Friday, September 05, 2008

Sejarah Saya Berblog

Sudah hampir genap setahun blog http://amin1982.wordpress.com ini di alam siber. .

BILA SAYA MEMULAKAN PENULISAN ?

Saya telah menulis blog menggunakan alamat http://amin1982.blogspot.com pada may 2006 setelah tamat pengajian. Pada 9/9/ 2007, saya mendapati domain http://wordpress.com lebih cantik dan mudah toolsnya, maka saya pun bertukar kepada wordpress. Saya sebenarnya telah mula menggunakan alamat percuma menggunakan GEOCITIES.COM seawal tahun 1999. Kemudian CJB.NET, FRIENDSTER.COM dan BLOGSPOT.COM pada may 2006.

APAKAH PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG PENULISAN?

Antara pencapaian terbaik ialah pelawat di http://amin1982.wordpress.com :

Tarikh yang paling banyak blog ini dilawati ialah pada 10-04-2008 dalam tajuk Negara Islam seramai 744 lawatan.

KENAPA SAYA BERBLOG?

Minat saya dalam penulisan sebenarnya sudah bermula di sekolah menengah. Saya pernah menulis novel untuk mengisi masa lapang. Tujuan saya berblog juga ialah untuk mengasah minat menulis dan menjadikan penulisan saya mudah difahami oleh segenap pembaca. Selain itu, blog menjadi medan dakwah yang berkesan sejak akhir-akhir ini.

BERAPA BLOG YANG SAYA KENDALIKAN?

Setakat ini yang benar-benar saya aktif kendalikan ada empat iaitu http://amin1982.wordpress.com , http://amin1982.blogspot.com, http://anakkusoleh.wordpress.com, http://anakkusoleh.blogspot.com. Minat saya dalam soal pendidikan anak-anak telah mendorong saya membina blog anakkusoleh untuk panduan bersama.

BAGAIMANA DAN BILA MASA SAYA MENULIS?

Saya menulis dahulu di Microsoft Word dan keesokkannya barulah saya update dalam blog. Dengan kaedah ini boleh memastikan setiap penulisan kita mempunyai backup jika wordpress suatu hari nanti ditutup. Saya menulis jika ada masa lapang dan ruang-ruang lapang sewaktu bekerja di siang hari.

MOTTO SAYA

Menulis Untuk Mewaris

APA SIKAP KITA UNTUK TERUS MENULIS?

Bagi saya untuk memastikan blog kita terus dan terus berkekalan ialah perlunya ada MINAT dalam bidang penulisan. Tajuk penulisan pula mestilah berkait rapat dengan apa yang anda MINAT dan KUASAI. Elakkan menulis tajuk yang anda tidak minat. Jangan putus asa jika tulisan anda tiada sebarang komen dan tiada sebarang lawatan. Anggaplah penulisan anda adalah untuk anda belajar menulis secara professional suatu hari nanti.

Penulisan juga mestilah dalam bentuk perkongsian dan libatkan sekali dengan pembaca blog anda untuk memberi sebarang komentar.

BILA BLOG MULA MELEDAK?

Bagi saya di Malaysia adalah selepas PRU12 tahun ini. Blog dijadikan wasilah penyampaian maklumat kepada generasi muda. Sehingga hari ini blog akan dipantau jika menyampaikan maklumat yang bersifat PROVOKASI dan FITNAH.

ADAKAH SAYA MENCUBA BISNES DENGAN BLOG?

Ya, menjana pendapatan menggunakan adsense dan nuffnang.

Wordpress yang percuma tidak membenarkan script java untuk dipaparkan di blog menggunakan domain wordpress.com.

Blogspot.com yang di bawah kendalian Google telah membenarkan blogger untuk memaparkan javascript di blog. Saya sebenarnya mula tertarik dengan dunia blog khususnya menjana pendapatan setelah diberi input oleh seorang remaja berusia 15 tahun yang kini giat membuat portalnya sendiri.

BERAPAKAH BILANGAN BLOGGERS KINI?

Hari ini terdapat dalam 500,000 blog di Malaysia. Bolehlah dikategorikan blog personal, blog business, blog politik dan pelbagai jenis lagi blog. Saya mungkin termasuk dalam jumlah ini.

PERANCANGAN AKAN DATANG

Apapun saya akan terus setia dengan http://amin1982.wordpress.com dan masih berkira-kira untuk mendaftarkan domain http://amin1982.com dan http://anakkusoleh.com pada hujung tahun ini. Doakan saya akan blog yang wujud ini memberi manfaat kepada anda semua.

SERUAN SAYA

Kepada pembaca yang belum mempunyai blog bolehlah membinanya. Pastikan blog yang kita bina diisi dengan apa yang kita MINAT dan BERMANFAAT. Jika tidak pastinya BLOG kita tidak akan berjaya diupdatekan sentiasa kerana kekeringan IDEA.


No comments: