Wednesday, December 06, 2006

Debaran ke Alam Perkahwinan

Debaran ke Alam Perkahwinan
6 Disember 2006
Rabu

Aku menulis lagi dalam waktu-waktu lapang untuk menunggu cuti yang aku ambik dari 11/12/06 hingga 2/1/07 tahun depan. InsyaAllah dengan kuasa Allah aku akan melangsungkan perkahwinan pada 17/12/06. Indahnya Islam kerana sudah mengatur fitrah manusia dengan jalan yang paling suci dan tulus.

Adam perlukan hawa. Itulah fitrah azali yang setiap lelaki memerlukan seorang teman iaitu kaum hawa dalam meniti kehidupan yang penuh cabaran dan onak duri. Kalau sebelum ini kita hanya memikirkan kepenringan sendiri, tetapi apabila sudah berumah tangga kena fakir soal isteri dan anak-anak serta mentua.

Cabaran akan silih berganti dalam mengeratkan lagi ikatan perkahwinan. Sebagaimana jika seorang petani memacakkan kayu di atas pasti dia memusingkan ke kanan dan ke kiri dan serta memacakkannya dengan kuat bagi memastikan kayu itu terpacak utuh…begitulah resam berkeluarga. Ada saja yang akan dating menguji dan mencuba.

Namun Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sudah menyediakan kita dengan beberapa persediaan. Antara amalan-amalan untuk memastikan ujian dan cabaran ini mampu diatasi dengan baika ialah dengan menghidupkan roh keimanan dalam diri, keluarga dan bait(rumah). Hidupkan rumah kita dengan bacaan al-Quran dan solat sunnah yang pelbagai. Biasakan senyum…kerana senyum menghasilkan gelombang ketenangan….

Sekali lagi…tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang akan menamatkan zaman bujang masing-maing. Ingatlah rumahtangga dakwah yang kita bina adalah pusat melahirkan mujahid dan mujahidah yang “sujud” kepada Allah di mana-mana mereka berada bukan sujud dalam solah sahaja tanpa mengetahui makna dan aplikasi disebalik hikmah solah….

Tahniah sekali lagi….Jemput ke majlis ana pada 17/12/06 di Batu Pahat.

Amin al-kalantani

http://amin1982.blogspot.com
http://walimahtul-urus.blogspot.com

Wednesday, October 18, 2006

WAJAH-WAJAH KEHIDUPAN

ketika berumur 2 tahun

ketika umur 4 tahun

ketika umur 5 tahun

6 tahun

darjah 6

tingkatan 1

tingkatan 2

Muhammad Amin ibnu Hj Che Hassan ibnu Hj Abd Rahman ibnu Awang Hamat ibnu Sulaiman al-Kalantani
Muhammad Amin ibnu Che Halimah bintu Che Hasan bin Che Abu bin Raja Salim
SALAHSILAH KELUARGA SEBELAH IBU


GAMBAR-GAMBAR PILIHAN
Suasana kat depan rumah. Bergambar bersama dengan firdaus, amirul dan syahirah


Gambar penulis bersama datuk ketika darjah 4. Pokwo sedang membuat sangkar burung untuk Ayah Mat (Che Amat)





Dari kiri : amin, mek, we, firdaus, amirul, syahirah, mok sulah, ainsyah dan mak.(Gambar diambil semasa lawatan sahabat-sahabat dari Selangor)









Thursday, August 24, 2006

LAMAN WEB PAUTAN

kembara kehidupanku

mindaku berfikir

salahsilah che hassan che abu

HARI RAYA TAHUN 2006


Assalamualaikum....
Lama betol tak mencoret sesuatu dalam lawan web family nie. Sekarang dah nak masuk bulan sya'ban pahtu bulan ramadhan bakal menjelma. InsyaALLAH tahun nie aku nak buat hari raya yang paling best. Kalau bleh nak jemput semua balik beraya kat umah datuk untuk hari pertama. Gambar kat atas nie gambar pokwo ngan mek ngan cucu-cucunya.

Tuesday, July 18, 2006

MUKADDIMAH


Tujuan laman web ini dibangunkan adalah untuk tujuan keluarga besar datuk Che Hassan Che Abu untuk duduk bersama kita mengenali keluarga jauh dan yang dekat. Datuk penulis ini adalah daripada sebelah ibunda penulis iaitu Che Halimah bt Che Hassan. Juga tujuan untuk generasi yang mendatang mengenali akan sejarah cerita nenek moyang kita dahulu yang perit-jerih dalam mendidik dan menyara keluarga kita. Antara tujuan lain laman web ini dibina ialah agar tali persaudaraan antara kita semua tidak akan terputus bila kita berada dimana-mana sahaja. Mudah-mudahan usaha yang saya buat ini akan berpanjangan disambung oleh generasi yang mendatang dengan maklumat-maklumat yang terbaru lagi sensasi. Ia juga akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kita semua apabila semuanya telah kembali kepadaNya. Mudah-mudahan kita dikembalikan dan dipertemukan semula ketika kita kembali mengadapNya.Insyaallah.

KISAH BAPA DAN MAK SAUDARA

CHE GHOLIK B CHE HASSAN
Meninggal pada umur lingkungan 8 tahun. Nenek amat menyayangi pok saudara aku nie. Daripada cerita yang aku dapat daripada nenek, pak saudara aku nie meninggal kerana demam panas. Demam panas yang melampau menyebabkan suhu badannya semakin meningkat. Itulah penyebab kematiannya.[Hakikatnya Allah yang menghidupkan dan mematikan. Cuma ada penyebab kepada sesuatu kejadian]

CHE DARUS B CHE HASSAN [POK NIK DARUS]
Pak saudara aku inilah yang paling tua dalam kebanyakan. Beliau dikurniakan 3 cahayamata dengan isterinya yang pertama. Beliau bercerai mati dengan isteri pertama. Kemudiannya beliau berkahwin lagi dengan isteri kedua. Dikurniakan anak 4 orang. Beliau dulu bekas tentera berpangkat staff sarjan dan mempunyai kemahiran memasak. Sampai setakat yang aku tulis nie, beliau dah berjaya membuka kedai perniagaan kecil-kecilan menjual roti canai.

MOHD BAIJURI B CHE HASSAN [AYOH MAT]
Seorang sahaja bapa saudaraku yang tidak dinamakan nama beliau dihadapan sebagai Che iaitu Mohd Baijuri Che Hassan. Alkisahnya, bapa saudaraku nie selalu sahaja menangis pada waktu kecilnya sehingga terpaksa dipanggil sebagai Che Amat. Nama panggilan ini kekal hingga ke hari ini. Setelah dipanggil dengan nama Che Amat barulah beliau berhenti menangis. Beliau adalah seorang guru. Beliau dilihat paling berjaya dikalangan bapa saudaraku. Beliau mampu membuka kedai jualan di kampung. Setakat ini ada 4 orang cahayamata.

CHE HAMDAN B CHE HASSAN [POK NGOH DE]
Sehingga kini pak saudaraku ini dipanggil oleh anak saudara dengan panggilan Pok Ngoh De. Sehingga kini beliau mempunyai 2 orang cahaya mata. Kedua-duanya adalah perempuan. Beliau menetap di kg pasir dekat dengan puchong selangor. Setakat nie bekerja sebagai jaga dengan sebuah syarikat.

CHE ZUHARILAH BT CHE HASSAN [MOK SU LAH]
Beliau adalah anak yang paling bongsu datok ngan nenek. Sehingga kini beliau dikurniakan 3 cahaya mata. Satu dengan suami pertama. Namun jodoh tak panjang, beliau berpisah dengan suami pertama. Setelah berpisah beliau berkahwin lagi satu. Dikurniakan 2 orang cahaya mata. Namun dengan suami kedua juga tidak berpanjangan jodohnya. Sehingga kini anak sulung beliau di kedah dan 2 lagi di ketereh, kelantan.

29 MEI 2006 (AHAD)

29 MEI 2006 (AHAD)

Lama betul aku tak balik kampung selepas daripada gred bulan 11 tahun lepas...Alhamdulillah 28 haribulan baru nie dapat juga berlepas ke kelantan. Banyak jugak dapat berborak-borak dengan datuk. Banyak jugak dapat bertukar-tukar pandangan dengan datuk....Fuh...puas hatilah jugak,.....

Atok ada cerita pasal untuk detect waris dia kat Kota Lama, Perak...dia suruh tanya yang bernama Tengku Muda ataupun Raja Salim. Nok titih warah yang ada kat sana.
Dok tahu bilo buleh aku gi cari titih warah yang masih ado kat situ. Cerita tok lagi ado seorang pak saudara dia yang dah meninggal, dulunya seorang penghulu yang begitu baik menjaga anak buah kampungnya kat batu melintang, namo dio Tok Gawa Hitam.

*Satu lagi menjadi adat kebiasaan orang dulu-dulu yang mengira-mengira usul/asas yang kuat dalam kejadian seseorang melalui bilangan kelahiran. Melalui kiraan tanah, air, api dan angin. Kiraan ini dimulakan semula jika kelahiran orang anak itu ke-5 dan ke atas. Ada pelbagi sifat-sifat yang diwakili oleh tanah, air, api dan angin yang mana jika berkahwin antara sifat api dan tanah maka ada keseimbangan. Ini disebabkan yang bersifat api sentiasa membakar tapi sifat tanah ialah tetap.* [just cerita sahaja-sebab melalui Rasulullah SAW yang paling utama dinikahi ialah wanita yang beriman].

Maso aku berborak ngan atuk jugok atuk memang suko berbincang pasal ugama nie. Syok jugok sebab tu kiroline aku jugok. Terkejut jugok aku bilo pok wo ghoyat dio buleh bangun malam semaye tahajjud...alhamdulillah begitulah berkat orang yang suko dengar mengaji kat surau atau kat madrasah.

Setelah berborak dengan nenek pulak aku dapat tahu yang waktu kecil dulu, mok tengohlah yang gi ambik aku di serendah, kerana waktu tu mek keno jago abe we dan jugo kak yah yang kecik lagi time tu. Waktu tu mok tengoh nge pok wo yang gi ambik aku di serendah.

19 JANUARI 2003 (AHAD)

19 JANUARI 2003 (AHAD)

Alkisah diceritakan daripada datuk kepada penulis. Ayah kepada datuk iaitu Che Abu meninggal dunia semasa datuk kecil lagi. Daripada cerita Che Abu ialah anak kepada Raja Salim. Raja Salim merupakan saudara kepada 7 beradik yang tinggal di Perak.
Diadakan selepas itu 7 bersaudara berperang dengan Raja Perak kerana hal-hal tanah. Maka berlarilah Raja Salim ke kelantan. Daripada cerita datuk Saudaranya masih ada di Kota Lama, Perak.
Hasil perkongsian Che Abu dengan ………..lahirlah 8 orang anak iaitu Mek TIh, Awang, Che Ye, Daud, Jariyah, Bidah, Che Mat dan datuk (Che Hassan)Setakat ini diceritakan bahawa Mek TIh ada anaknya di dabong (ibrahim) tukang kayu hitam. Cerita lain mengatakan Bidah adik-ke -6 mati makan rebung buluh betung.

KETURUNAN DATUK SEBELAH MAK

KETURUNAN DATUK SEBELAH MAK

CHE HASSAN B CHE ABU B RAJA SALIM (PERAK)


Adik-beradik dan anak saudara

Pertama
Mek tih
- Ibrahim (Dabong)

Kedua
Awang
- Hassan (Nilam Puri)

Ketiga
Che Ye

Keempat
Daud
- Mat

Kelima
Jariyah

Keenam
Bidah
- Minah (Lubok Bongor)
- Beliau hampir meninggal akibat makan buluh betung
- Tok Gawwa Hassan (Rantau manis)

Ketujuh
Che Mat
- Che Long (Rawa)

Kelapan
Che Hassan

Pangkat Pak Saudara
Ku Muda (Perak- Kota Lama-Bota)

Pangkat Anak Sepupu
Dollah b Awang (Lubuk Awang)

Pangkat Cucu Saudara
Hj Mat (Kadek)

Moyang
Subuh (Sulong)
Ku Muda
Sulung (Raja Sulung)

Waris Pangkat dua pupu
Megat Junid
Megat Ayub

BIODATA NENEK


BIODATA NENEK

Bidah bt Jusoh

Beliau merupakan anak yang ke tiga daripada 3 adik beradik. Kesemuanya adalah perempuan. Setelah berkahwin dengan datuk, mereka dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Che Gholek. Namun Che Rolek lebih disayangi oleh Allah SWT. Pada umur 3 tahun beliau meninggal dunia. Inilah dugaan yang pertama dihadapi oleh nenek apabila anak pertama meninggal dunia.Beliaulah telah mendidik aku, abangku dan juga kakak setelah keluarga kami (ibu dan ayah) berpisah di waktu usia aku tiga bulan. Neneklah banyak memberi dorongan dan juga pemerhatian sehingga aku menjadi orang yang berguna pada hari ini. Doaku agar nenek ditempatkan dikalangan orang yang diredhai oleh Allah SWT.

Seorang sahaja bapa saudaraku yang tidak dinamakan nama beliau dihadapan sebagai Che iaitu Mohd Baijuri Che Hassan. Alkisahnya, bapa saudaraku nie selalu sahaja menangis pada waktu kecilnya sehingga terpaksa dipanggil sebagai Che Amat. Nama panggilan ini kekal hingga ke hari ini. Setelah dipanggil dengan nama Che Amat barulah beliau berhenti menangis. Mek Amin sangat sayang pada mek...

BIODATA EMAK


BIODATA BONDA
Che Halimah Che Hassan

Ibu penulis adalah merupakan anak yang ke-tiga daripada keluarganya. Beliau dilahirkan pada tanggal 30 September 1960 jam 8 malam di Kampung Rantau Manis, Kuala Balah Kelantan..Pada tahun 2006 umurnya dah menjangkau 46 tahun. Beliau telah berkahwin dengan ayah pada umurnya 15 tahun. Dikurniakan 3 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan ayah penulis Hj Che Hassan Hj Abd Rahman sebelum mereka berpisah ketika umur penulis tiga bulan.

Tuesday, May 09, 2006

BIODATA DATOK


BIODATA DATUK
Che Hassan bin Che Abu bin Raja Salim

Beliau dilahirkan sekitar tahun 1912 di negeri kelantan darul naim. Terdapat sejarah yang diceritakan sendiri oleh datuk kepada kami sekeluarga sebelum ini, beliau berasal daripada keluarga diraja Perak. Dimana terdapat 9 beradik yang berebut tanah di kawasan negeri Perak, namun pertelingkahan ini membawa pertelingkahan yang serius. Ini menyebabkan Che Salim iaitu datuk kepada Che Hassan terpaksa berpindah ke Kelantan dengan gajah dari Perak (Dari bapa saudara, Mohd Baijuri Che Hassan). Che Salim atau nama asalnya adalah Raja Salim. Walaubagaiamanapun setelah berpindah, nama Raja ditukar kepada Che sahaja. Tindakan ini dibuat di atas beberapa sebab iaitu supaya orang tidak mengenali mereka.

Datuk mempunyai seramai sembilan adik beradik. Sehingga kini, hanya datuk sahaja yang masih hidup dan yang lain semuanya meninggal dunia. Diceritakan oleh datuk pernah kakaknya memakan rebung buluh betung. Setelah dimakan satu penyakit ganjil telah terkena pada kakanya sehingga hampir membawa kepada ajalnya. Datuk mempunyai satu kegemaran yang amat aku respect iaitu suka mendengar kuliah agama. Setiap pagi jumaat datuk tidak akan ketinggalan dalam mengikuti kuliah jumaat.

Satu-satunya hasrat yang aku rasa sehingga kini tidak dapat dicapai oleh datuk ialah untuk pergi berjumpa saudara-maranya di negeri Perak di kawasan Kota Lama. Aku pun tahu kat mana. Dari mulut datuk sendiri mengatakan anak saudaranya yang rapat ngan orang di Perak pun telah meninggal dunia..
Sejarah yang pernah dilalui oleh Che Hassan, datukku......
Terserempak dengan harimau
Satu peristiwa yang tak dapat kami sekeluarga lupakan ialah ketika datuk menceritakan beliau kisah ketika beliau terserempak dengan harimau. Kisahnya begini. Datuk sedang menoreh getah di Bukit, tiba-tiba terdengar bunyi bising daripada arah belakang beliau iaitu bunyi binatang berlari ke arah beliau. Apabila ditoleh ke belakang beliau melihat seekor babi sedang berlari ke arah beliau. Datuk panik dan mendepakan tangan beliau ke%