Thursday, November 20, 2008

Ramalan mengenai Kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) Menerusi Kitab-kitab Lain


Tulisan ini telah diterjemahkan daripada tulisan Dr. Mohamed Amir oleh kawan saya sewaktu di Yokogawa dulu.

Saya posting semula untuk rujukan kita semua.

Amin Al-Kalantani

--------------------------------------------------------------------------------------

(Oleh: Dr. Mohamed Amir)

Untuk kebanyakan orang, mungkin sesuatu yang sungguh menakjubkan dan hampir sukar dipercayai jika dikatakan yang ramalan mengenai kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) telah ditemui di dalam beberapa buah kitab suci agama lain.

Kitab-kitab suci ini sepatutnya telah diturunkan, atau ditulis, beberapa ratus tahun sebelum kelahiran Rasullullah s.a.w. Untuk memahami bagaimana ramalan-ramalan sebegini telah dijelaskan di dalam kitab-kitab suci agama lain, seseorang mesti berpegang kepada:

Sejak manusia diturunkan ke Bumi – sejak zaman Nabi Adam a.s. – Allah telah melantik seorang yang salih (righteous) di kalangan umat manusia pada zaman itu sebagai nabi utusanNya, untuk memimpin umat manusia ke jalan kebenaran dan matlamat akhirnya ialah untuk (tunduk) kepadaNya, pada ketika keruntuhan akhlak melanda dan kehidupan mereka tiada hala tuju.

Semua nabi – dari yang pertama hinggalah yang akhir (lebih daripada seratus ribu bilangan mereka, Peace be upon them) telah menyeru ajaran yang sama, iaitu:
- “Tiada tuhan selain Tuhan yang Maha Esa – Maha Pencipta dan Pengekal (Sustainer) seluruh alam semesta dam penghuninya.
- “Tiada tuhan yang patut disembah melainkan Tuhan yang Maha Esa.”
- “Percayalah dan turutilah ajaran utusan (Nabi) pada zaman itu.”
- “Buatlah kebaikan; dan jauhilah kejahatan.”

Kesemua nabi-nabi ini telah meramalkan kedatangan utusan terakhir (akhir zaman
iaitu Nabi Muhammad s.a.w.- kerana perkara ini telah dijelaskan pada mereka oleh Allah s.w.t. Oleh itu, semua kitab suci dari agama-agama lain, mungkin datangnya dari nabi-nabi pada zaman itu, dan secara logiknya mengandungi kisah-kisah ramalan tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul terakhir. (akhir zaman)

Kitab-kitab agama Hindu, yang lebih dikenali sebagai Veda, Shastra, Purana dan lain-lain kesemuanya ditulis dalam bahasa Sanskrit. Bahasa ini telah diterima serata dunia sebagai bahasa perantaraan utama. Dalam bahasa Sanskrit, terdapat satu kitab yang dikenali sebagai “Bhavishva Purana.” Kitab ini dikatakan telah ditulis oleh seorang pendeta, Maha Rishi Visayar.

Di dalam tulisan asalnya: (Parvam: 3, Bahagian 3, Bab 3; Rangkap 5-8)

Dalam rangkap tersebut, nama “Muhammad” telah disebut dengan jelas sebagai “Mahaamat” di permulaan ayat yang kedua. Tambahan pula, rangkap tersebut menyatakan dengan jelasnya ramalan berkenaan Nabi Muhammad s.a.w., terjemahannya seperti berikut:

“Seorang ‘Milechar’ (orang asing) akan dating kepadamu sebagai pengajar agama baru, dengan bantuan para sahabatnya. Namanya ialah “Mahaamat.” Seorang raja dari rantau ini akan menyanjungi ajarannya; dan memujinya. Sambil menyucikan dirinya dengan air dari Sungai Ganges dan Panjagouyam, dia akan berkata, “Aku dengan sepenuh hati menurutmu.” Dia, (Mahaamat) terpelihara dari segala dosa. Datangnya dari tanah gurun, dia seorang yang suci. Dia akan menentang kuasa kejahatan. Dia akan mengumpulkan sebilangan pahlawan untuk tujuan itu. Dia akan memberi perlindungan, walaupun kepada musuh-musuhnya.”

“Raja dari rantau ini” yang menyanjungi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. - merujuk kepada seorang raja dari Selatan India yang bernama Cheramaan, yang telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan orang Arab, dan kemudiannya telah memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.

“Adarva Veda” ialah sebuah kitab Sanskrit yang ditulis sebelum “Bhavishva Purana” lagi. Tidak diketahui kitab Adarva Veda ini telah ditulis berapa ratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Melalui kitab ini, dalam Episod (Kandam) 20, Bab (Sutra) 127 Rangkap (Mantra) 1, 2, 3 telah dinyatakan seperti berikut:

Terjemahannya:
“Wahai umat manusia, dengarlah dan percayailah sepenuhnya: Seorang manusia, yang akan diberi setingi-tinggi pujian, akan muncul di kalangan kamu. Kita akan memberi perlindungan kepadanya daripada 60,090 bilangan musuhnya. Dia dan para sahabatnya akan datang bersama dua puluh ekor unta; debu pasir bekas tapak kaki unta-unta tersebut begitu banyak, sehingga menutupi pemandangan ke ufuk. Dia akan memberikan emas, kuda dan lembu ternakan sebagai hadiah.”

1) “Manusia yang akan diberi setinggi-tinggi pujian” merujuk kepada Nabi Muhammad
s.a.w. Hakikatnya, maksud sebenar perkataan ‘Muhammad’ dalam bahasa Arab ialah
“mendapat pujian”.
2) Tidak diketahui berapa bilangan musuh Nabi Muhammad s.a.w. yang sebenarnya
pada zaman itu; tetapi anggarannya mencecah ribuan orang.
3) Apabila baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah, baginda telah menaiki unta.
4) Segala emas, kuda, dan lembu ternakan yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.
telah disedekahkan oleh baginda sebagai hadiah kepada fakir miskin dan mereka yang
memerlukan.

Daripada bukti-bukti di atas, jelaslah bahawa rangkap-rangkap dari kitab Adarva Veda telahpun meramalkan ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. Di dalam sebuah lagi bab daripada kitab ‘Adarva Veda’ – Bab 1, Rangkap 10 – terjemahannya seperti berikut:

“Allah ialah lengkap. (Perkataan ‘Allah memang telah digunakan di dalam teks Sanskrit yang asli). Seluruh alam semesta adalah milikNya. Mahaamat, (di sini, perkataan ‘Mahaamat’ memang dicatitkan di dalam teks yang asli) yang mengagungkan kewujudan Allah, adalah utusanNya. Ya Tuhan! Ya Tuhan! Tuhan yang menghidupkan sekalian alam, Maha Pencipta dan Pengekal alam semesta. Tiada Tuhan selain Tuhan yang Maha Esa. Saksikanlah Zat Allah Yang Maha Besar!(Behold the magnitude of The Formless God!) Tuhan, yang menjelaskan Adarva Veda mengandungi ‘On Herim’, pencipta sekalian umat manusia, lembu ternakan dan segalanya. Sembahlah Tuhan yang Satu. Mahamat, yang akan memusnahkan kejahatan dengan ‘On Reem’ prayer, ialah utusan Allah. Tiada tuhan selain Tuhan yang Maha Wujud.”
(Allobanished 1:10)

Dalam satu lagi di antara empat Vedas – iaitu Rig Veda – telah dinyatakan bahawa: “Mahamat, yang tulus, berilmu dan berkuasa, akan merestuiku. Dia adalah rahmat kepada seluruh dunia. Dia dimuliakan oleh sepuluh ribu orang.”

(Dalam Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. dirujuk dengan nama “Rahmatun-Lil-Aalamin.” Ia bermaksud “Rahmat kepada seluruh dunia” – ayat yang sama dengan rangkap di atas. Seterusnya, sepuluh ribu orang merujuk kepada sepuluh ribu orang para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang bersama-sama baginda sewaktu baginda menawan kota Mekah.

Dalam kitab Veda yang sama – satu di antara empat Veda pegangan penganut agama Hindu – telah meramalkan:

“Seorang lelaki bernama Mamma (Muhammad) akan beroleh kejayaan dengan sepuluh ribu orang pengikutnya.” Dalam kitab Bible, dalam Deutronomy, juga menyebut tentang kejayaan Nabi bersama sepuluh ribu orang pengikutnya seperti berikut:

“…………………bercahaya datangnya dari Gunung Paran bersama sepuluh ribu orang pengikutnya……………………..”
(Deuts 33:2)

Agama Farsi (agama yang telah diamalkan penduduk Iran sebelum kedatangan Islam) adalah salah satu agama yang tertua di dunia. Kitab-kitabnya dikenali sebagai “Dasatir” dan “Jant Avasthe.”

Dalam kitab ‘Dasatir’, di dalam rangkapnya yang ke-14, telah dinyatakan undang-undang pentadbiran yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Dalam rangkap-rangkap tersebut, ramalan mengenai Nabi Muhammad s.a.w. telah dijelaskan dengan begitu nyata. Ia menyatakan:

Terjemahannya:
“Apabila akhlak orang Farsi terjerumus mengalami keruntuhan yang sangat hebat, seorang lelaki akan muncul dari tanah Arab. Barangsiapa yang mengikut ajarannya akan dapat menjatuhkan takhta kerajaan Parsi, agamanya dan segalanya. Kekuasaan tanah Farsi akan dimiliki oleh mereka.

Patung-patung berhala yang disembah di dalam Kaaba, yang telah dibina dan dipuja oleh nenek moyang mereka akan dihapuskan. Akan tetapi, manusia akan menyanjung tinggi Kaabah yang telah dikosongkan itu. Das dan Bulk (dua buah bandar besar di Farsi pada waktu itu) akan ditawan. Para bijaksana dan orang Farsi yang lain, akan turut bersama pengikutnya (Nabi Muhammad s.a.w.). Kitab lama Farsi ini masih boleh ditemui di Iran pada masa kini.

Oleh sebab kejahilan tentang konsep sebenar ajaran agama Buddha, kebanyakan
penganut agama ini mempercayai bahawa ajaran ini tidak merangkumi kepercayaan kepada Tuhan! Akan tetapi, banyak hasil jumpaan arkeologi telah membuktikan sebaliknya- Buddha sememangnya MENEKANKAN kepercayaan terhadap Tuhan yang Satu, dan dia telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w.). Seorang cendekiawan yang terkenal, Arthur Lily, mengatakan yang petikan berikut telah dicatit di atas sebiji batu bersurat sebagai kata-kata Buddha sendiri:-

“Percayalah pada Tuhan dan lakukanlah segala perbuatan yang wajar dilakukan, sebagaimana diperintahkan olehNya; kerana Dialah Satu-satuNya, yang wajar disembah dan dihadapkan dengan kedaifanmu. Aku mengisytiharkan secara terbuka bahawa tiada jalan lain yang boleh menyamai kepercayaan ini (tentang Tuhan yang Satu) untuk merasai kenikmatan Syurga. Jadi, para pengikutku, berusahalah dengan bersungguh-sungguh, untuk mencapai matlamat yang tertinggi ini.”

(Petikan dari buku “India in Primitive Christianity”- muka 85)

Buddha mungkin ialah salah seorang daripada para nabi; dan dia juga telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w.).

“Thikanikaya” merupakan salah sebuah daripada kitab agama Buddha. Di dalamnya ada menyatakan bahawa “Maitriya” akhirnya akan muncul.

(Perkataan ‘Maiteiya’ – atau ‘Metteya’ di dalam Bahasa Bali dan semua perkataan daripada bahasa Burma, Cina Tibet, atau Jepun – membawa makna yang serupa; yang sama maksudnya dengan perkataan “Rahmat” di dalam Bahasa Arab, yang bermaksud “Diberkati”. Nabi Muhammad (s.a.w.) telah digelar oleh Allah S.W.T sendiri sebagai “Rahmath-Lil-Aalameen” – (Rahmat bagi seluruh dunia).

Telah dinyatakan di dalam buku “Arshagyanam” (mukasurat 282), yang Buddha telah berkata,

“Semua manusia mesti mempercayai ‘Maitriya’ itu, iaitu nabi yang akan datang.”

Bagi agama Kristian pula - di dalam kitab Injil – pada ‘Song of Solomon’ 5:16 ada dinyatakan seperti berikut (di dalam bahasa Ibrani yang asal).

“Hikko Manittadim Vikkulu Mahamadim Zahyudi Vezeur Raai Benute Yafus Halam.”

Terjemahannya berbunyi:
“Tutur katanya amatlah berlemah lembut (Ajarannya amatlah berlemah lembut). Dialah Muhammad. Dialah kesayanganku; dialah sahabatku. Wahai orang-orang Jerusalam, aku amat kasih kepadanya.”
(Dari Kitab Injil dalam bahasa lain)

Di dalam lagu tersebut dalam bahasa Ibrani, perkataan Mahamad telah dinyatakan dengan jelasnya. Dua huruf terakhir- ‘im’, yang terdapat bersama-sama perkataan itu digunakan sebagai tanda hormat di dalam bahasa Ibrani. Orang-orang Yahudi masih menyanyikan him ini pada hari ini; tetapi hanya pada upacara tertentu; tanpa benar-benar memahami apa yang mereka lafazkan. (Di dalam kitab Injil dalam bahasa lain – Bahasa Inggeris dan sebagainya, frasa itu telah diterjemahkan sebagai “Dia sangatlah menawan” – perkataan asal Mahammad disingkirkan dan digantikan dengan “sangat menawan”!! – atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh para penterjemahnya sahaja.

Juga di dalam Deutronomy 18:18, telah menyatakan yang Tuhan berfirman kepada Nabi Musa:

“Aku akan jadikan seorang Nabi dari kalangan mereka sendiri, seperti kau juga, dan akan Aku turunkan perintahKu melaluinya, dan dia akan menyampaikan kepada mereka semua perintahKu.”

Walaupun para penganut agama Kristian menganggap bahawa ramalan tersebut merujuk kepada Nabi Isa, akan tetapi jika rangkap tersebut dikaji dengan teliti, jelaslah bahawa ia merujuk kepada Nabi Muhammad (s.a.w.).

a) Selain daripada fakta yang Nabi Musa dan Nabi Isa adalah daripada keturunan Yahudi dan kedua-duanya merupakan nabi, tiada persamaan lain di antara mereka.
b) Jika benarlah rangkap tersebut merujuk kepada Nabi Isa oleh sebab di atas, maka boleh juga didakwa yang Nabi Sulaiman, Nabi Ilyasa’(Isaiah Ezekiel), Nabi Daniel, Nabi Hosea, Nabi Malek (Malachi), John The Baptist, juga menepati ciri-ciri dalam rangkap tersebut; oleh kerana kesemua mereka merupakan nabi dari keturunan Yahudi.

Bagaimanapun, Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) mempunyai persamaan kerana:

1) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) telah memulakan perjanjian
yang baru kepada umat di zaman mereka. Nabi Isa tidak membawa sebarang perjanjian baru, tetapi telah diturunkan untuk menegaskan dan menerangkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa, sebagaimana dikatakan sendiri oleh baginda dalam Matthews 5:17-18:

“Aku datang bukan dengan tujuan untuk menghapuskan ajaran atau para nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan, tapi untuk memenuhi janji.”

2) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad mempunyai ibu dan ayah, Nabi Isa
mempunyai ibu, tetapi tiada ayah.

3) Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) telah berkahwin dan mempunyai anak. Nabi Isa kekal bujang.

4) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) wafat atas sebab semulajadi.
Mengikut agama Kristian, Nabi Isa meninggal dunia dengan kejamnya sewaktu
peristiwa salib.

4) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) akhirnya dapat menerajui
pucuk pimpinan dan kuasa ke atas masyarakat. Mereka merupakan pemimpin
yang diakui oleh para pengikut mereka. Nabi Isa tidak mencapai tahap ini.

Rangkap tersebut juga menyatakan “Dari kalangan mereka sendiri...”

Nabi Ismail dan Nabi Ishak mempunyai ayah yang sama, Nabi Ibrahim a.s.; jadi mereka merupakan adik-beradik. Oleh itu, anak-anak mereka adalah “dari kalangan yang sama. Anak-anak Nabi Ishak berketurunan Yahudi; manakala anak-anak Nabi Ismail – yang berketurunan Arab adalah “dari kalangan yang sama”. Kitab Injil juga mengesahkannya:

“Dan Dia (Ismail) akan tinggal bersama-sama semua dari kalangannya.”
(Genesis 16:12)

“Dan Dia (Ismail) wafat disaksikan semua dari kalangannya.”
(Genesis 25:18)

Keturunan Nabi Ishak mempunyai pertalian darah dengan keturunan Nabi Ismail (orang Arab). Begitu juga Nabi Muhammad (s.a.w.) yang berasal dari keturunan Bani Israel (para pengikut Nabi Musa) kerana Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah waris keturunan Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim – menepati apa yang telah diramalkan dalam rangkap tersebut. “......dari kalangannya.”
(Deut 18:18)

Di samping itu, rangkap selanjutnya berbunyi: “.......dan akan Aku turunkan perintahKu melaluinya.” Tiada satu pun ayat Al-Quran merupakan perkataan yang disebut secara langsung oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Ia merupakan wahyu, yang diperdengarkan kepadanya oleh malaikat Jibril dan diulang sepatah demi sepatah. Tiada satu patah pun merupakan kepunyaan baginda. Baginda hanya mengulangi “perintah yang telah diturunkan kepadanya.

Dan Nabi Isa juga mengesahkan hakikat ini, dengan mengatakan:

“Banyak perkara lagi yang perlu aku khabarkan kepada kamu, malah lebih daripada yang kamu sanggup dengarkan. Tetapi apabila dia, Cahaya Kebenaran (Spirit of Truth) tiba; dia akan memimpin kamu semua ke jalan yang benar. Dia tidak akan berkata sendiri, tetapi dia hanya menyampaikan apa yang diperdengarkan kepadanya dan dia akan mengkhabarkan kepadamu apa yang akan tiba.”
(John 16:12, 13)

Oleh itu, Nabi Musa, di dalam Old Testament dan Nabi Isa, di dalam New Testament telah pun meramalkan kelahiran nabi yang terulung akhir zaman – Nabi Muhammmad (s.a.w.).

7 comments:

reflective pen said...

saya sebagai umat buddha terpelajar ingin mengajukan kritikan saya terhadap bahagian ramalan kitab Buddha tentang Muhammad.

saya pernah terbaca penulisan ‘Zakir Naik’ berkenaan hal itu dan saya mendapati beliau tidak jujur menyampaikan maklumat sebenar.

Dari Cakkavati Sihananda Sutta,beliau memetik ramalan tentang Mettaya Buddha sebagai mengarah kepada Muhammad.petikan beliau, “Pengikut saya [Buddha] cuma ratusan, tetapi pengikut Mettaya ribuan.”

Apa yg Zakir naik sembunyikan dari pembaca Islamnya adalah lanjutan dari ramalan itu,Buddha menjelaskan lagi keadaan semasa kewujudan Mettaya dalam sutta yg sama.

1. Sebelum kedatangan Mettaya, akan berlaku keruntuhan akhlak dahulu sehinggakan hayat manusia tinggal 10 tahun. [ tidak pernah berlaku fenomena ini!!!]

2. Seorg Maharaja Cakrawala [Universal Monarch] yg bernama Sankha akan meninggalkan duniawi & ditasbihkan menjadi bhikkhu bawah perguruan Mettaya [setahu saya,islam tidak pernah menyebut terdapat seorg Maharaja yg meninggalkan takhta & menjadi pengikut Nabinya]

3. hayat manusia semasa kedatangan Mettaya adalah 80,000 tahun

Tambahan pula,di Lakkhana Sutta,dicatatkan terdapat 32 ciri utama sosok tubuh semua Buddha.Salah satunya adalah kemaluan yg tidak bersunat KERANA TIDAK AKAN ADA PERHUBUNGAN SEKSUAL LAGI setelah PENCERAHAN AGUNGNYA. [pencapaian tingkat 'Buddha']

maka, nabi tidak boleh disamakan dengan para Buddha yg dimaksudkan oleh agama Buddha.

Kitab Buddha tidak pernah meramal kedatangan Muhammad, dan Muhammad jauh berbeza dengan keperibadian para Buddha.

sekian.

AMIN AL-KALANTANI said...

Terima kasih kepada sampuna atas komentar anda terhadap tulisan ini.

Segala pandangan di atas adalah hasil kajian Dr. Mohamed Amir, dalam mengkaji adakah Nabi Muhammad SAW disebut di dalam kitab Buddha ataupun tidak.

Kajian ini mungkin tepat & mungkin tidak tepat mengikut pemahaman anda dan penganut Buddha.

Walaubagaimanapun, saya mengajak anda untuk mengkaji adakah Islam juga menyebut kehadiran Buddha?

Moga anda akan bertemu dengan kebenaran hakiki.

Terima kasih sekali lagi atas komentar anda.

reflective pen said...

salam satu malaysia rakan pencari kebenaran,

setahu saya,jika dari kitab al Quran sebagaimana yang diperturunkan kepada Nabi anda,mungkin tiada apa2 ayat khusus rujukan tentang Buddha.

tapi saya tertarik kepada ayat yg selalu disebut2 oleh org islam , "bagi setiap kaum diturunkan seorg nabi."

kabur juga ayat ni...merujuk kepada Buddha, Confucious, Lao Tzu, ...atau cuma nabi2 yg wujud di benua Arab spt Daud, Nuh, Ibrahim..?

satu lagi,dlm kepercayaan Buddhist,Buddha BUKAN UTUSAN SIAPA2 melainkan beliau adalah pengkhabar kebenaran di zaman kegelapan rohani.konsep nabi merujuk kepada utusan Tuhan Maha Esa (Buddhism tidak mengajar tentang tuhan maha esa)

hasil daripada amalan ajaran Buddha adalah Nibanna,iaitu lenyapnya ketamakan, kedengkian dan kejahilan.hasil drp amalan Islam plak adalah syurga.

jadi,jelas kedua2 sistem keagamaan ni berbeza.jadi,adalah mustahil nabi anda diramal oleh Buddha.

Tapi,kitab lain dari sistem agama Theists mungkin meramalkan nabi anda.

Belon said...

lihatlah persamaan yang ada dalam semua kitab kalau hendak mencari kebenaran,jangan mencari perbezaan,kerana perbezaan itu terjadi kerana pendapat,pemikiran,penafsiran,kesilapan dan faktor politik pengikut-pengikut yang kemudian,ianya bukan dari utusan atau nabi itu sendiri.

contoh paling senang adalah dengan menyalin semula pendapat anda tentang keadaan semasa kewujudan Mettaya :

"1. Sebelum kedatangan Mettaya, akan berlaku keruntuhan akhlak dahulu sehinggakan hayat manusia tinggal 10 tahun. [ tidak pernah berlaku fenomena ini!!!]"

jika anda membaca dan membuat kajian tentang sejarah arab,fenomena ini pernah berlaku pada zaman jahiliah(zaman sebelum Muhammad S.A.W mendapat wahyu dan diangkat menjadi Nabi) kanak-kanak perempuan dibunuh kerana dipercayai akan membawa sial dan memalukan keluarga,perempuan hanya tempat memuaskan nafsu tiada nilai pada zaman itu,segala keruntuhan akhlak berlaku pada zaman itu,semua bebas melakukan apa yang dekehendaki,tiada keadilan, hamba-hamba diperlakukan dengan kejam,dibunuh sesuka hati.penipuan berleluasa.mereka menganiaya satu sama lain.

bagaimana pula tentang penemuan arkeologi batu bersurat Seorang cendekiawan yang terkenal, Arthur Lily ?

“Percayalah pada Tuhan dan lakukanlah segala perbuatan yang wajar dilakukan, sebagaimana diperintahkan olehNya; kerana Dialah Satu-satuNya, yang wajar disembah dan dihadapkan dengan kedaifanmu. Aku mengisytiharkan secara terbuka bahawa tiada jalan lain yang boleh menyamai kepercayaan ini (tentang Tuhan yang Satu) untuk merasai kenikmatan Syurga. Jadi, para pengikutku, berusahalah dengan bersungguh-sungguh, untuk mencapai matlamat yang tertinggi ini.”

(Petikan dari buku “India in Primitive Christianity”- muka 85)

Belon said...

saya petik lagi dari pendapat anda yang mengatakan perbezaan yang jelas tentang Islam dan Buddha :

"hasil daripada amalan ajaran Buddha adalah Nibanna,iaitu lenyapnya ketamakan, kedengkian dan kejahilan.hasil drp amalan Islam plak adalah syurga."

saya katakan ini persamaan yang cukup jelas seperti dijelaskan oleh Al-Quran :

“Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”(At-Tin 95 : 1)

Nibanna itu dalam Islam adalah sifat orang beriman,beramal soleh dan penyucian hati,jika ada ini dalam diri mereka maka ganjarannya adalah syurga,dan lebih menarik lagi ayat ini menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur’an dengan Sang Buddha, yaitu pada maksud ayat At-Tin 95 : 1 ;

Beliau menjelaskan bahwa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?

Tin (fig) = Pohon Bodhi

Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.

Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:

“Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ 21: 85).

“Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 : 48).

saya berpendapat kamu haruslah membuat kajian dan pembacaan yang lebih meluas lagi serta meningkatkan kefahaman dalam sejarah Islam dan juga Buddha kerana apa yang kamu fikirkan adalah perbezaan itu adalah persamaan yang belum kamu ketahui dan kerana kurang pengetahuan tentangnya,sebenarnya banyak riwayat riwayat dalam islam menceritakan tentang raja yang menyerah diri kepada Islam dan mengikut ajaran para Nabi yang terdahulu.

MAKSUD ISTILAH BUDDHA
Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud ‘seorang yang bijaksana’ atau ‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud ‘nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’ dan Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang terakhir’ (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.

Makna “Nabi” dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang berarti “dari tempat yang tinggi”; karena itu orang ‘yang di tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai “Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung”.

Anonymous said...

tuan empunya blog, mohon baca habis dulu apa yang ada dalam Cakkavati Sihanada Sutta tentang tempoh masa yg cukup jelas tentang keruntuhan akhlak yang selari dengan pemendekan hayat manusia di sini http://www.samaggi-phala.or.id/tipitaka/cakkavatti-sihanada-sutta/

tidak perlu bagi saya untuk berbahas panjang tentang betapa salahnya "fakta" yg tuan paparkan di sini.

kesimpulannya, mohon tuan buat bacaan kitab agama Buddha yang tulen sebelum tuan memetik hasil penulisan orang untuk membuktikan andaian tuan.

terima kasih.

Anonymous said...

tuan, saya ingin tegaskan bahawa kesempurnaan seorang Buddha tidak boleh disamakan dengan konsep nabi.

Seorang nabi masih dikuasai nafsu seks,manakala seorang Buddha telah melenyapkan secara total nafsu seks. Dalam literature Islam, terdapat kisah bagaimana isteri nabi mengikis air mani kering dari bajunya.

bagi pandangan Buddha, ini membuktikan keperibadian nabi jauh sekali dari brahmacariya,iaitu kehidupan yang masih terikat dengan nafsu seks dan pancaindera yang lain. ia adalah cara hidup perumah tangga, bukan para Buddha yg telah mencapai Nibbana. Inilah bezanya.