda dilontar ke dalam reality masyarakat sekarang? Aku ingin berkongsi sedikit sebanyak reality masyarakat di aparment aku. Kebanyakan yang aku kenal ialah yang sering turun surau. Surau kat apartment aku pulak bukanlah aktif sangat. Kadang-kadang dalam satu minggu susah kami nak kumpul. Mungkin kekangan pekerjaan menyebabkan keadaan ini berlaku.

Baru-baru nie kami ada buat meetig baru untuk perlantikan jawatankuasa baru. Abg Sirajudin (Ketua sebelum nie) telah beri tanggungjawab baru kepada Jaz. Aku nampak ukhuwwah antara mereka nie kira baguslah. Lepas meeting makan kuee-teow goring masa tu gak. Aku respect gaklah kat depa yang memandang serius kepada masyarakat sekeliling…..aku yang tak sempat atau tak ‘menyempatkan’ diri untuk ambik tahu isu-isu masyarakat apartment nie yang kebanyakkannya ialah orang china.

Apapun azam tahun 1428 nie, aku try cuba lebih komitmen dengan masyarakat apartment aku nie. Aku dilantik lagi sebagai imam di surau apartment nie. Nie satu amanah yang dikira beratlah bagi aku. Tapi plan tu tetap ada untuk meningkat biah solehah di apartment aku nie.Antara cadangan aku ialah solat subuh secara berjamaah di surau setiap hari jumaat. Dulu jalan jap lepas tu terbengkalai lagi………

Lepas maghrib adalah mengajar ngaji….terbengkalai lagi. Banyak jugak project yang terbengkalai akibat komitmen aku yang agak kurang pada masyarakat apartment aku nie. Kini aku sedar bahawa inilah masyarakat tempat aku…tak sama ngan kampong yang aku duduk dari kecik sampai besar dulu….aku kena terima reality ini……masyarakat apartment….Apapun tugas dakwah ilalLah kena berjalan jugak nak atau tak nak pun.

Project aku terbaru nak plan kat sini ialah ceramah 10 Muharram 1428 sempena sambutan hari as-syura. Jadi tak jadi tak tahu lagi…..Harap runlah kali ini…

Friday, January 19, 2007

LAKARAN HIJRAH 1428




LAKARAN HIJRAH 1428
29 ZULHIJJAH 1427
19 JANUARI 2006

Aku menulis ketika tahun 1427 semakin hampir meninggalkan ummah Islam semuanya dengan meninggalkan pelbagai sejarah. Antara berita-berita panas yang mengaitkan ummah Islam tahun 1427 akan menjadi sejarah.
Tahun 1428 Hijrah sedang menunggu ummah Islam untuk melakarkan sejarah yang lebih manis dan indah untuk dikenang-kenang generasi ummah Islam yang akan datang. Tahun 1428 bakal memberi harapan baru kepada semua ummah Islam. Pengharapan agar Islam difahami dan dihayati dengan sepatutnya.

Berbetulah tahun hijrah jatuhnya hampir dengan tahun masehi untuk tahun ini. Tanpa kajian dan fakta, saya meyakini bahawa pihak yang anti-Islam sudah mempunyai paperwork ataupun blueprint yang lengkap untuk memburukkan Islam dan ummahnya. Sejak daripada tragedy 11 September ummah Islam nampaknya agak susah untuk bangkit semula. Namun disebalik kesusahan ada kesenangan. Masyarakat barat yang ramainya menganut kristian sudah mula mendekati dan cuba memahami apakah itu Islam. Mereka seolah-olah ingin tahu bagaimana, kenapa dan mengapa kejadian demi kejadian yang berlaku sering dikaitkan dengan Islam.

Namun apa yang malangya di Malaysia tahun 1427 dikejutkan dengan pelbagai isu yang menyedihkan. Antaranya Isu Murtad Lina Joy dan isu yang dikeluarkan oleh mufti perak iaitu seramai 150,000 orang melayu telah berjaya dimurtadkan. Aku tak dapatlah pulak fakta dan buktinya. Tapi aku tetap dapat membuat kesimpulan bahawa orang Melayu sudah ramai yang murtad walaupun ianya dipusing-pusingkan oleh para pemimpin kita yang mempunyai fahaman ISLAM HADHARI.

Aku mengharapkan aku dapat sedikit-sebanyak melakar 1428 ini untuk meletakkan ISLAM pada tempatnya. Mungkin dalam diri aku, dalam keluarga bersama isteri tersayang, masyarakat, Negara bahkan kalau mampu melepasi batas sempadan Malaysia.
Tahun nie juga tahun pertama aku telah bergelar seoarang suami yang pastinya menuntut seribu pengorbanan dan persiapan dan persediaan. Namun aku yakin dengan janji RasulullAh SAW yang menjanjikan sesiapa yang berkahwin akan mendapat sedikit sebanyak perlindungan daripada syaitan yang direjam.

Untuk para da’e, para mujahid agama, para ustaz, para guru, para professional, para pelajar, para bapa, para ibu dan para-para lain lagi, marilah berganding bahu untuk melakar sejarah 1428 yang manis untuk ISLAM dan ummahnya.

Thursday, January 18, 2007

SUDAH BERGELAR SEORANG SUAMI


Ketika majlis akad nikah

Alhamdulillah dengan sekali akad, saya sudah bergelar suami pada tarikh 17 Disember 2006 bersamaan 26 Dzulkaedah 2006. Saya dah masuk kepada marhalah bait muslim. Akan menghadapi masa-masa akan datang bersama isteri tersayang, Rafidah bt Md Sheh. Semoga Allah mengekalkan kasih dan cinta antara kita sebagaimana kekalnya Pencipta kasih dan cinta. Tahniah juga kepada sahabat-sahabat yang telah menamatkan zaman bujang semua. Minta maaf juga kepada kawan-kawan yang tidak menerima berita perkahwinan saya. (Jika ada)........