KAEDAH MEMAGAR KENDERAAN

Monday, December 01, 2008

MAKLUMAT INI SAYA PEROLEHI DARIPADA RAKAN SEKERJA. JIKA TIDAK BERSALAHAN DENGAN SYARAK BOLEH DIAMALKAN.

Assalammualaikum WMT,

Salam hormat saya pada para pembaca. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk mengemaskini penulisan blog saya. Disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan maka blog ini agak terabai.

Namun kali ini tergerak saya untuk berkongsi akan kaedah untuk memagar atau kaedah menjauhkan kenderaan dari berlakunya kemalangan atau kecurian, BiiznILLAH. Sama-sama kita berikhtiar & Tawakkal.

Terlebih dahulu, izinkan saya terangkan serba sedikit tentang kaedah ini. Kaedah ini saya perolehi dari salah seorang guru saya yang amat saya segani.

Apa-apapun kaedah tetap kaedah, yang pasti pergantungan sepenuhnya hanya kepada ALLAH setelah segala ikhtiar dijalankan. Jadikan urusan kita sebagai urusan ALLAH, jangan jadikan urusan ALLAH sebagai urusan kita.

Baik, kita teruskan pada kaedah.

Bagi mengelakkan kenderaan daripada mangalami malapetaka seperti kemalangan & kecurian, sila ikuti kaedah-kaedah seperti berikut:

1) Sediakan air kira-kira satu baldi.

2) Setelah itu air tersebut dibacakan dengan
*Al- Fatihah 3x, setiap kali sampai pada ayat ke-5 ulang 3x & setiap ulangan diniatkan dalam hati supaya ALLAH lindungi harta benda kita.

*Ayatul Qursi 3x (dibaca dengan kaedah 9 waqaf)

*Yasin 1-9 1x(Niat supaya ditutup pandangan pada orang yang berniat jahat)



*Yasin 66 - 67 3x( Niat supaya dielakkan dari segala malapetaka & marabahaya)



*Al-Ikhlas 3x
*Al-Falaq 3x
*An-Nas 3x
Setiap habis bacaan ditiupkan pada air.

3) Selepas selesai proses bacaan maka boleh disiramkan air tersebut pada kenderaan dengan arah berikut:



a- Dimulakan dari sebelah kanan pemandu/penunggang hingga ke depan.
b- Dari depan ke kiri.
c- Dari kiri ke belakang.
d- Dari belakang bergerak sehingga ke tempat duduk pemandu atau penunggang.

Apabila selesai seperti yang di atas, InsyaALLAH kenderaan anda tidak akan mengalami malapetaka. BiiznILLAH.

*Keterangan




Kaedah di atas hanya dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan. Bagi yang sudah memiliki tetapi belum membuatnya lagi, ada baiknya dilakukan sekarang. Cukup hanya sekali sahaja. Yakin ALLAH berserta kita.


* Tambahan


Suka untuk saya kongsikan satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri, contohnya di parking lot & sebagainya.

Caranya, setelah parking, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil disekitar parking. Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda kita. Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk penunggang (motorsikal) & terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, InsyaALLAH, kenderaan anda akan dijaga ALLAH.


Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH sebagai tanda saya adalah manusia yang serba lemah serta tidak berdaya tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM

0 comments: