Friday, June 29, 2007

BAITUL DAKWAH

Assalamualaikum kepada semua pejuang-pejuang Islam........

Sahabat/sahabiyah seperjuangan,
Marilah kita sama-sama meneliti dan melihat keadaan zaman kita sekarang ini dengan mata zahir dan mata hati yang bersih dan terang. Apakah nasib keturunan kita akan datang?Apakah musibah yang celaka bakal menghadapi keturunan kita akan datang? MasyaAllah....jika kita sama-sama meneliti dengan keimanan maka kita akan tahu bahawa betapa besarnya Fitnah yang akan timbul akhir zaman nanti.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Selamatkan anak-anak/cucu-cicit kita akan datang dari fitnah ini? Kita sepatutnya risau akan kehidupan mereka akan datang. Bila kita memerhatikan remaja-remaja zaman sekarang, kita sedih dan pilu. Kebanyakan mereka telah dilalaikan dengan pelbagai hiburan yang menjauhkan mereka daripada memahami dan meminati ilmu-ilmu Islam.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Tidak dapat tidak untuk meyelesaikan permasalah ini ialah dengan kita membina "baitul dakwah" yang akan menjadi markas untuk melahirkan para mujahid dan mujahidah penerus risalah para anbiya'. Rumahtangga yang berteraskan tauhid kepada Allah SWT. Rumahtangga yang sentiasa disirami keberkatan dan kerahmatan oleh Allah SWT hasil daripada ketaqwaan suami dan isteri seterusnya mengalir ke dalam jiwa-jiwa muda anak-anak.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Rumahtangga yang kita bina bukanlah semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu badani, bahkan lebih dari itu. Rumahtangga juga adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Para pemuda amat digalakkan kahwin awal kerana menyelamatkan mereka daripada fitnah dunia yang amat kritikal di zaman sekarang. Para pemudi Islam juga mestilah berusaha mendapatkan suami yang shaleh untuk mengemudi bahtera rumahtangga yang akan menyusuri ombak badai yang begitu mengganas di zaman ini.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Janganlah kalian memandang enteng terhadap penubuhan "baitul dakwah", gara-gara kalian berkenan dengan pasangan yang pada pandangan mata kalian semata-mata. Bacalah dengan mata hati, dan berdoalah dengan doa " Ya Allah, jika pilihan hidupku ini baik untukku, untuk perjuanganku, untuk dakwahku, untukMu ya Allah maka permudahkanlah urusanku dan urusannya".

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Moga-moga kalian akan dipertemukan dengan pasangan yang akan menjadi teman rapat dalam melayari 'baitul dakwah' yang kita bina. Doakan ana dan zaujah agar mendapat cahaya mata dan keturunan yang meneruskan risalah para anbiya' dan meneruskan ubudiyyah kepada Al-Khalik atas muka bumi ini.

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan

Gambar Terkini Abu Platform

Inilah gambar terkini platform Abu Platform yang diambil pada tarikh 22 jun 2007 bersamaan hari jumaat. Rupanya, blok ini telah dibeli oleh satu syarikat daripada US iaitu Newfield. Keuntungan daripada minyak yang dijual akan dibahagikan kepada 50% Petronas dan 50% Newfield. Rupa-rupanya semua blok minyak kat malaysia nie adalah milik Petronas. Selepas 20 tahun beroperasi, platform tu akan diserahkan semula kepada Petronas.

Third Trip to Abu Platform

Tanggal 22 Jun 2007 aku pulang dari offshore Abu Platform. Belakang tu platform yang telah berjaya mengeluarkan minyak. Kali nie aku dapat jumpa dengan M.Khairudin (orang yang telah menunjukkan kerja kosong kat yokogawa). Alhamdulillah dapat kerja ngan khairudin untuk menyiapkan permasalahan Level Transmitter. Trip kali nie agak mencabar kerana 4 hari, ribut dan ombak bergelora dengan kuat. Banyak pekerja yang muntah-muntah dan pening kepala. Walaubagaimanapun, alhamdulillah solat maghrib dan isyak masih lagi dapat dibuat secara berjamaah di Miclyn Surveyor.

Thursday, June 28, 2007

Abg Khairudin dan anaknya Ahmad Arsyad

Abg Khairudin dan anaknya Ahmad Arsyad

25-03-07 (Ahad)

25-03-07 (Ahad)
Hari nie meneruskan kerja-kerja macam biasa. Ingatan pada isteri, ibu dan ayah serta keluarga dan perjuangan menjadi penguat diriku untuk terus berada di sini.

