Tuliskan kata kunci carian anda untuk Blog Ini

Custom Search

Your Search Result

Tafsir Al-Quran Perkata

Tuesday, January 26, 2010

Al-Qur’an Tafsir Per Kata ini mempermudah kita dalam memahami erti dan isi al-Qur’an. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul dan Terjemahan yang memperkayakan Al-Qur’an Tafsir ini. Baru dilancarkan pada sekitar Jun 2009.

Sebuah Tafsir al-Quran yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur’an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turu ayat)

dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.

Kelebihan Tafsir Qur’an Per kata:

  • Tafsir global yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
  • Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
  • Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui)
  • Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
  • Dilengkapi juga dengan terjemahan.
  • Tersedia 5 pilihan warna Cover : Merah, Pink, Hijau, Ungu, Biru (*Bergantung kepada Stok)
  • Yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

Harga (SM) : RM 100.00 (Biasa: RM 160.00)

Ukuran : 21 cm x 29 cm (saiz A4) – Hard Cover

PERCUMA BEG AL-QUR’AN

HUBUNGI AMIN AL-KALANTANI 019-7964780

Read More..

PROMOSI HEBAT!!!!

Thursday, December 24, 2009

PROMOSI HEBAT !!!

Jom membeli belah buku di kedai online!

Penghantaran terus ke rumah anda tanpa perlu ke kedai kami.

Daftar dan beli di internet. Cukup mudah!!!

Mailah membeli belah di kedai kami di http://www.stormreaders.net/rafidah

ANDA JUGA BERPELUANG UNTUK MENJANA PENDAPATAN.

JOM SERTAI KAMI BERSAMA STORMREADERS.

Maklumat lanjut hubungi

AMRA BOOKSTORE

Amin Al-Kalantani ( 019-7964780 )

Rafidah Al-Banjari ( 019-7840664 )

Read More..

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H

Thursday, August 20, 2009


kadramadan

Salam Perjuangan,

Sedar tak sedar Ramadhan 1430H bakal kita temui lagi tahun ini. InsyaAllah.

Suatu nikmat yang dianugerahkan Allah SWT sebagai peluang kepada kita semua untuk bertaubat dan memperbaiki mutu iman & takwa.

Sudah banyak peluang yang Allah SWT berikan kepada kita, sebanyak itu juga kita terleka.

Peluang ini juga saya memohon kemaafan daripada anda semua yang mengenali dan juga penjenguk blog amin1982.wordpress.com yang bakal cukup umur 3 tahun pada 9/9 akan datang.

Semoga blog ini terus bernafas untuk memberi kebaikan kepada semua.

Juga tidak lupa kepada para pejuang Gerakan Islam di Permatang Pasir (N11) mudah-mudahan Allah berikan kemenangan dunia & akhirat.

Juga kita mengharapkan agar dengan kehadiran ramadan tahun ini akan melenyapkan jua H1n1 di dunia ini dengan keberkatan doa dan ketaqwaan kita semua.

Akhirnya, saya hadiahkan anda satu puisi yang saya karang tahun lepas sebagai buah tangan untuk Ramadhan yang bakal akan tiba.

RAMADHAN & LAILATUL QADR
MATAHARI 30 SYABAN 1429

RAMADHAN
KAU HADIR LAGI TAHUN INI
HADIRMU PENUH PENGHARAPAN
SEGUNUNG HARAPAN BUAT PECINTA TUHAN
HADIRMU MEMBERI NAFAS BARU BUAT PEJUANGRAMADHAN
SILIH BERGANTIN SETIAP TAHUN
HADIRMU SEPI BUAT YANG BERJIWA MATERIALISMA
HADIRMU TIADA MAKNA BUAT YANG ALPA
HADIRMU TIADA ERTI PADA YANG LEKA
HADIRMU TIDAK TERASA OLEH MEREKA

RAMADHAN
AKU TERUS MEMASANG HARAPAN
AGAR RAMADHAN TAHUN INI
TERCATAT SATU PERUBAHAN
DALAM HIDUPKU YANG PENUH NODA DAN TITIK HITAM
KEMBALI KEPADA FITRAH
ITULAH YANG AKU HARAPKAN

RAMADHAN
TAWARANmu SUNGGUH BESAR
LAILATUL QADR MENJADI HARAPAN
SEMUA INSAN YANG BERIMAN
SEPANJANG RAMADHAN
HADAPILAH UJIAN DAN CABARAN
SEMOGA LAILATUL QADR MENJADI GANJARAN

RAMADHAN
MOGA RAMADHAN TAHUN INI CUKUP BEERTI
MENJADI TITIK MULA PERUBAHAN
PERUBAHAN KEPADA MUKMIN SEJATI
YANG MAMPU BERJIHAD MENEGAKKAN KEBENARAN
DI DALAM DIRIKU SENDIRI
KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA INI
YA ALLAH JADIKANLAH RAMADHAN
KALI INI RAMADHAN BEERTI BUATKU

MUHAMMAD AMIN BIN HJ CHE HASSAN AL-KALANTANI

8 RAMADHAN 1429
5.02 PM DI TRISYSTEM

Amin Al-Kalantani
http://amin1982.wordpress.com

Shah Alam

Read More..

Puisi Buat Mujahid di Palestin

Tuesday, August 18, 2009

Puisi Buat Mujahid di Palestin

Mujahid Palestin

Engkaulah pejuang yang tabah

Engkaulah pejuang yang tiada goyah

Engkaulah pejuang yang sentiasa istiqomah

Mujahid Palestin

Darahmu menjadi galang ganti

Perjuangan mempertahankan al-aqsa yang penuh erti

Engkau menjadi wakil seluruh dunia ini

Engkau adalah pejuang yang cukup berani

Maut adalah syahid yang dicari

Mujahid Palestin

Walaupun Israel bertungkus lumus setiap hari

Penuh rakus mencabul setiap bumi Palestin suci

Engkau tetap berada di soff-soff perjuangan ini

Mempertahankan bumi para Nabi

Dari kekotoran nafsu serakah zionis yang membenci

Walau nyawa menjadi ganti

Mujahid Palestin

Engkau telah menolak janji-janji

Janji palsu dari zionis dan segala penjanji

Marilah kita berdamai dan bersatu hati

Palestin kita bahagi-bahagi

Muslim ambil yang ini

Israel ambil yang ini

Cukup senang bagi mereka membahagi

Mujahid Palestin

Telah ramai yang gugur dalam jihad suci

Telah banyak darah tersimbah ke bumi

Telah banyak yang terkorban hingga kini

Telah banyak tangisan air mata yang jatuh ke bumi

Telah banyak jiwa yang pergi

Telah banyak doa dipanjat kepad Ilahi

Ya Allah selamatkanlah palestin!!!

Ya Allah selamatkanlah al-aqsa!!

Ya Allah selamatkanlah muslim ya Allah!!!

Ya Allah bantulah mujahid Palestin!!

17 ogos 2009

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan al-Kalantani

http://amin1982.wordpress.com

Read More..

Rumah Tangga Impian Yang Tidak Dimasuki Syaitan

Salam Perjuangan,

Coretan saya kali ini berkisar tentang rumahtangga yang diidamkan oleh semua anggota gerakan Islam. Rumahtangga yang dibina atas dasar aqidah Islamiyyah.

Saya merujuk kepada buku karangan Drs Kasmuri Selamat yang bertajuk Panduan Perkahwinan, Kunci Syurga yang terbuang.

Ada 4 ciri yang dinyatakan oleh beliau dalam buku tersebut iaitu :

1-Rumah isteri yang sholehah

2-Rumah orang yang mensucikan diri dan sentiasa ingat kepada Allah SWT

3-Rumah orang yang sujud dan rukuk kepada Allah SWT

4-Rumah orang yang menunaikan hak dan kewajipan

Isteri solehah merupakan pendamping dan sahabat yang paling baik bagi si suami. Dialah penenang, pendamai, penyejuk, penolong, pengkobar semangat buat si suami yang berada di medan jihad.

Jika ada kebahagiaan dalam rumah tangga, maka syaitan dapat dicegah untuk masuk ke dalamnya. Sebab ianya merupakan rumah yang didirikan dengan berasaskan iman dan Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

“Empat hal yang termasuk kebahagiaan : Isteri yang sholehah, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang baik, kenderaan yang nyaman. Empat hal yang termasuk kesengsaraan: Isteri yang buruk perangainya, tetangga yang buruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk”.

(HR Ibnu Hibban)

Sebaik-baik rumah adalah yang ada di didalamnya isteri yang sholehah. Ia mampu membangun keluarga muslim dan mendirikan peradaban umat, serta sebagai ibu yang siap mendidik, membimbing, membiasakan kebaikan, membangunkan anak-anaknya untuk mengerjakan sholat dan membantu suami untuk taat kepada TuhanNYa.

Rumah yang didalamnya berterusan didirikan solat fardhu dan sunat adalah rumah yang bercahaya yang dimasuki oleh malaikat. Sementara syaitan akan bertempiaran melarikan diri daripada rumah-rumah yang sentiasa disebut nama Tuhan.

Penghuninya sentiasa bertaubat, membersihkan diri daripada maksiat dan sentiasa berhubung rapat dengan Allah SWT. Inilah rumah yang sentiasa bercahaya dengan cahaya iman dan taqwa.

Seluruh unit ahli dalam rumahtangga khususnya suami & isteri masing-masing memainkan peranan dalam memastikan semua ahli menunaikan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka sewajibnya ingat mengingati antara satu sama lain agar tidak melanggar larangan Allah dan meninggalkan segala perintah Allah SWT.

Alangkah indahnya rumah yang sentiasa bercahaya. Syaitan tidak mampu memporak-perandakan seisi rumah tersebut. Hanyalah Allah tempat mereka memohon pertolongan.

Islam Memimpin Perubahan

Bangunlah dan Berikanlah Peringatan

Amin Al-Kalantani

Shah Alam

Read More..

Mengurus Kerjaya, Keluarga dan Dakwah

Wednesday, July 22, 2009

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah hujung minggu lepas saya dan seorang sahabat ke Johor. Saya diminta untuk menyampaikan satu perbentangan bertajuk Pengurusan Kerjaya & Keluarga.

Objektif utama tajuk ini ialah bagi memastikan ahli gerakan Islam sentiasa istiqomah dalam perjuangan Islam walaupun telah berada di medan kerjaya dan keluarga.

Tajuk ini amat berat bagi saya yang baru berkerjaya hampir 4 tahun dan berkeluarga hampir 3 tahun. Pengalaman dan panduan yang hendak dikongsi amat cetek sekali, namun saya gagahi juga kerana harapan jawatankuasa.

Saya sebetulnya amat berminat dalam bidang Training & Consultancy dan akan cuba memperkembangkannya. Jadi peluang sebegini amat baik untuk melatih skill persembahan dan interaktif dua hala antara penyampai dan peserta.

Kunci kepada pengurusan kerjaya, keluarga dan dakwah terdapat dalam surah al-taubah ayat 24.

Al-Taubah,24

Maksudnya :

Katakanlah : “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kamu keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaanya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq”.

Apabila kita mentadabbur ayat ini, maka jelaslah bahawa jihad di jalan Allah SWT (dalam bentuk menyampaikan Islam, memperjuangkan, mempertahankannya) adalah lebih utama berbanding ahli keluarga dan pekerjaan kita sendiri.

Tuntutan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulnya berada pada tingkat yang utama berbanding yang lain. Ini merupakan kunci pengurusan yang jelas kepada anggota gerakan Islam.

Tawazun dalam rumahtangga, kerjaya & dakwah

Ada tiga elemen yang perlu diseimbangkan :

Q. Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.

R. Di antara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakat yang sangat mencabar.

S. Di antara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.

Kesimpulan

Dalam memastikan kita sentiasa istiqomah di dalam perjuangan Islam, maka kita perlu mengimbangkan antara kerjaya, keluarga & dakwah. Faktor utama di sini ialah tugas dan tanggungjawab kepada Allah SWT lebih utama berbanding yang lain.

Pada waktu yang sama, ia tidak bermakna kita menidakkan hak kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara. Kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara ada tuntuntan sendiri yang perlu dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman mengikut panduan Allah SWT dan RasulNya.

Apabila bertembung kepentingan jihad dengan peribadi dan keluarga, maka mestilah diutamakan kepentingan jihad. Secara realitinya, jika pertembungan ini benar-benar berlaku maka mestilah mendapat nasihat kepimpinan & jamaah bagaimana kita ingin memutuskannya.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Amin al-Kalantani

Read More..

KAIN KAFAN BURUK

Wednesday, July 01, 2009

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.


Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.


Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."


Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"


Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.


"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le
iktibar

Read More..

Perang Blog

Monday, May 04, 2009

Saya mula terlibat dengan penulisan Blog seawal bulan Februari 2006.

Pada awal penulisan saya itu, saya tidak menjangkakan blog akan menjadi medan pertarungan yang sengit pada masa hadapan.

Selepas PRU12, blog telah diiktiraf menjadi satu instrument/ruang untuk menyampaikan informasi kepada kebanyakkan pengundi muda khususnya.

Blog boleh menaikkan dan blog juga boleh menjatuhkan.

Bahana blog nampakknya semakin ketara apabila individu bebas menyatakan pendirian masing-masing walaupun dia tidak layak dan tidak memahami situasi.

Blog juga telah menjadi medan peperangan.

Apa yang menakutkan ialah para pembaca yang membuta tuli.

Maklumat yang diperolehi tidak diselidiki terlebih dahulu.

Hanya terima bulat-bulat dan dijadikan akidah.

Yang lebih menyedihkan, peperangan blog telah menular di antara kita.

Peperangan yang merugikan kefahaman ahli kita.

Ya ALlah selamatkanlah Parti Islam.

Amin Al-Kalantani

Read More..

KISAH BENAR dan Nyata (7x naik Haji xdapat lihat Ka'bah)

Monday, April 13, 2009

KITA RENUNG KAN

KISAH BENAR dan Nyata
(7x naik Haji xdapat lihat Ka'bah)

Sebelum g Mekah, mari kita ambik iktibar dulu yek.. Sebagai
seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan
(bukan nama sebenarnya),mengajak ibunya untuk mnunaikan rukun
Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu,
tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu
secara material,mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah
Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.

Ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan
keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka
melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan
Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang
memenuhi seruanMu ya Allah".Hasan menggandeng ibunya dan
berbisik,"Ummi undzur ila Ka'bah (Bu,lihatlah Ka'bah)." Hasan
menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya
yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.

Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh
anaknya..Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat
raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan.Ibunya sendiri
tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan.
beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak
hanyalah kegelapan.Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan
matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan
jelas,tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap
gulita.Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah.
Ia shalat memohon ampunan-Nya.

Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah,mengharap
rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah,tanpa
menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan
juga rahmat-Nya.Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan
ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat
merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang
soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan..
Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.Tahun berikutnya
kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan didekat
Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan
symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah.
Hasan tidak patah arang.

Ia kembali membawa ibunya ke tanah
suci tahun berikutnya.Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat
Ka'bah.Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya
hanyalah gelap dan gelap.Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri
Sarah.hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah
haji..Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan
ibunya menjadi buta di depan Ka'bah.Padahal, setiap kali berada jauh
dari Ka'bah,penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah
ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa
yang telah diperlakukan ibunya,sehingga mendapat musibah seperti itu ?
Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya.

Akhirnya diputuskannya
untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu
permasalahannya.Beberapa saat kemudian ia mendengar ada
seorang ulama yang terkenal kerana kesohlehannya dan kebaikannya di
Abu Dhabi(Uni Emirat).Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu
dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada
ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama,
kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya.Anak
yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia
meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun
menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang
dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi,
mengingat kembali,mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi
padanya di masa lalu,sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah.
Sarah diminta untuk bersikap terbuka,mengatakan dengan jujur, apa
yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya,
karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada
Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk
memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat
sebarang khabar dari Sarah...

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka,akhirnya Sarah
menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di
rumah sakit," cerita Sarah akhirnya."Oh,bagus..... Pekerjaan jururawat
adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang
sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli,apakah cara saya
itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut...

Iatidak menyangka wanita itu akan berkata demikian."Disana...." sambung
Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang
dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak
laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan,dengan imbuhan
wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah.
"Astagfirullah......" betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu
yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa
banyakkeluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya.Apakah
Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan
sangat penting.Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak
jelas.Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan,terutama
dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh
dinikahi.

"Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya
ulama terperanjat. "Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang
luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap
ulama dengan nada tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan?"tanya
ulama itu lagi sedikit kesal."Di rumah sakit, saya juga melakukan
tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia,"
kata ulama.

"Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama
dengan tukang sihir.""Maksudnya?"tanya ulama tidak mengerti. "Setiap
saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit,
segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di
dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah,
melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang
mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia.Seperti biasa, saya
memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum benang dan
lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti
terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya
dalam-dalam.Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi
begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak,
saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang
saya lakukan.

"Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa
dosa, ulama itu berteriak marah."Cuma itu yang kamu lakukan ?"."Masya
Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan".Ulama
itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah
terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah
wanita, yang memiliki nurani begitu tega,begitu keji. Tidak pernah
terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji
itu.

Akhirnya ulama itu berkata,"Anda harus memohon ampun kepada
Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda." Bumi
menolaknya. Setelah beberapa lama,sekitar tujuh hari kemudian ulama
tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah.Akhirnya ia mendapat
tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah
telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah
akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang
kepadanya.

Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi
keluarga Hasan di Mesir.Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan
sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang
diterima ulama itu... "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon
ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut.
"Bagaimana ibumu meninggal, Hasan?".tanya ulama itu.Hasan pun akhirnya
bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah.

Ketika tanah sudah digali,untuk
kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali,
tertutup dan mengeras.Para penggali mencari lokasi lain untuk digali.
Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali
menyempit dan tertutup rapat.Peristiwa itu berlangsung begitu cepat,
sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa
tanah itu kembali rapat.Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang
menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh
terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan
dengan perbuatan si mayat.

Waktu terus berlalu, para penggali kubur
putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu,
petang menjelang bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun
lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak
pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering
kerontang.Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya,
Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa
dikubur..

Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan
termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba
berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian
khusus orang Mesir..Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang
tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati
Hasan kemudian berkata padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu,
pulanglah!". . kata orang itu.Hasan lega mendengar bantuan orang
tersebut,Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya.

Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku
minta supaya kau jangan menengok ke belakang,sampai tiba di rumahmu,
"pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia
meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia diluar lokasi
pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi
dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang.
Betapa pucatwajah Hasan,melihat jenazah ibunya sudah dililit api,
kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa
herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa
wajah Hasan.Hasan ketakutan.Dengan langkah seribu, dia pun bergegas
meninggalkan tempat itu.Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama
itu. Hasan juga mengaku,bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu
kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan
Hasan.Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah
dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa
yang pernah dilakukan oleh ibunya.. Akan tetapi, ulama itu tidak
menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama
itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu
memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya
dengan izin Allah akan hilang.Benar saja,tak berapa lama kemudian
Hasan kembali memberitahu ulama itu,bahawa lukanya yang dulu amat
terasa sakit dan panas luar biasa,semakin hari bekas kehitamannya hilang.

Tanpa tahu apa yang telahdilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia
berharap,apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan
diampuni oleh Allah SWT.Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi
pelajaran bagi kita semua.

Read More..

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Friday, March 20, 2009

Kisah benar yang saya perolehi daripada e-mail seorang sahabat untuk dikongsi dan muhasabah.

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis Israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.
(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)

Read More..