Friday, June 29, 2007

BAITUL DAKWAH

Assalamualaikum kepada semua pejuang-pejuang Islam........

Sahabat/sahabiyah seperjuangan,
Marilah kita sama-sama meneliti dan melihat keadaan zaman kita sekarang ini dengan mata zahir dan mata hati yang bersih dan terang. Apakah nasib keturunan kita akan datang?Apakah musibah yang celaka bakal menghadapi keturunan kita akan datang? MasyaAllah....jika kita sama-sama meneliti dengan keimanan maka kita akan tahu bahawa betapa besarnya Fitnah yang akan timbul akhir zaman nanti.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Selamatkan anak-anak/cucu-cicit kita akan datang dari fitnah ini? Kita sepatutnya risau akan kehidupan mereka akan datang. Bila kita memerhatikan remaja-remaja zaman sekarang, kita sedih dan pilu. Kebanyakan mereka telah dilalaikan dengan pelbagai hiburan yang menjauhkan mereka daripada memahami dan meminati ilmu-ilmu Islam.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Tidak dapat tidak untuk meyelesaikan permasalah ini ialah dengan kita membina "baitul dakwah" yang akan menjadi markas untuk melahirkan para mujahid dan mujahidah penerus risalah para anbiya'. Rumahtangga yang berteraskan tauhid kepada Allah SWT. Rumahtangga yang sentiasa disirami keberkatan dan kerahmatan oleh Allah SWT hasil daripada ketaqwaan suami dan isteri seterusnya mengalir ke dalam jiwa-jiwa muda anak-anak.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Rumahtangga yang kita bina bukanlah semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu badani, bahkan lebih dari itu. Rumahtangga juga adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW. Para pemuda amat digalakkan kahwin awal kerana menyelamatkan mereka daripada fitnah dunia yang amat kritikal di zaman sekarang. Para pemudi Islam juga mestilah berusaha mendapatkan suami yang shaleh untuk mengemudi bahtera rumahtangga yang akan menyusuri ombak badai yang begitu mengganas di zaman ini.

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Janganlah kalian memandang enteng terhadap penubuhan "baitul dakwah", gara-gara kalian berkenan dengan pasangan yang pada pandangan mata kalian semata-mata. Bacalah dengan mata hati, dan berdoalah dengan doa " Ya Allah, jika pilihan hidupku ini baik untukku, untuk perjuanganku, untuk dakwahku, untukMu ya Allah maka permudahkanlah urusanku dan urusannya".

Sahabat/Sahabiyah seperjuangan,
Moga-moga kalian akan dipertemukan dengan pasangan yang akan menjadi teman rapat dalam melayari 'baitul dakwah' yang kita bina. Doakan ana dan zaujah agar mendapat cahaya mata dan keturunan yang meneruskan risalah para anbiya' dan meneruskan ubudiyyah kepada Al-Khalik atas muka bumi ini.

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan

No comments: