Tuesday, November 25, 2008

One Guy Converted to Islam in Yusof Estes Program at Bukit Jelutong


Alhamdulillah saya telah mendapat maklumat berkaitan dengan seorang hadirin telah memeluk Islam dalam program Yusuf Estes semalam di bukit Jelutong.

Alhamdulillah, tepat 11.15 malam tadi seorg saudara seaqidah kita bertambah dalam majlis ringkas tanpa rancang, ringkas, berlangsung secara spontan walau empunya diri dah lama menerima Islam.

Hidayah itu hak Allah, manusia merancang. Sesiapa sahaja yg Dia nak beri pasti akan diberi. Suasana depan ratusan audience penuh rasa hiba malah tergamam kesyukuran.

Jzklh.





Berikut adalah statement daripada Sdr ZAINUL MD. DIYARPengerusi Surau/ Masjid Bukit Jelutong.



Assalamu'alaikum wr. wb.

Alhamdulillah program yang berlangsung di Dewan MBSA Bukit Jelutong semalam telah berjaya telah menarik kehadiran antara 600-700 orang. Pada mulanya kita menyediakan kerusi sebanyak 400 buah dan ditambah lagi dengan kerusi yang diambil dari masjid. Itu pun masih ada lagi hadirin yang duduk bersila dan berdiri. Kita dapati ramai yang datang dari luar Bukit Jelutong termasuk dari Kepong dan Kuala Lumpur.

Program juga telah menarik minat hadirin dan banyak soalan-soalan yang tidak sempat dijawab oleh Sheikh Yusuf Estes. Apa yang menarik ialah salah seorang hadirin telah mengucapkan syahadah dalam majlis tersebut.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan kepada program yang kita anjurkan. Terima kasih khusus kepada AJK program dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Semoga usaha kita semua dikira sebagai amal soleh dan diberi ganjaran yang sewajarnya oleh Allah SWT.

Wassalam.

ZAINUL MD. DIYAR
Pengerusi
Surau/ Masjid Bukit Jelutong

No comments: