Monday, August 25, 2008

Celik Parlimen

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

POLITIK SEMASA

Hari ini PRU Kecil Permatang Pauh lebih hangat daripada ISU KEMERDEKAAN. Kemenangan di Permatang Pauh bakal menatijahkan beberapa impak besar kepada BN dan juga PR.

Jika BN menang di Permatang Pauh, mereka akan memperolehi keuntungan yang cukup lumayan. Mereka akan berjaya melenyapkan terus mimpi penubuhan Kerajaan dalam Pakatan Rakyat. BN juga akan dapat menyekat kemaraan Anwar dan cita-cita besarnya.

Kemenangan Anwar di Permatang Pauh juga bakal memberi impak yang besar kepada PR. Jika Anwar menang, PR akan semakin bersemangat menjayakan matlamat mereka menubuhkan kerajaan yang dijangka pada 16 September ini.

BUTA PARLIMEN

Saya bukan ingin memfokuskan kepada isu ini, sebaliknya ingin membawa anda kepada Parlimen Malaysia. Tahukan anda apa itu PARLIMEN? Mungkin kita biasa melihat PARLIMEN pada duit 50sen lama. PARLIMEN yang setakat kita tahu ialah tempat orang-orang politik berdebat dan sebagainya.

Dulu orang bercerita perihal BUTA HURUF, kini saya bercerita berkaitan BUTA PARLIMEN. Saya tidak menujukan gelaran ini kepada anda sahaja, saya juga turut termasuk dalam kelompok BUTA PARLIMEN!

Oleh sebab itulah saya mempromosikan CELIK PARLIMEN! Kita sebagai anggota gerakan ISLAM sewajibnya mengetahui selok belok parlimen hari ini, bukan hanya terletak tanggungjawab kepada ahli parlimen sahaja. Kita juga wajib mengambil tahu dan ambil peduli.

Kenapa saya berkata demikian, dalam Negara demokrasi di Malaysia, PARLIMEN merupakan tempat pemutusan undang-undang Negara. Di situlah pokok pangkalnya segala undang-undang dilluluskan, ditolak, dipinda dan sebagainya. Memang cukup penting!

SERUAN

Saya menyeru semua pembaca untuk mengambil tahu perjalanan parlimen. Paling kurang dapat mengetahui perbahasan semasa. Jika ada idea boleh sumbangkan kepada ahli-ahli parlimen kita.

Perbahasan untuk sesi ketiga kali ini ialah Pindaan Akta DNA dan Akta Universiti & Kolej Universiti.

PENUTUP

Sudah sampai masanya kita mengambil peluang daripada kemenangan ini untuk menyiapkan segenap mungkin persiapan. Inilah agenda yang mesti diterapkan untuk mengisi kemenangan iaitu CELIK PARLIMEN!

No comments: