Tuesday, March 23, 2010

Strategi Nabi menggunakan orang bukan Islam untuk menegakkan Islam dan aplikasi PAS dalam strategi terkini.

Strategi Nabi menggunakan orang bukan Islam untuk menegakkan Islam dan aplikasi PAS dalam strategi terkini.

Bab

Perkara

Muka Surat

1.0

Pendahuluan

1

2.0

Strategi Rasulullah SAW terhadap bukan Islam

2

3.0

Aplikasi sirah Nabi Muhaamad SAW terhadap perjuangan PAS kini.

3

4.0

Kesimpulan

4

5.0

Rujukan

5







1.0 Pendahuluan

Rasulullah SAW telah mempergunakan pelbagai taktik dan strategi dalam memenangkan Islam. Taktik dan strategi itu telah mendapat panduan daripada Allah SWT. Antara taktik dan strategi Rasulullah SAW ialah menggunakan kelebihan bukan Islam dipermulaan Islam, semasa peristiwa hijrah, selepas hijrah dan di masa pembukaan kota Makkah. Sirah perjuangan Rasulullah SAW ini semestinya dikaji oleh jamaah islamiyyah khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Senario politik di Malaysia selepas PRU-12 dilihat mempunyai impikasi yang besar terhadap taktik dan strategi PAS dalam memastikan kemenangan Islam pada PRU-13 akan datang. Slogan PAS FOR ALL menarik perhatian bukan Islam untuk bersama dengan PAS. Natijahnya, orang bukan Islam berani bersama dengan PAS dengan menubuhkan Kelab Penyokong PAS (KPP). Lebih memberangsangkan apabila isu untuk menjadikan orang bukan Islam sebagai ahli PAS.

Kertas kerja ini akan mempunyai dua tahap. Tahap pertama akan membahaskan strategi dan tektik Rasulullah SAW dengan menggunakan bukan Islam dalam memenangkan Islam. Dengan menggunakan fiqh Sirah Rasulullah SAW ini, saya akan cuba mengaitkan dengan jamaah Islam PAS dalam menggunakan bukan Islam bagi memenangkan Islam di Malaysia.

2.0 Strategi Rasulullah SAW menggunakan bukan Islam

Perkataan ‘strategi’ berasal daripada perkataan Greek iaitu strategos, istilah ketenteraan untuk menerangkan kemahiran seorang panglima perang. Ia merujuk kepada perancangan seorang panglima perang mengatur pasukannya dengan matlamat menewaskan pihak musuh. Rasullulah SAW telah menggunakan bukan Islam sebagai strategi memenangkan Islam dalam beberapa keadaan.

Diperingkat awal kemenangan Islam, Rasulullah SAW telah ditekan hebat oleh golongan penguasa jahiliyyah khususnya Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi pemuka Arab Quraish. Walaubagaimanapun,mereka tidak boleh memperlakukan apa-apa terhadap batang tubuh Nabi kerana mendapat perlindungan politik daripada bapa saudaranya Abi Talib yang merupakan pembesar utama di Kota Makkah. Prinsip ini dikenali sebagai Hawiyah ataupun suaka politik. Ini dapat dilihat dengan kata-katanya,

[1]

“Wahai anak saudaraku! Pergilah, katakanlah apa yang engkau suka, demi Allah aku tidak membiarkan engkau diganggu selama-lamanya.” [1] Demikian Abu Thalib mengatakan isi

hatinya. setelah pujukannya kepada Rasulullah SAW supaya memberhentikan dakwahnya ditolak oleh RAsulullah dengan tegas.

Kadangkala seorang pendakwah perlu menggunakan perlindungan keluarganya walaupun mereka tidak menerima dakwahnya kerana perjuangan dakwah masih lemah. Oleh itu sikap fanatik kesukuan atau kekeluargaan ini dapat dimanfaatkan oleh pendakwah dalam menjaga dan

melindungi gerakan dakwahnya, selama mana iainya tidak disertai dengan berbagai kemungkaran yang dilarang oleh syara’. [2]

Peristiwa kedua ialah apabila Rasulullah SAW mengarahkan kaum muslimin berhijrah ke Habsyah di bawah pemerintahan Najasyie seorang Raja Nasrani. Di sini dapat diambil iktibar bahawa gerakan Islam boleh meminta bantuan pemerintah bukan Islam yang menghormati Islam dan boleh bekerjasama. Ini dapat dilihat sebagai suaka politik untuk ummat Islam.

Peristiwa ketiga dapat kita ambil pengajaran ialah di waktu Rasulullah SAW berhijrah bersama dengan Abu Bakar. Abu Bakar telah menyewa/mengupah Abdullah bin Uraiqit Al Daily iaitu seorang musyrik yang akan bertindak sebagai pemandu jalan menuju ke Madinah. Tujuannya adalah supaya mereka tidak dibawa melalui jalan biasa yang dilalui oleh kaum Quraisy, akan tetapi mengikuti jalan baru yang tidak dikenali orang [2]. Walaupun Abdullah bin Uraiqit seorak musyrik, tetapi amanah dan taat menyimpan rahsia. Tindakan Abu Bakar ini tidak ditolak oleh Rasulullah SAW. Ini menunjukkan kepintaran dan kemahiran orang bukan Islam boleh digunakan selagi mereka tidak memusuhi Islam.

Peristiwa keempat yang boleh kita ambil ialah daripada sudut sistem pertahanan. Rasulullah SAW telah menggunakan sistem yang diwujudkan oleh orang Parsi iaitu parit dalam berhadapan dengan tentera Ahzab. Walaupun sistem ini adalah cetusan idea daripada Salman al-Farisi yang telah Islam, namun sistem tersebut adalah daripada orang bukan Islam. RAsulullah SAW menerima cadangan tersebut.

[2]

Selain itu juga, tindakan Rasulullah SAW meminjam daripada Safwan yang masih musyrik seratus helai baju besi dan senjata yang secukupnya itu adalah membuktikan bahawa selain daripada wajib mengadakan persiapan secukupnya dalam menghadapi musuh, diharuskan pula membeli senjata daripada orang kafir atau meminjamnya dengan syarat tindakan itu tidak membantu mereka menjadi lebih kuat dan berkuasa. Dan juga tidak mengakibatkan orang Islam tertekan dan tertindas dengan sebab bantuan yang mereka berikan itu [2].

3.0 Aplikasi Sirah Nabi Muhammad SAW terhadap perjuangan PAS kini

Gerakan Islam PAS kini boleh diterima oleh orang bukan Islam. Ada beberapa pendekatan yang boleh diguna pakai oleh PAS terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendekatan Rasulullah SAW. Antaranya ialah menggunakan suaka politik, kemahiran dan kepintaran orang bukan Islam dalam memenangkan Islam.

Imam Hasan al-Banna membataskan kerjasama dengan bukan Islam dalam dua syarat iaitu ketika darurat (terpaksa) dan melantik mereka bukan sebagai jawatan-jawatan Wilayah ‘Ammah (kepimpinan induk) [3]. Darurat ialah kemaslahatan yang menglibatkan kehidupan manusia serta melaksanakan matlamat syarak dalam memelihara agama, jiwa, harta, keturunan dan akal manusia.

Dalam ruang lingkup tersebut, tindakan PAS mewujudkan Kelab Penyokong PAS yang diterajui oleh orang bukan Islam merupakan tindakan yang tepat sebagaimana RAsulullah SAW menggunakan Abdullah bin Uraiqit Al Daily sebagai penunjuk jalan sewaktu berhijrah. Kemahiran dan sokongan orang bukan Islam di waktu tersebut diterima oleh Rasulullah SAW selagi mana tidak mendatangkan mudarat kepada Islam.

Merujuk kepada Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din meyifatkan PAS telah memasuki era kerjasama antara pendokong PAS dengan penyokong yang bukan Islam bermula dengan Kelab Penyokong PAS. Beliau juga menyambut baik tindakan PAS Pusat mengangkat kedudukan Kelab Penyokong PAS kepada taraf dewan (Dewan Perhimpunan Penyokong PAS) memandangkan fungsi dan peranan yang dimainkan memberikan kesan besar kepada parti.

PAS juga telah menjadikan orang bukan Islam sebagai rakan tahaluf siyasi terutamanya dalam rakan Pakatan Rakyat. DAP dan PKR yang dianggotai oleh bukan Islam merupakan rakan tahaluf siyasi selagi mana mereka tidak melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama di waktu mewujudkan pakatan rakyat. Ini selaras dengan tindakan Rasulullah dalam beberapa perjanjian dengan kumpulan bukan Islam semasa period selepas hijrah di Madinah. [3]

Selain itu, PAS boleh menggunakan segala cadangan dan pandangan orang bukan Islam bagi memperkukuhkan lagi pertahanan gerakan Islam sebagaimana yang berlaku kepada Rasulullah SAW dalam perang Khandaq. Sistem dan strategi yang digunapakai oleh bukan Islam boleh digunakan oleh PAS seperti sistem demokrasi dan sebagainya.

Antara lain yang PAS perlu lakukan ialah boleh melantik orang bukan Islam memegang amanah-amanah yang khusus dalam kepimpinan negeri yang diterajui oleh PAS seperti di Kelantan dan Kedah. Dengan meletakkan orang bukan Islam dalam pentadbiran, ini membuka peluang PAS untuk menyampaikan dakwah Islam kepada orang bukan Islam. Ini juga menjadi satu strategi yang baik dalam memastikan mereka memahami apakah dasar perjuangan PAS.

Kisah Rasulullah SAW meminjam seratus helai baju besi daripada Safwan (Seorang musyrik) juga boleh dijadikan sebagai strategi PAS. Di sini PAS boleh mendapatkan bantuan daripada orang bukan Islam dalam bentuk material, kerjasama, kempen dan segala bentuk bantuan untuk memenangi pilihanraya.

Ini jelas pada kita sepanjang pilihanraya yang lepas khususnya Pilihanraya Kecil, orang bukan Islam tidak segan silu lagi untuk membantu PAS dalam pelbagai bentuk. Ada yang berkempen, ada yang membantu dari segi kewangan dan ada yang memberi bantuan dari segi buah fikiran bagi memenangi hati orang bukan Islam.

4.0 Kesimpulan

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Sama sekali kita tidak akan dikalahkan pada hari ini disebabkan sedikit bilangan”.

Sesungguhnya RAsulullah SAW telah menggariskan kepada kita satu prinsip yang jelas iaitu kemenangan itu tidak akan dicapai dengan bilangan yang banyak dan tidak pula dengan senjata yang baik dan canggih. Akan tetapi sesungguhnya kemenangan akan dapat dicapai dengan faktor dalaman yang kuat yang merangsang jiwa para pejuang mati-matian.

Ini bermakna, PAS sebagai Parti Islam mestilah mengutamakan kehendak Allah SWT daripada kehendak manusia. Walaupun orang bukan Islam kini boleh bersama PAS, namun tuntutan mereka yang berlawanan dengan Islam mestilah diuruskan dengan bijak dan hikmah. Persoalan untuk menjadikan orang bukan Islam sebagai ahli PAS perlu dilihat secara teliti.

[4]

5.0 Rujukan

[1] Nawawi Dusuki, 2009. Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah SAW, Wholesale-Mart Business Point Sdn Bhd.

[2] Dr.Mustafa Al-Siba’ei, 2004. Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW, Kajian dan Pengajaran. Pustaka Darussalam.

[3] Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, 2000. Fiqh Siasah Menurut Imam Syahid Hassan Al-Banna. Pustaka Syuhada.

[4] Harakah, Bil. 1500.

4 comments:

Anonymous said...

APA KAU MEREPEK NI?

Bismillah Al Rahman Al Raheeemm..

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
(An-Nisaa' 4:139)

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.
(An-Nisaa' 4:140)

(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)". Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?" Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.
(An-Nisaa' 4:141)

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(An-Nisaa' 4:142)

Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.
(An-Nisaa' 4:143)

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
(An-Nisaa' 4:144)

Sodokollah al A'zeeemmm

DEMOKRASI adalah sistem kufur lagi dihinakan. tinggalkan ia.

Parlimen adalah tempat hina dimana manusia memandai-mandai membuat hukumnya sendiri tanpa melibatkan Al Quran dan Hadis yang dibawa Rasulullah tetapi melibatkan perlembagaan yang hina daripada Lord Reid.

Astaghfirullah..

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
(Al-Ahzaab 33:36)

varrictahara said...

Tritanium Rock's Tritanium Weddingbands
Tritanium Rock's Tritanium Weddingbands are an international titanium exhaust award-winning design titanium 3d printing design and set up titanium lug nuts designed for the titanium pipe celebration of a year-end wedding in babyliss pro titanium flat iron

mcsennay said...

m387j7rapxi875 vibrators,sex chair,horse dildo,sex toys,dildos,penis rings,realistic sex dolls,finger vibrator,dildos j242o5syxan009

resen said...

fe419 www.replicabags2023.ru fb926