26-03-07 (Isnin)
Hari nie, alhamdulillah dapat melihat seekor ikan yu yang besar. Kalau kat darat tak dapat tengoklah secara life.

Whale Shark (ikan jerung paus)


27-03-07 (Selasa)
Memulakan kerja-kerja seperti biasa.....Malam tu dapat satu ilmu bintang 3 biji mengadap ke arah kiblat.

28-03-07(Rabu)
Kerja cam biasa. Terpaksa berulang-alik daripada Mclyn Surveyor ke platform abu-a dengan naik boat Ocean I. Wah...bot nie lebih hebat dia punya ”turun naik” daripada permin Setia punya boat. Ada yang termuntahlah naik boat nie. Kali nie semua orang naik platform dengan pakai basket.

29-03-07(Khamis)
Kerja macam biasalah.

30-03-07 (Jumaat)
Kerja macam biasa jugak.

31-03-07(Sabtu)
Kerja macam biasa gak.

1-04-04(Ahad)
Hari nie terpaksa balik awal coz generator padam awal.

5-04-07
Laut berombak sekitar 1.5 hingga 2 meter. Laju angin sekitar 10-20 knot. Pagi tu tak dapat pergi platform dari Miclyn Suryevor kerana keadaan ombak yang tak membenarkan.

6-04-07
Laut berombal sekitar 2 meter. Laju angin sekitar 20 knot. Pagi nie standby lagi di miclyn surveyor.

23-03-2007 (Jumaat)

23-03-2007 (Jumaat)
Bergerak daripada temporary ship ke kapal Abu-A. Sampai saja di kapal Mcyln Surveyor, aku mula mencari-cari telefon untuk tujuan menelefon isteri tersayang, namun sayangnya ring-ring card takdalah pulak. Adanya telefon satelit, 1 minit 14 dolar.....





Boat Myclin Surveyor.


24-03-2007 (Sabtu)
Alhamdulillah malam tu dapat gak telefon ke isteriku. Itupun had 3 minit saja. 1 minit dah 14 ringgit. Allah sahaja yang tahu perasaan aku setakat hari ini macamana setelah beberapa hari tak dapat dengar suara isteri tersayang.

20-03-2007 (Selasa)

20-03-2007 (Selasa)
Standby kat KSB (kemaman supply base). Terpaksa balik semula ke hotel di kemaman kerana Chopper yang dijanjikan tidak ada.

21-03-2007 (Rabu)
Pengalaman naik bot. Pengalaman solat atas bot.

22-03-2007 (Khamis)
Perjalanan ke Abu-A platform sekitar 22 jam. Disepanjang perjalanan itu, aku hanya solat fardhu sambil duduk sahaja. Ini disebabkan oleh kapal Ocean XII terumbang-ambing membelah ombak pantai. Sampai di Global Seminole dalam jam 1 pagi. Tak diberikan bilik coz esoknya pagi-pagi akan berpindah ke Miclyn Surveyor. Jadi malam tu tidor atas kerusi yang keras eajer....apapun tertidur gak kerana keletihan.


Global Seminole (Buat piping bawah laut dari platform ke FSO Abu)


FSO Abu

19-03-2007 (Isnin)

19-03-2007 (Isnin)
Alhamdulillah malam nie aku cuba meluangkan waktu untuk menulis sedikit sebanyak perjalanan dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama dalam perjalanan ke Abu-A platform yang berada 300km daripada darat. Daripada batu pahat, aku terus menuju ke kuala lumpur. Bergegas menyimpan pakaian yang belum dipacking. Jam 1 petang, bergegas ke pejabat, mengumpulkan data-data terkini project Abu Cluster.
Download database baru. Jam 3 petang, bertolak ke KLIA untuk naik flight ke KUANTAN. Sampai di KLIA tepat jam 3.45 pm, tapi tak bleh check in lagi. Sampai jam 4.30 pm baru aku bleh check in. Tepat jam 5.10 pm, flight masih belum bertolak.....Apa kena pulak ngan flight nie.....Aku tengok dari jauh, rupanya kipas sebelah kanan flight sedang direpair.....Tuhan saja yang tahu apa perasaan aku hari tu.....takut kemain kalau-kalaulah flight yang aku naik nie............
Alhamdulillah tepat jam 6 pm aku naik flight dan sampai di Kuantan jam 6.45 pm. Bergegas solah asar kemudian ambik teksi ke Suria Cherating, Kuantan. Tambang teksi RM 55 ringgit...Kenalah dengan tukang teksi Bro Nasir. Lepas check in kat hotel, sampai-sampai terus letih dan tidur......

Monday, March 05, 2007

REHLAH KE ZON PANTAI TIMUR

Alhamdulillah baru-baru nie ana telah diberi kesempatan untuk melawat dan ziarah ke Zon Pantai Timur. Ana ceritakan sedikit sebanyak pengalaman kat sana dalam misi untuk berkenalan dengan lebih rapat zon pantai timur disamping outstation di Petronas Carigali, Kerteh.

26 Februari 2007 (Isnin)
Sebenarnya boleh aje dok kat Hotel, tapi saya kira adalah lebih baik
dengan ’menyusahkan’ hakim dan rerakan rumahnya dengan menumpang tidur dirumahnya. Alhamdulillah sampai di sana sempat berbual-bual sekejap dengan hakim dan azlan (serumah hakim) kat kedai atap biru. Balik rumah aje elektrik black out. Tapi kendiannya oklah…….

27 Februari 2007 (Selasa)
Pagi-pagi lagi ana dikejutkan dengan bacaan al-Quran daripada surau terdekat rumah. Alhamdulillah....bagi ana kalu dok hotel nie tak dengan azan dan bacaan al-Quran. Confirm lewat untuk solah subuh.....Apa yang ana banggakan ialah sahabat kita Hakim Zulfikri.....(naik nama sket).....menjadi Imam subuh kat surau tu dengan kepercayaan orang surau.....

Pagi tu ana follow mahyuzie ke Petronas. Alhamdulillah dengan bantuan yuzie perkerjaan ana kat Petronas hari nie selesai, tapi malangnya elektrik padam lak. Tak dapat menyambung kerja-kerja. Di sebelah petang, ana bersama hakim, mahyuzi dan sailani menziarahi abang khairudin di terataknya. Malam tu kami solah maghrib berjamaah. Kendian selepas maghrib masing-masing sempat bertanya khabar masing-masing tentang perkembangan masing-masing. Sempat juga bermain-main dengan anak akhi khairudin, ahmad arsyad yang lincah dan cergas berusia 8 bulan sementara menunggu makan malam. Malam tu kami masing-masing menambah makanan akibat kesedapan juadah dan perut yang sememangnya kosong untuk di isi.

Masa tu ana terfikir alangkah indahnya ukhuwwah Islamiyyah yang terjalin erat dalam semangat persaudaraan ikatan Islam. Di mana-mana pasti Allah akan mempertemukan kita semula. Dalam jam 10 malam ana dan sahabat-sahabat meninggalkan rumah akhi Khairudin. Sempat bergambar....gambar ada kat sai, tak dapat nak upload lagi........


InsyaAllah dalam waktu-waktu yang ada sahabat-sahabat semua sama-samalah kita berusaha untuk bertemu bertanya khabar masing-masing. Dengan cara ini menambahkan lagi semangat perjuangan kita demi Islam yang tercinta. Jika diberi kesempatan ana ingin menziarahi semua zon termasuk malaysia timur, Sabah dan Sarawak.......

Friday, February 23, 2007

USLUB DAKWAH

Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat
MUQADDIMAH
Uslub dakwah merupakan satu istilah yang tidak pernah lekang dari bibir setiap petugas dakwah. Oleh kerana ia telah menjadi suatu perkara yang biasa disebut, maka ia tidak lagi berhajat kepada penghuraian. Lantaran itu, hampir setiap pendakwah mentafsirkan uslub dakwah menurut kacamata mereka masing-masing, sesuai dengan perkumpulan yang mereka wakili.
Dari situ satu huraian lengkap berhubung dengan uslub dakwah diperlukan bagi menjamin seseorang pendakwah itu tidak menyeleweng dari landasan penafsiran. Ianya mestilah bermula dari Al-Quran yang telah dijamin kebenarannya oleh Allah s.w. t.

USLUB DAKWAH MENURUT AL-QURAN
Di dalam Al-Quran, ayat yang menyebut perkataan uslub sebenarnya tidak ada. Apa yang ada ialah permahaman yang boleh diambil sewaktu Allah s.w.t. berfirman memerintah manusia menyeru ke jalanNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl: 125)
Apabila persoalan uslub di dalam ayat di atas diletakkan selepas daripada seruan dakwah, ia menunjukkan bahawa uslub adalah perkara kedua.
Perkara paling utama ialah menyeru manusia terlebih dahulu ke jalan Allah, Tuhan yang menciptakan mereka. Kesedaran ini perlu diutamakan terlebih dahulu, barulah berbincang mengenai uslub dakwah.
Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah kecenderungan membincangkan uslub terlebih dahulu. Setelah mereka berselisih dalam persoalan uslub dakwah, bagaimana mereka boleh bersatu dalam menjalankan tugas dakwah.
Usaha menentukan uslub siapa yang lebih betul sudah cukup membuang masa seseorang petugas Islam. Sedangkan Tuham menyuruh mereka memulakan tugas dakwah terlebih dahulu, kemudian dalam mengolah dakwah barulah timbul persoalan.
Sebagaimana yang kita sebutkan sebentar tadi, perkataaan uslub secara jelas tidak disebut dalam Al-Quran, namun begitu perkataan yang hampir sama dengan pengertian uslub telah disebutkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Ma’idah: 35)
Ayat di atas menggesa orang mukmin supaya bertaqwa dan mencari jalan serta cara yang menyampaikan mereka kepada taqwa. Oleh kerana jalan menuju Allah tidak boleh dinamakan uslub, maka kalimah yang dipakai ialah al-wasilah. Dengan ini al-wasilah lebih luas pengertiannya dari uslub sebagaimana ia juga lebih umum dari pengertian uslub.
Dari itu, kesimpulan yang boleh kita buat ialah uslub bermaksud teknik-teknik yang boleh digunakan bagi mencapai sesuatu matlamat. Berdasarkan kefahaman ini ia lebih merujuk kepada pengertian yang agak khusus dan agak tertumpu kepada unsur -unsur kepakaran dalam menjalankan sesuatu tugas.
Jika disatukan pengertian ini dalam konsep gabung jalin antara kalimah uslub dan dakwah, maka ia bermaksud teknik-teknik yang perlu diambil kira dalam proses menyampaikan dakwah dan menyeru manusia kepada jalan Allah atau lebih khusus lagi kepada pengabdian diri kepada Allah, menjauhi taghut, melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Kefahaman Ayat 125 surat Al-Nahl Dari Kacamata Uslub Dakwah
Ayat yang disebut sebentar tadi membuat beberapa garis panduan dalam perlaksanaan dakwah iaitu kewajipan menyeru manusia ke jalan Allah. Penyeruan inilah yang dinamakan dakwah. Dalam proses penyeruan ini hendaklah diketahui cara- caranya, supaya dakwah itu boleh sampai kepada mereka. Inilah yang dikatakan kemahiran dan inilah uslubnya.Uslub dakwah yang dibentangkan secara tidak langsung oleh ayat tadi ialah:
a)Hikmah
b)Nasihat-nasihat yang baik
c)Bertukar-tukar fikiran dengan cara yang lebih baik

USLUB HIKMAH
Uslub hikmah dalam menyampaikan dakwah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
•Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah di jalan Allah hendaklah bersifat menurut sifat-sifat Nabi seperti benar, amanah, bijaksana dan tabligh, berlaku adil, tidak lekas marah, sabar dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas.
•Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah. Ia bermakna pendakwah ke jalan Allah hendaklah menyampaikan isi kandungan dakwah itu dari kandungan Al-Quran dan segala penerangan hendaklah menepati kebenaran serta dalil-dalil yang kuat dan tepat yang boleh mengurangkan keraguan. Kata-kata yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan pendengar.
•Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah. Segala alat dan strategi yang digunakan betul-betul sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada gerakan dakwah itu sendiri.

USLUB NASIHAT YANG BAIK
Nasihat yang baik ialah persanan dan ingatan dengan apa yang disukai oleh orang ramai tentang kebaikan dan mereka bersedia menerimanya dan benci kepada kejahatan serta mereka akan menjauhinya.
Boleh juga difahami dengan nasihat yang baik ialah nasihat yang masuk ke dalam hati dengan halus dan mendalam, menembusi perasaan dan jiwa dengan lembut, kerana berlemah lembut dalam nasihat itu biasanya boleh memberi petunjuk kepada hati yang sesat dan boleh menjinakkan hati yang liar dan boleh mendatangkan natijah yang lebih baik.
Cara nasihat yang baik bergantung kepada perbandingan di antara iman dan kufur, antara kebaikan dan kejahatan, antara taat dan maksiat, antara halal dan haram. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan ( Rasul-rasul).” (Ali-‘Imran: 137)

USLUB BERBINCANG DENGAN CARA BAIK
Para da’i hendaklah menjalankan dakwahnya dengan mengikuti cara yang lemah-lembut dalam perkataan dan menjauhkan kelakuan yang kasar dan kesat.
Gunakanlah sebaik-baik cara berhubung dengan tujuan untuk menjauhkan pendengar-pendengar yang didakwahkan itu dan merasa bahawa pendakwah itu menyerang aqidah yang mereka mempertahankannya. Perancangan cara begini adalah lebih kuat, berpengaruh dan berkesan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (Al-Ankabut: 46)
Inilah juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya Harun a.s. ketika mereka diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada Firaun yang sombong. Sungguhpun begitu, Allah s.w.t. memerintahkan mereka supaya berlemah-lembut. FirmanNya yang bermaksud:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” (Taha: 43-44)
Apabila Allah s.w.t. menyatakan supaya dalam berbincang mestilah dengan cara yang baik, maka para da’i perlulah membuat persiapan terlebih dahulu dan segi hujah, latihan, teknik, berbincang yang terbaik, supaya lahir seorang da’i yang mempunyai karisma yang tinggi dalam berdiskusi.
Kalau tidak adalah lebih baik jika dia tidak memberikan kesanggupan dari awal semasa proses temujanji dilakukan.
Kalau ia mempunyai fakta yang lengkap dan cukup jitu, maka ia tidak akan mudah panas baran dan melenting apabila dicemuh atau diserang kerana dia tahu peluru yang ada padanya mencukupi serta mampu menjawab semua hujah musuh atau orang-orang yang diseru kepada Islam.
Pendakwah kadang-kadang mudah naik angin dengan berbagai-bagai soalan kerana tiada persiapan. Dia akan bimbang sekiranya persoalan itu mematikan ideanya untuk berhujah.
Boleh jadi ada orang bertanya, jika pendakwah selalu berlembut dan memilih perbincangan dengan cara yang baik maka bilakah masanya akan berlaku keras. Kita menjawab keras boleh berlaku tetapi dalam kadar dan ruang lingkup membalas setara dengan apa yang mereka lakukan.
Kalau dalam peperangan sekalipun Islam tidak cenderung kepada kekasaran tetapi lebih kepada unsur membalas setara dengan apa yang dilakukan. Maka di dalam dakwah sifat ini lebih dituntut kerana peringkat ini ialah peringkat dakwah iaitu seruan dan pemberian maklumat perintah Islam. Manakala, peringkat perang ialah peringkat jihad.
Lagi pula kalau kasar merugikan dan lemah lembut tidak merugikan maka baiklah kita berlaku lembut kerana kita tidak akan cepat kehabisan peluru. Barangkali peluru akan digunakan dengan begitu waspada sekali. Kalau peluru dilepaskan dilepaskan bertubi-tubi dengan begitu kasar sekali boleh jadi kehancuran akan berlaku.
Sedangkan pendakwah tidak lebih dari seorang doktor untuk merawat pesakit supaya ia sembuh bukan bertujuan untuk membunuhnya.
Satu hakikat yang sering berlaku ialah musuh lebih mudah hilang pertimbangan dalam menghadapi dakwah samada mereka dari awal-awal lagi menolak apa-apa perbincangan atau mereka lebih mudah cenderung kepada hilang pertimbangan.
Kerana mereka tahu bahawa mereka tidak mampu menghadapi hujah-hujah dari golongan Islam. Contoh mudah ialah mana- mana forum di universiti tempatan yang menjemput wakil PAS maka wakil UMNO pasti akan menolak atau menarik diri dari hadir. Sedangkan mereka adalah pemerintah dan mereka dianggap sebagai orang yang berkuasa.
Contoh kedua ialah peristiwa pembunuhan anak Nabi Adam a.s. iaitu antara Qabil dan Habil. Qabil sanggup membunuh adik kandungnya sendiri lantaran kerana hilang pertimbangan antara akal dan nafsu.

PENUTUP
Sekiranya segala cara telah dilakukan namun mereka masih menolak dakwah maka para da’I tidak seharusnya dihantui oleh fikiran bahawa mereka telah gagal melaksanakan amanah mereka. Ini kerana soal hidayah dan penerimaan mad’u terhadap dakwah adalah dalam ruang lingkup kehendak mutlak Allah s.w.t.