Wednesday, July 22, 2009

Mengurus Kerjaya, Keluarga dan Dakwah

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah hujung minggu lepas saya dan seorang sahabat ke Johor. Saya diminta untuk menyampaikan satu perbentangan bertajuk Pengurusan Kerjaya & Keluarga.

Objektif utama tajuk ini ialah bagi memastikan ahli gerakan Islam sentiasa istiqomah dalam perjuangan Islam walaupun telah berada di medan kerjaya dan keluarga.

Tajuk ini amat berat bagi saya yang baru berkerjaya hampir 4 tahun dan berkeluarga hampir 3 tahun. Pengalaman dan panduan yang hendak dikongsi amat cetek sekali, namun saya gagahi juga kerana harapan jawatankuasa.

Saya sebetulnya amat berminat dalam bidang Training & Consultancy dan akan cuba memperkembangkannya. Jadi peluang sebegini amat baik untuk melatih skill persembahan dan interaktif dua hala antara penyampai dan peserta.

Kunci kepada pengurusan kerjaya, keluarga dan dakwah terdapat dalam surah al-taubah ayat 24.

Al-Taubah,24

Maksudnya :

Katakanlah : “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kamu keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaanya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq”.

Apabila kita mentadabbur ayat ini, maka jelaslah bahawa jihad di jalan Allah SWT (dalam bentuk menyampaikan Islam, memperjuangkan, mempertahankannya) adalah lebih utama berbanding ahli keluarga dan pekerjaan kita sendiri.

Tuntutan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulnya berada pada tingkat yang utama berbanding yang lain. Ini merupakan kunci pengurusan yang jelas kepada anggota gerakan Islam.

Tawazun dalam rumahtangga, kerjaya & dakwah

Ada tiga elemen yang perlu diseimbangkan :

Q. Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.

R. Di antara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakat yang sangat mencabar.

S. Di antara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.

Kesimpulan

Dalam memastikan kita sentiasa istiqomah di dalam perjuangan Islam, maka kita perlu mengimbangkan antara kerjaya, keluarga & dakwah. Faktor utama di sini ialah tugas dan tanggungjawab kepada Allah SWT lebih utama berbanding yang lain.

Pada waktu yang sama, ia tidak bermakna kita menidakkan hak kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara. Kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara ada tuntuntan sendiri yang perlu dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman mengikut panduan Allah SWT dan RasulNya.

Apabila bertembung kepentingan jihad dengan peribadi dan keluarga, maka mestilah diutamakan kepentingan jihad. Secara realitinya, jika pertembungan ini benar-benar berlaku maka mestilah mendapat nasihat kepimpinan & jamaah bagaimana kita ingin memutuskannya.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Amin al-Kalantani

Wednesday, July 01, 2009

KAIN KAFAN BURUK

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.


Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.


Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."


Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"


Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.


"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le
iktibar