Tuesday, December 30, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Hari ini saya mendapat e-mail daripada Mentor Akademi Penulis

Assalamualaikum & salam bahagia,

Amin,

Selamat tahun baru Hijrah. Sudah tentu banyak gagasan baru
hidup sudah disusun dan diatur dalam tahun baru. Ada yang
meletakkan azam bagi menubuhkan syarikat bisnes, ada yang
meletakkan azam untuk membeli kereta baru, ada yang ingin
kahwin (bagi yang bujang), ada yang inginkan kebebasan
kewangan dan .. (tambah senarai Amin di sini)

Walauapapun azam Amin pada tahun 2009 dan tahun hijrah
1430 ini, saya doakan Amin berjaya mencapainya.

Pada tahun baru ini tentu ada yang meletakkan keazaman
membuat sesuatu lain daripada biasa. Azamnya untuk
menghasilkan buku pertama. Ramai yang bertanya kepada saya
mengapa saya meletakkan nama seminar anjuran saya yang
berlangsung pada 17 hb Januari 2009 ini sebagai Seminar
Jana Wang Dengan Menulis? (Boleh layari laman web
http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=Xls7&mc=3&s=ib7NU&y=0& Tidakkah ia akan
menyebabkan persepsi buruk mengenai dunia penulisan? Semua
penulis hanya menulis kerana mendapat wang. Itu kata
mereka.

Pada pandangan saya, dunia penulisan adalah suatu dunia
yang cukup murni. Ia penuh perjuangan dan inspirasi.
Penulis adalah seorang manusia mulia yang ingin berkongsi
ilmu mereka di dalam dunia. Ramai orang dalam dunia ini
mempunyai ilmu. Ilmu bisnes, ilmu menjahit, ilmu bercakap,
ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu mengurus, ilmu bercinta dan
banyak lagi. Namun begitu kebanyakannya 'kedekut' untuk
berkongsi dengan orang. Mereka menyimpan semua ilmu dalam
minda mereka dengan tidak mahu berkongsi bersama orang
lain.



"En. Fauzul, janganlah kata begitu. Kami bukannya kedekut
tetapi rasa tak cukup ilmu lagi untuk sampaikan kepada
orang lain. Mungkin ya kami ada ilmu, tetapi kami tidak ada
bakat untuk menulis, (sambung alasan Amin di sini)." Ini
adalah antara kata-kata yang mungkin ada dalam minda
masing-masing apabila membaca pernyataan di atas.

Biar apapun alasannya penafian ia tetap sebuah alasan.
Selagi mana Amin tidak merealisasikan bukunya tetap
Amin seorang yang 'kedekut'. Mengapa saya berkata
begitu? Jika alasannya adalah tidak cukup ilmu saya yakin
percaya semua orang mempunyai ilmu tersendiri. Ia datang
daripada pengalaman, gerak kerja seharian, pembelajaran dan
studi di institusi pengajian tinggi, menjelajah dunia orang
ketika melancong, kemahiran semulajadi dan sebagainya.

Kesemua ini adalah unik dan hanya kita sahaja mempunyai
ilmu itu. Sampai bila kita ingin timba ilmu bagi
membolehkan kita menulis? Takkanlah orang yang ada ijazah
sarjana muda, sarjana (master) dan doktor falsafah (Ph.D.)
masih lagi mengatakan dia tidak ada ilmu. Apabila begitulah
alasannya sampai hari kiamat belum tentu buku tulisan
Amin akan keluar.

Jika alasan tidak ada ilmu penulisan, banyak ruangan
pembelajaran yang ada. Kami di Akademi Penulis menyediakan
ruangan pembelajaran tersebut. Dengan hanya pelaburan yang
kecil, Amin boleh memperoleh ilmu hasil pengalaman
bertahun-tahun pakar dunia penulisan dan perbukuan Malaysia
di sini. (Boleh rujuk http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=Xlsz&mc=3&s=ib7NU&y=P&

Ilmu adalah dinamik, ia tidak akan berhenti. Ada satu
ketika seorang pakar perundangan datang bertemu saya di
pejabat. Beliau berminat sangat untuk menulis mengenai
dunia perundangan Malaysia. Selepas bertemu dan mendapat
konsultansi dengan saya, beliau mula menulis. Saya menunggu
karya beliau sampai ke meja selepas memberikan tarikh akhir
penghantaran. Tunggu punya tunggu tidak sampai-sampai.
Tarikh akhir yang dijanjikan sudah dilangkaui.

Saya pun hubungi beliau dan bertanya mengenai manuskrip
tersebut. Dia berkata bukan tidak mahu hantar tetapi ingin
menunggu undang-undang baru yang bakal digubal pada waktu
itu. Apabila saya mendengar kata-katanya itu, saya pun
memberitahu agar beliau teruslah menunggu. Mengapa?
Undang-undang digubal setiap hari, setiap waktu. Ia adalah
buatan manusia maka ia akan berubah dan tidak akan statik.
Jika hendak menunggu undang-undang baru, maka ia akan
berterusanlah hingga ke hari kiamat.

Apa yang boleh saya kata, kita tulis apa yang ada pada kita
hari ini. Apabila ada penemuan baru, kita kemaskinikan fakta
dan terbitkan semula. Dalam dunia penerbitan kita tidak
boleh hanya menulis dan menerbit satu buku. Kita perlu
merancang menulis berbuku-buku.

Jadi, Amin bagaimana? Adakah Amin tergolong dalam
golongan 'kedekut' tadi? Jika Amin bukan begitu, mari
kita bersama berjuang menyampaikan ilmu kepada masyarakat.
Jika Amin masih gusar dan tidak tahu mengenai dunia
penulisan, saya jemput Amin untuk sertai program
Penulis Super anjuran Akademi Penulis. Maklumatnya di
http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=XlsG&mc=3&s=ib7NU&y=L& Tempat semakin habis,
bertindak sekarang. Amin pasti boleh menjadi PENULIS
SUPER.

Semoga azam kita tahun baru ini dapat direalisasikan.

FAUZUL NA'IM ISHAK
Mentor Utama Akademi Penulis
www.akademipenulis.com
www.mentorpenulis.com

Book Pro Group
188 Jalan Tengku Sulaiman
28700 Bentong
Pahang Darul Makmur
Malaysia

Tuesday, December 23, 2008

Wajib Berjuang Bersama PAS

TUGASAN SUBJEK AQIDAH ISLAMIYYAH
Buat ulasan setakat mana syarienya (wajibnya) kita memperjuangkan PAS ini berpandukan kepada Tauhid Uluhiyyah.

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
DEFINISI TAUHID
DEFINISI TAUHID ULUHIYYAH
PENGENALAN PAS
TUJUAN PENUBUHAN PAS
DALIL-DALIL WAJIBNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM
DALIL-DALIL WAJIBNYA MEMPERJUANGKAN PAS DALAM KONTEKS MALAYSIA
PENUTUP DAN KESIMPULAN
RUJUKAN

PENGENALAN
Kertas kerja ini akan membahaskan dalil-dalil untuk menunjukkan wajibnya memperjuangkan PAS berpandukan tauhid kepada Allah SWT. Dalam penulisan ini saya cuba membawa dalil-dalil wajibnya berjuang menegakkan agama Islam. Seterusnya, saya akan mendatangkan pula dalil-dalil wajibnya memperjuangkan PAS berpandukan dalil wajibnya memperjuangkan Islam. Di akhir penulisan, saya cuba membuat kesimpulan ringkas tentang tajuk ini.

DEFINISI TAUHID
Tauhid merupakan satu istilah merujuk kepada keyakinan bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada sekutu baginya.
Dalilnya dalam surah al-Ikhlas ayat 1-5:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ - اللَّهُ الصَّمَدُ - لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ - وَلَمْ يَكُنْ لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
Maksudnya :
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

DEFINISI TAUHID ULUHIYYAH
Tauhid uluhiyyah atau dipanggil juga tauhid ibadah, iaitu seseorang yang mengaku beriman tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Allah jua, Allah sahaja yang berhak disembah, dikasihi dan ditaati serta ditakuti dengan sebenar-benarnya [1]. KepadaNya tempat bertawakkal, tempat menaruh harapan, tempat kita berdoa dan seterusnya Allah SWT befirman:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِين
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Fatihah : 5)

PENGENALAN PAS
Parti Islam SeMalaysia ataupun singkatannya PAS telah ditubuhkan melalui proses Pejabat Pendaftaran Pertubuhan di Pulau Pinang Register of Societies No.34 dlm. 26/25 Ast. Registrar of Societies/Penang 880, Pejabat Agong PAS bil. 9 (61) dlm. P 3/55 perkaitan bil.(2) P/32/35 Pejabat Agong PAS 958 Kepala Batas Seberang Prai, hasil daripada perjumpaan dan persidangan alim ulama pada 24Hb November 1951 di Butterworth [2].

TUJUAN PENUBUHAN PAS

Saya merujuk kepada ucapan dasar Presiden PAS dalam Muktamar kali 54. Ucapannya seperti berikut: ”Saya juga ingin mengajak semua para hadirin, untuk mengimbas kembali dan benar-benar memahami akan tujuan PAS diwujudkan lebih dari 57 tahun yang lalu. Berdasarkan kepada Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Bab Ketiga, Fasal 5, merumuskan bahawa tujuan PAS ialah :

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan
pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan
hukum-hukumnya menuju keredhaaan Allah.

(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan
Negara

Berasaskan kepada tujuan penubuhan dan usaha-usaha yang dilaksana oleh
PAS, maka kita semua perlu memahami bahawa PAS bukan sahaja berperanan menjadi sebuah parti siyasah, tetapi juga sebuah organisasi dakwah dan tarbiyah atau sebuah gerakan yang turut menjadi mata rantai gerakan Islam di seluruh dunia. Segala bentuk peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh PAS semestinya bersesuaian dengan sifatnya sebagai sebuah gerakan Islam itu sendiri.

Sesungguhnya segala perancangan dan tindakan kita adalah untuk menyampaikan mesej Islam sebagaimana yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah s.a.w. dan kita yang melangsungkan kewajipannya:

Firman Allah S.W.T :
Maksudnya :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yangberhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (KitabkitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk". [6]

DALIL-DALIL WAJIBNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM
Merujuk kepada Firman Allah SWT di dalam al-Quran dan juga Hadith Rasulullah SAW, jelas menunjukkan betapa wajibnya kita berada di dalam saff-saff perjuangan menegakkan ugama Islam.

Setiap individu muslim tidak boleh melepaskan dirinya daripada memperjuangkan ISLAM di mana mereka berada. Kewajipan ini ialah FARDHU AIN. Ini bermakna sesiapa yang meninggalkan tugas ini hukumnya adalah berdosa.

Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah untuk melahirkan individu yang mencerminkan aqidah dan akhlaq Islam, melahirkan masyarakat yang berpegang teguh dengan pemikiran dan cara hidup Islam, menegakkan sebuah daulah atau pemerintahan yang melaksanakan Islam sebagai syariat perundangan, peraturan dan perlembagaan hidup, serta memikul amanah dakwah yang menjadi petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di alam ini [3].

Antara dalil-dalil yang menguatkan bahawa memperjuangkan Islam adalah wajib, dilihat dari beberapa sudut :


PERTAMA : WAJIB DARI SUDUT PRINSIP (MABDA’)
Beramal ataupun bekerja untuk menegakkan seluruh ajaran Islam pada prinsipnya adalah wajib kerana beramal atau bekerja adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia didahului oleh para Nabi dan para Rasul.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran ia hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu (mengubah dengan tangannya/kuasanya), maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (yakni tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sekadar besar biji sawi.
(Hadith Riwayat Imam Al-Tirmizi)

KEDUA : WAJIB DARI SUDUT HUKUM
Berjuang menegakkan Islam adalah wajib dilihat dari sudut hukum kerana tidak berjalannya syariat Allah di atas muka bumi dan penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas masyarakat manusia hari ini mewajibkan umat Islam bekerja untuk menegakkan masyarakat Islam dan mengembalikan cara hidup Islam [3].

Umat Islam juga wajib bekerja supaya manusia tunduk dan mengabdikan diri kepada Allah di dalam soal keyakinan, akhlaq dan sistem hidup keseluruhannya berdasarkan dalil dari Al-Qur’an yang menyebut :

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِى أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً

”Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) mereka belum lagi beriman hinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusannya yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”.
(Surah An-Nisa’ : Ayat 65)


DALIL-DALIL WAJIBNYA MEMPERJUANGKAN PAS
DALIL PERTAMA : MEMPUNYAI CIRI-CIRI HIZBULLAH
PAS kini berusaha sedaya upaya untuk menepati maksud al-Quran, surah al-Maidah ayat 51-54 iaitu janji Allah SWT mewujudkan suatu kaum (kumpulan) yang mempunyai ciri-ciri Hizbullah yang pasti meraih kejayaan [4].

PAS berusaha untuk menepati maksud Hizbullah yang terkandung dalam surah al-Maidah ayat 51-56. Antara ciri-ciri Hizbullah yang dinyatakan oleh Allah SWT ialah :
1. Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah.
2. Bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mu’min.
3. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir.
4. Yang berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
5. Menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat serta mereka tunduk kepada Allah SWT.
Antara matlamat Hizbullah ialah :
Matlamat pokok kepada Hizbullah itu ialah melaksanakan segala yang diwajibkan oleh Allah SWt, kerana matlamat seorang muslim itu tidak harus terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah, dan haramlah mengubah atau memindanya. Secara umumnya dalam konteks Harakah Islamiyyah, matlamat Hizbullah itu terbahagi kepada tiga perkara [7]:
1. Membentuk Syakhsiyyah Islamiyyah (Peribadi Islam).
2. Membentuk Jama’ah Hizbullah (Parti Allah)
3. Menegakkan Daulah Islamiyyah (Khilafah Islamiyyah) –Negara Islam.

DALIL KEDUA : DASAR PAS IALAH ISLAM
Merujuk kepada perlembagaan PAS, dasar PAS ialah ISLAM [8]. Islam merupakan teras utama perjuangan PAS. Allah SWT telah memilih ISLAM sebagai cara hidup merangkumi seluruh aspek kehidupan. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud ”.. Pada Hari ini Aku sempurnakan untuk kamu dinmu, dan aku cukupkan kepadamu nikmat-ku dan aku redai islam dinmu” [9]
DALIL KETIGA : SUMBER
Sumber rujukan PAS ialah AL-quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Setiap ahli gerakan ISLAM mesti memahami bahawa kewajipan beriman kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah 100 peratus. Dua sumber ini merupakan sumber tertinggi kepada umat Islam. PAS menjadikan dua sumber ini sebagai rujukan dalam perjuanganya.

Ini jelas termaktub dalam perlembagaan PAS Fasal 7 : Hukum, Kekuasaan dan ’Majlis Syura Ulama’ dalam perkara pertama yang menyebut :
(1) Adapun Hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMA’ ULAMA dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan [8].

DALIL KEEMPAT : DAKWAH YANG LENGKAP
Menyampai dakwah Islam kepada masyarakat merupakan kewajipan individu muslim khususnya kepada non muslim. PAS sebagai parti politik dan juga gerakan dakwah telah menjalankan kedua-dua kewajipan ini. Perlaksanaan ISLAM yang lengkap merupakan dakwah yang sentiasa diutamakan oleh PAS.

Jika dibuat perbandingan dengan jamaah-jamaah yang lain seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Tabligh, Hizbur Tahrir dan yang lain-lain, PAS merupakan satu wadah dakwah yang lengkap. Jemaah yang disebutkan sebelum ini tidak memenuhi syarat dakwah yang lengkap kerana sebahagian lain hanya menekankan aspek-aspek tertentu sahaja.

Bagi menguatkan hujjah, kita lihat kenyataan Timbalan Presiden PAS dalam ucapan beliau : Kemunculan PAS di tengah-tengah masyarakat Malaysia bersama dengan beberapa kumpulan Islam yang lain tidak akan mengubah statusnya sebagai sebuah Jama’ah Harakah Islamiyyah utama berdasarkan ciri-ciri berikut [5]:-
(i) PAS adalah sebuah Jama’ah Islam yang ditubuhkan di atas kesedaran untuk melaksanakan tajdid sepenuhnya;

(ii) PAS adalah Jama’ah Islam yang mendukung dan memelihara kesyumulan Agama Islam dan kesejagatannya;

(iii) PAS adalah Jama’ah Islam yang memelihara tradisi ‘ilmiyyah dan ‘aqliyyah;

(iv) PAS adalah Jama’ah Islam yang berada di bawah Kepemimpinan ‘Ulama’;

(v) PAS adalah Jama’ah Islam yang realistik dan praktikal;

(vi) PAS adalah Jama’ah Islam yang berakarumbikan rakyat jelata dari semua lapisan masyarakat;

(vii) PAS adalah Jama’ah Islam yang mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk membina sebuah ummah;

(viii) PAS adalah Jama’ah Islam yang menakankan ciri-ciri Hizbu’Llah;

(ix) PAS adalah Jama’ah Islam bersifat tersendiri, bebas dan tidak dikongkong oleh Kerajaan;

(x) PAS adalah Jama’ah Islam yang bersifat ‘Alamiyyah.

Jelas, kewajipan memperjuangkan PAS lebih utama daripada berjuang dalam jemaah yang lain.


DALIL KELIMA : WAJIB DARI SUDUT TUNTUTAN (DHARURAH)
PAS merupakan wadah memperjuangkan Islam di Malaysia. Berbanding dengan UMNO yang menjadikannya sebagai wadah Bangsa Melayu. Perjuangan menegakkan Islam secara syumul merupakan kewajipan. Di Malaysia, gerakan parti politik yang memperjuangkan Islam secara syumul hanyalah PAS.

Berjuang bersama PAS menjadi tuntutan kerana Islam belum diamalkan secara sempurna di Malaysia. Ini jelas daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman yang menyatakan Malaysia bukan Negara Islam, tetapi negara sekular.


DALIL KEENAM : ISLAM BELUM DIAMALKAN SECARA SYUMUL
Dalil keenam ini bersangkutan dengan dalil kelima sebelum ini. Malaysia terdiri daripada 60% masyarakat Islam pribumi. Sebahagian yang lain merupakan penganut-penganut ajaran agama seperti Buddha, Kristian, Sikh, Hindu dan lain-lain. Walaupun Islam merupakan majoriti, namun perlaksanaan Islam secara syamil tidak dapat dilaksanakan.

Di dalam perlembagaan hanya menyebut bahawa Islam adalah sebagai agama Rasmi sahaja. Maksudnya Islam hanya memainkan peranan di beberapa sudut sahaja. Tidak mencakupi segenap aspek kehidupan bernegara.Setiap umat Islam wajib menegakkan Islam. Untuk menegakkan Islam mestilah dalam organisasi yang tersusun. Mengikut hukum feqh:

”Sesuatu yang wajib tidak sempurna dengan ia, maka ia juga menjadi wajib”.

Ini bermakna, menjadi kewajipan untuk berjuang di dalam PAS dalam mencapai matlamat Daulah Islamiyyah.

DALIL KETUJUH : PAS DIPIMPIN OLEH ULAMA
PAS dipimpin oleh para ulama’ yang mukhlis. Antara tokoh ulama yang disegani di dalam PAS ialah Tuan Guru Yusof Rawa, Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Hj Nik Mat, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Dr. Haron Din, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Ismail Kamus dan ramai lagi ulama yang tidak dapat disebut di sini.

Ulama merupakan pewaris nabi. Ulamalah golongan yang paling memahami apa yang disampaikan oleh Nabi SAW. PAS meletakkan golongan ulama sebagai pimpinan dengan mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA’. Syura Ulama’ ini ditugaskan untuk memastikan dasar PAS tidak lari daripada orbit ISLAM.







PENUTUP DAN KESIMPULAN
Melalui perbincangan di atas, jelas kepada kita bahawa berjuang bersama PAS ialah wajib. Ini menepati arahan-arahan Allah SWT di dalam al-Quran dan juga panduan daripada Rasulullah SAW.

PAS bukan sekadar parti politik, tetapi parti yang melengkapi dakwah di Malaysia khususnya. Setiap inidividu muslim di Malaysia wajib memilih PAS untuk mendaulatkan ISLAM. Sebagai mana konsep FEQH ”Ma la Yatimul Wajib Illa Bihi Fahuwa Wajib’.

RUJUKAN
[1] Nota Pengajian Diploma Kepimpinan Islam, Aqidah Islamiyyah
[2] Hj Mohd Amin Yaakub (2001), Sejarah Pemerintahan Pas Kelantan, Kota Bharu: Pusat Kajian Strategik.
[3] Fathi Yakan (1996), Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
[4] Nasharudin Mat Isa (2001), 50 tahun mempelopori perubahan, menyingkap kembali perjuangan pas 50 tahun, Selangor : Penerbitan Ahnaf.
[5] Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 49 Oleh YB Ustaz Nasharudin Mat Isa,Timbalan Presiden PAS 13 Ogos 2008
[6] Ucapan Dasar Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) Muktamar Tahunan PAS ke – 54 2008.

[7] Hj Abdul Hadi Awang (2003), Islam : Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar.
[8] Perlembagaan PAS pindaan 2001.
[9] Dr. Haron Din (2000), Manusia dan Islam :Dewan Bahasa dan Pustaka

Jemputan Dakwah dalam masyarakat Majmuk



Sd/sdri yang senantiasa dikasihi Allah,

Assalamu’alaikum wbt,
Sukacita dimaklumkan bermula 8.30pagi hingga waktu zohor 28 Dis 08 (AHAD), JIM Daerah Petaling akan menganjurkan program Bengkel Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk BDDMM. Anda semua dialu-alukan untuk hadir mengalami pengalaman bersama. Flyer program disertakan.

Sila balas e-mel untuk pendaftaran. … Nama penuh dan no telefon.
KES ORANG ISLAM MURTAD DI MALAYSIA AMAT KRITIKAL (kata2 JOHANNES BIN LUKAS pendakwah muda Islam/ bekas calon paderi Kristian dalam bicara ad-deen, kuliah subuh dMasjid Negeri, Shah Alam pada 20 Dis 08 lalu)
Maka, beliau menyeru kita TERANGKAN apa itu ISLAM yang sebenarnya kepada yang bukan Islam…
I
- ISLAM ITU AGAMA SEBENAR DARI SANG PENCIPTA MANUSIA.
- ISLAM ITU AMAT MUDAH/ADIL/MENYENAN GKAN MANUSIA.
- SEGALA LARANGAN/SEKATAN ALLAH (TERMASUK YANG MAKRUH) PULA
PENUH HIKMAH KERANA JIKA DILAKUKAN JUGA AKIBATNYA AKAN MENYUSAHKAN/ KEJI/MEMALUKAN/ MANUSIA
TIDAK AKAN TENTERAM.

Salam dan doa.

Friday, December 05, 2008

Selamat Menghayati Idul Adha

Assalamualaikum buat semua pencinta ISLAM.

Rasanya sekejap sahaja IDULFITRI berlalu, kini kita bertemu pula dengan IDUADHA.

Sungguh indahnya menjadi MUSLIM.

Allah SWT sentiasa mentarbiyah hambanya agar sentiasa menyucikan diri.

Setelah sebulan di bulan Ramadhan, kita ditarbiyah dengan tarbiyah yang cukup mantop.

Kini IDULADHA menuntut kita memahami, mengkoreksi dan mempraktiskan PENGORBANAN sebagai seorang yang BERIMAN.

Saya sendiri cuba mengkoreksi diri sejauh mana TADHIYYAH (PENGORBANAN) yang telah dilakukan dalam menyampaikan mesej ISLAM ke dalam masyarakat.

Diri sendiri rasa begitu kerdil kerana pengorbanan yang dilakukan sungguh kecil berbanding dengan pejuang-pejuang ISLAM yang lain.

Masa mereka untuk menyampaikan dakwah ISLAM ialah 24 jam.

Tidak ada letih dan penat.

Bagi mereka biarlah mati sebagai tempat istirehat.



Susahnya kita untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Juga kepada mereka yang pergi menunaikan HAJI.

Mudah-mudahan semuanya beroleh HAJI yang mabrur.

Memahami apa erti tuntutan ISLAM yang syamil (sempurna).

Mudah-mudahan kita yang belum berpeluang ke TANAH SUCI akan suatu hari nanti ke sana juga.

Biasanya orang kita akan mengcomparekan (maaf saya mencampur adukkan bahasa) feeling IDULFITRI lebih hebat berbanding IDULADHA.

IDULADHA katanya lebih meriah di pantai timur.

IDULFITRI siap ada nyanyi dan nasyid yang boleh membangkitkan nostalgia, kesedihan dan pelbagai perasaan yang meruntun jiwa.

Bila tiba IDULADHA jarang kita dengar nasyid2 dan nyanyian yang boleh membangkitkan nostalgia ingin menigkatkan praktis PENGORBANAN.

Mengapa situasi ini terjadi?

Mungkin akibat silap faham kita dari turun temurun lagi.

Sedangkan IDULADHA tidak kalah dengan IDULFITRI.

Sama-sama penting dan sama-sama BESAR ertinya.

IDULFITRI tanda UBUDIYYAH yang tulus kita kepada al-Khalik.

IDULADHA tanda TADHIYYAH (PENGORBANAN) yang ikhlas kita kepada al-Rahman.

Masing-masing bersangkut paut antara satu sama lain.

Saya yakin huraian saya ini telah difahami dan turut dirasai oleh semua.

Kita rasa IDULFITRI itu lebih besar maknanya dari IDULADHA.

Mudah-mudahan kita sama-sama terapkan dalam diri kita bahawa kedua-duanya sama penting untuk diHAYATI secara saksama.

Ya Allah permudahkanlah kami untuk BERKORBAN untuk mu.

SElamat Menghayati Iduladha dari saya sekeluarga.

Abu Fatih, Ummi Fatih dan Fatih

Shah Alam, Selangor.

Thursday, December 04, 2008

Bukan cinta biasa

Bukan cinta biasa


Semuanya berbeza – usia, fizikal, kecergasan, ‘world view’ dan kegemaran. Namun cinta mengikat mereka menjadi satu.




MASIH ramai yang tidak percaya bahawa Wook Kundur yang berusia 106 tahun dan Mohd Nor Musa, 37, tinggal sebumbung di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu sebagai suami dan isteri.

Barangkali ramai yang mengambil sedikit waktu untuk yakin akan hakikat bahawa perkahwinan unik pasangan itu sudah berlaku sejak tiga tahun yang lalu.

Jika dilihat pada tanggapan biasa, 'ketidakpercayaan' orang ramai dalam hal ini ada asasnya. Ini kerana jurang perbezaan usia mereka begitu jauh iaitu 69 tahun.

Bayangkan ketika Wook 'menyambut' hari lahir yang ke-69, Mohd Nor baru celik melihat dunia dan kelahirannya disambut dengan penuh kesyukuran oleh keluarganya.

Berdasarkan trend orang Melayu berkahwin awal ketika itu, Wook layaknya memanggil Mohd Nor sebagai cicit iaitu keturunan keempat dalam salasilah sesebuah keluarga.

Hal ini tentu sekali wajar kerana dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum dan ketika awal negara mencapai kemerdekaan, usia 17 tahun sudah dianggap matang bagi seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga.

Bagi pihak Mohd Nor pula, andainya waktu itu Wook ada di sisi, panggilan hormat yang sesuai digunakan tentulah moyang.

Walau apa pun yang berlaku, pada awal tahun 2005 ketika berusia 34 tahun, Mohd Nor menginterpretasikan jiwa besar seorang lelaki dengan mengahwini Wook yang ketika itu berusia 103 tahun.

Atas alasan mencari keredaan Allah dengan mengabdikan diri kepada wanita itu, Mohd Nor membuang jauh ke tepi segala pandangan yang tidak selari dengan niat murninya mengahwini Wook.

Beliau meneguhkan keyakinan dalam diri dan tetap percaya bahawa beliau sudah pun membuat keputusan yang terbaik di dalam hidupnya.

Sesuatu perkara yang luar biasa tetap ditanggap 'biasa' oleh kebanyakan individu walaupun perkara itu dibolehkan oleh agama, malah ada hikmah tersendiri.

Apabila kehilangan asas untuk menolak keyakinan bahawa pasangan itu sememangnya sudah berkahwin dan berhak tinggal serumah, timbul pula persoalan keserasian.




Fakta itu dijadikan alasan penolakan pihak tertentu untuk percaya kepada hakikat bahawa dua insan ini mampu berkongsi hidup.

Kepercayaan itu dihujahkan oleh fakta wujudnya kontradiksi dari segi budaya hidup atau 'world view' yang memungkinkan segala-galanya menjadi sukar.

Daripada sebesar-besar dan sejelas-jelas perkara kepada sekecil-kecil dan sesulit-sulit perkara, mereka membuat perbandingan.

Ini termasuk dalam persoalan yang dilemparkan oleh pihak tertentu tentang bagaimana Mohd Nor 'menerima layanan' Wook sebagai isteri di tempat tidur dan apakah wujud 'kepuasan' dalam hal tersebut.

Atas sebab itulah, Mohd Nor dikatakan tidak mampu bertahan lama.

Dengan kepercayaan kononnya Wook tentu melihat baki hidupnya secara sempit, tentunya Mohd Nor tidak akan terus sanggup untuk berbakti kepada wanita itu.

Dalam pertemuan eksklusif dengan Kosmo! di rumahnya baru-baru ini, lelaki berjiwa besar itu bagaimanapun tidak cepat melatah dengan pandangan negatif dan liar ke atas mereka.

Beliau yang berasal dari pedalaman Tanah Merah, Kelantan dan berkelana di situ sejak empat tahun lalu mengakui sudah 'masak' dengan situasi demikian.

Pernah katanya, mereka dikatakan sudah bercerai baru-baru ini. Malah tersebar desas-desus kononnya mereka tidak lagi tinggal serumah hampir setengah tahun lalu.

Beliau yang menafikan semua tohmahan dan khabar angin itu mengakui hakikat bahawa peritnya menghadapi kehidupan jika seseorang itu bertindak di luar kebiasaan.

"Memang semua ini luar biasa. Saya memilih semua ini. Apabila saya membuat sesuatu pilihan, saya tidak berundur lagi.

"Mungkin orang melihat saya tidak berpelajaran. Betul, saya tidak ada sijil peperiksaan yang hebat, bersekolah pun tidak tinggi.

"Kalau itulah ukurannya, memang saya tidak ada harga diri dalam masyarakat, tetapi jangan lupa bahawa kehidupan juga satu penilaian kehidupan.

"Hari-hari yang kita lalui juga adalah salah satu daripada jenis persekolahan dan kadang kala di situlah kita mampu belajar dengan lebih bijaksana," katanya.

Bertubuh sasa, mungkin kerana rutin hidupnya bekerja mengerah tenaga yang banyak, selain 'kebal' dengan pelbagai jenis cuaca, Mohd Nor percaya apa yang dilakukan ini adalah betul.




Katanya, sepanjang tiga tahun beristerikan Wook, dia mampu mengecapi nikmat hidup sama ada dari aspek jasmani mahupun rohani.

Jelasnya, Wook yang sudah pun berpengalaman mendirikan rumah tangga sebanyak 21 kali sebelum berkahwin dengannya ternyata tidak mengecewakannya.

Menurutnya, Wook mempunyai keistimewaan daripada kedua-dua aspek itu, malah pintar dan 'perkasa' menjaga tanggungjawab 'di tempat tidur'.

Lelaki budiman ini mendakwa, Wook meneruskan amalannya iaitu mengurut tubuh sendiri setiap awal pagi dan selepas solat Isyak untuk memastikan dirinya terus sihat.

Katanya, isterinya juga sering mengingatkannya agar turut mengurut tubuh sendiri dan mengamalkan petua tertentu dalam kehidupan.

"Isteri saya pantang minum minuman sejuk, sebaliknya suka minum air masak atau Milo O panas atau teh O suam walaupun pada waktu cuaca terik.

"Dia tidak suka makan nasi berlaukkan gulai yang menggunakan santan dan sekarang semua itu, saya pula amalkannya," katanya.

Sementara itu, Wook yang pada asalnya mendiamkan diri tetapi lama kelamaan menjadi peramah mengakui dia sudah 'masak' dengan asam garam kehidupan.

Katanya, pandangan serong dan cakap-cakap yang tidak enak didengar sudah pun dihadapinya sejak puluhan tahun lalu bersama suami terdahulu.

"Kalau semua cakap orang tak enak, kita ambil pusing, tak boleh buat kerja kita jadinya. Hari ini berbalah dengan orang itu, esok pula dengan orang ini.

"Sampai bila kita nak terus buang masa?," katanya yang masih mempunyai pendengaran yang jelas serta pertuturan yang baik.

Walaupun sudah lanjut usia, beliau berkebolehan menggunakan laras bahasa komunikasi terkini dan tidak terikat dengan dialek atau bahasa daerah.


MOHD NOR MUSA membantu isterinya, Wook Kundur mengenakan tudung di rumah mereka di Hulu Terengganu.


Wook yang memiliki fizikal kecil molek dan berkulit cerah turut gemar berpakaian kemas serta pandai mencetuskan suasana kecindan (kelakar).

Menceritakan rahsia urut tubuhnya, wanita umpama 'primadona desa generasi lama' itu berkata, semua itu diwarisi daripada keturunannya.

Beliau berkata, amalannya tidak menyalahi ajaran agama.

Menceritakan permulaan peristiwa hingga membawa kepada berputiknya 'cinta luar biasa' mereka, Wook berkata, Mohd Nor menyewa rumah kecilnya empat tahun yang lalu.

"Masa itu, dia datang dengan kawan, cari rumah sewa. Dia kerja buat rumah batu dan bangunan, kira ambil upah jadi buruh kasarlah.

"Kebetulannya, saya ada dua buah rumah, satu yang besar tetapi dah buruk sikit, satu lagi yang kecil tapi agak baru jugalah. Dia duduk seorang.

"Saya perhatikan Mohd Nor pemuda yang baik, rajin dan hormat orang tua. Saya ambil dia jadi anak angkat. Lepas tu, dia selalu datang tolong saya.

"Kerana kami bukan muhrim, saya takut timbul fitnah, maka saya panggil Mohd Nor, cadang untuk kahwin dengannya. Dia minta sikit masa. Saya setuju.

"Tak sampai sebulan, dia kata dia setuju. Kami pun kahwin, tapi buat majlis ringkas. Mak dan ayah Mohd Nor baik dan hormat saya.

"Mereka pun datang pada hari kami kahwin. Tak timbul soal keluarga tak setuju. Kalau ada yang cakap juga, itu jelas fitnah," katanya.

Dari sisi yang lain pula, Wook memperlihatkan sikapnya yang rasional menghadapi kemungkinan hidup bersuamikan Mohd Nor yang jauh lebih muda.

Beliau berterus-terang dengan berkata bahawa hatinya dapat menghidu bahawa ada wanita lain meminati suaminya, namun itu tidak menjejaskan rumah tangganya.

Yang menariknya, Wook menyatakan kesediaannya bermadu jika suaminya mahu berkahwin lain, malah sanggup meminang wanita tersebut.

Katanya, dia sedia berusaha mengumpul wang hantaran perkahwinan itu nanti, namun meminta perkara itu tidak dirahsiakan daripadanya.

"Jangan buat macam pasangan muda. Kahwin sekejap, cerai. Ada masalah sikit, cerai. Jumpa orang lain, cerai. Itu tak baik. Saya tak nak macam itu.

"Kalau boleh, saya nak masyarakat kita menghargai ikatan suami isteri. Hubungan ini amanah Allah. Jangan khianat, berdosa nanti," katanya.


SELESA dan selamat berada di dalam dakapan suami tercinta.


Dalam pada itu, Wook tidak menolak hakikat bahawa ada ketikanya dia merajuk dan menimbulkan sedikit masalah kepada suaminya.

Namun, katanya, itu perkara biasa dalam melayari bahtera rumah tangga.

Justeru itu, Wook akan memastikan rumah tangganya kekal dan sentiasa percaya Allah mengasihi serta mendengar doa ikhlasnya.

Katanya, dalam konteks cinta kepada makhluk, cintanya kepada Mohd Nor bukanlah cinta biasa dan dia percaya Mohd Nor turut menyedari hakikat tersebut.

Rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Wednesday, December 03, 2008

Push Button Cover

Client request untuk Push Button Cover@ Flick Cover.

Inilah ayatnya :

We requested to install flick cover on these two unit of switches to prevent accidental trigger on PSD & ESD since it is installed with other different type of functional switches. Please provide a proposal to install the flick cover on these switches.

Jenus jugak nak cari benda alah ni. (spec) dia. Akhirnya aku tangkap gambar ajelah.

Ini dia punya SPEC :

Protective Cover

Hinged, transparent, with means for sealing, for Pushbutton.

Front Size : 29 mm dia

Product : EAO


Ada beberapa concern nak beli benda alah ni. Kena tengok size and then apa jenis cabinet kita pakai.


Benda alahnya simple aje tapi CUKUP bernilai bagi mennyelamatakan platform dari ESD dan PSD.





Monday, December 01, 2008

KAEDAH MEMAGAR KENDERAAN

MAKLUMAT INI SAYA PEROLEHI DARIPADA RAKAN SEKERJA. JIKA TIDAK BERSALAHAN DENGAN SYARAK BOLEH DIAMALKAN.

Assalammualaikum WMT,

Salam hormat saya pada para pembaca. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk mengemaskini penulisan blog saya. Disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan maka blog ini agak terabai.

Namun kali ini tergerak saya untuk berkongsi akan kaedah untuk memagar atau kaedah menjauhkan kenderaan dari berlakunya kemalangan atau kecurian, BiiznILLAH. Sama-sama kita berikhtiar & Tawakkal.

Terlebih dahulu, izinkan saya terangkan serba sedikit tentang kaedah ini. Kaedah ini saya perolehi dari salah seorang guru saya yang amat saya segani.

Apa-apapun kaedah tetap kaedah, yang pasti pergantungan sepenuhnya hanya kepada ALLAH setelah segala ikhtiar dijalankan. Jadikan urusan kita sebagai urusan ALLAH, jangan jadikan urusan ALLAH sebagai urusan kita.

Baik, kita teruskan pada kaedah.

Bagi mengelakkan kenderaan daripada mangalami malapetaka seperti kemalangan & kecurian, sila ikuti kaedah-kaedah seperti berikut:

1) Sediakan air kira-kira satu baldi.

2) Setelah itu air tersebut dibacakan dengan
*Al- Fatihah 3x, setiap kali sampai pada ayat ke-5 ulang 3x & setiap ulangan diniatkan dalam hati supaya ALLAH lindungi harta benda kita.

*Ayatul Qursi 3x (dibaca dengan kaedah 9 waqaf)

*Yasin 1-9 1x(Niat supaya ditutup pandangan pada orang yang berniat jahat)



*Yasin 66 - 67 3x( Niat supaya dielakkan dari segala malapetaka & marabahaya)



*Al-Ikhlas 3x
*Al-Falaq 3x
*An-Nas 3x
Setiap habis bacaan ditiupkan pada air.

3) Selepas selesai proses bacaan maka boleh disiramkan air tersebut pada kenderaan dengan arah berikut:



a- Dimulakan dari sebelah kanan pemandu/penunggang hingga ke depan.
b- Dari depan ke kiri.
c- Dari kiri ke belakang.
d- Dari belakang bergerak sehingga ke tempat duduk pemandu atau penunggang.

Apabila selesai seperti yang di atas, InsyaALLAH kenderaan anda tidak akan mengalami malapetaka. BiiznILLAH.

*Keterangan




Kaedah di atas hanya dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan. Bagi yang sudah memiliki tetapi belum membuatnya lagi, ada baiknya dilakukan sekarang. Cukup hanya sekali sahaja. Yakin ALLAH berserta kita.


* Tambahan


Suka untuk saya kongsikan satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri, contohnya di parking lot & sebagainya.

Caranya, setelah parking, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil disekitar parking. Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda kita. Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk penunggang (motorsikal) & terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, InsyaALLAH, kenderaan anda akan dijaga ALLAH.


Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH sebagai tanda saya adalah manusia yang serba lemah serta tidak berdaya tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM

Ariel Sharon Sudah Membusuk Tapi Masih Bernafas


BERITA PERTAMA

berita terkini...Na' udzubillah - Tubuh Ariel Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup

Subhanallah.... Pembalasan dari Allah SWT atas segala kekejaman nya, maka beringat2 kita sebagai hambaNya, jangan sekali2 melakukan kezaliman terhadap insan lain....!!!! Pesanan buat para pemimpin Malaysia kita khususnya. Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup. Semoga Allah SWT menimpakan Azab-Nya kepada seluruh Zionist Yahudi yang setuju terhadap pembantaian Umat Islam Palestin & Lebanon.

nauzubillah

Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup
Written by Ummu Raihanah

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi) ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.

Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata ' ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah.

Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerusakan di sekujur tubuh. Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak bisa menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentara untuk menyerang Sinai dan Lebanon . ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini ia tidak sedar sam a sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya. ..

Akhirnya Allah Subhanahu Wata ' ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah Subhanahu Wata ' ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup.

Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.

Benarlah firman Allah SubhanahuWata 'ala : 'Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap u***** dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar '(Fushilat:53)

Dipetik dari: Majalah Qiblati, vol.01/no.09/ Mei-Jun 2006 terbitan Jeddah, KSA.


Rujukan : http://www.fishing.net.my

ULASAN MSO

Iktibar Sejagat

Ariel Sharon Sudah Membusuk Tapi Masih Bernafas

SEORANG penjenguk blog merah tinta telah mengirimkan sekeping gambar menunjukkan bekas Perdana Menteri Israeil, Ariel Sharon yang terlantar tidak sedarkan diri dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan.

Keadaan bekas PM yang pernah dikutuk oleh seluruh dunia itu kerana kezalaman terhahap rakyat Palestin sungguh menyedihkan. Beliau dikatakan sudah tidak sedarkan diri sejak berminggu lalu. Tisu-tisu badannya juga sudah mula mereput dan berbau busuk.

Sebuah laporan majlis dipetik, Doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon ke dalam ruang pembedahan untuk operasi menyambungkan beberapa bahagian usus perutnya yang rosak dan telah merebak ke bahagian lain.

Apa yang menkajubkan, dan ini boleh menbimbulkan keinsafan kepada kita, meskipun dalam keadaan nazak begitu Sheron masih bernyawa lagi. Apakah ianya sengaja diberikan umur panjang dalam keadaan yang tidak sepatutnya beliau bernafas (berdasarkan foto) bagi memberi keinsafan kepada kita semua!

Gambar yang dikirimkan kepada blog ini adalah petikan dari majalah Qiblati Vol 01/No 09 Mei Jun. Terima kasih kepada penjenguk yang mengirimkan gambar ini untuk dikongsi bersama. [wm.kl 10:30 pm 27/11/08]

Rujukan : MSO