Tuesday, July 18, 2006

KISAH BAPA DAN MAK SAUDARA

CHE GHOLIK B CHE HASSAN
Meninggal pada umur lingkungan 8 tahun. Nenek amat menyayangi pok saudara aku nie. Daripada cerita yang aku dapat daripada nenek, pak saudara aku nie meninggal kerana demam panas. Demam panas yang melampau menyebabkan suhu badannya semakin meningkat. Itulah penyebab kematiannya.[Hakikatnya Allah yang menghidupkan dan mematikan. Cuma ada penyebab kepada sesuatu kejadian]

CHE DARUS B CHE HASSAN [POK NIK DARUS]
Pak saudara aku inilah yang paling tua dalam kebanyakan. Beliau dikurniakan 3 cahayamata dengan isterinya yang pertama. Beliau bercerai mati dengan isteri pertama. Kemudiannya beliau berkahwin lagi dengan isteri kedua. Dikurniakan anak 4 orang. Beliau dulu bekas tentera berpangkat staff sarjan dan mempunyai kemahiran memasak. Sampai setakat yang aku tulis nie, beliau dah berjaya membuka kedai perniagaan kecil-kecilan menjual roti canai.

MOHD BAIJURI B CHE HASSAN [AYOH MAT]
Seorang sahaja bapa saudaraku yang tidak dinamakan nama beliau dihadapan sebagai Che iaitu Mohd Baijuri Che Hassan. Alkisahnya, bapa saudaraku nie selalu sahaja menangis pada waktu kecilnya sehingga terpaksa dipanggil sebagai Che Amat. Nama panggilan ini kekal hingga ke hari ini. Setelah dipanggil dengan nama Che Amat barulah beliau berhenti menangis. Beliau adalah seorang guru. Beliau dilihat paling berjaya dikalangan bapa saudaraku. Beliau mampu membuka kedai jualan di kampung. Setakat ini ada 4 orang cahayamata.

CHE HAMDAN B CHE HASSAN [POK NGOH DE]
Sehingga kini pak saudaraku ini dipanggil oleh anak saudara dengan panggilan Pok Ngoh De. Sehingga kini beliau mempunyai 2 orang cahaya mata. Kedua-duanya adalah perempuan. Beliau menetap di kg pasir dekat dengan puchong selangor. Setakat nie bekerja sebagai jaga dengan sebuah syarikat.

CHE ZUHARILAH BT CHE HASSAN [MOK SU LAH]
Beliau adalah anak yang paling bongsu datok ngan nenek. Sehingga kini beliau dikurniakan 3 cahaya mata. Satu dengan suami pertama. Namun jodoh tak panjang, beliau berpisah dengan suami pertama. Setelah berpisah beliau berkahwin lagi satu. Dikurniakan 2 orang cahaya mata. Namun dengan suami kedua juga tidak berpanjangan jodohnya. Sehingga kini anak sulung beliau di kedah dan 2 lagi di ketereh, kelantan.

1 comment:

AMIN AL-KALANTANI said...

Salahsilah melalui ayah

muhammad amin ibnu hj che hassan ibnu hj abd rahman ibnu awang hamat ibnu sulaiman

Salasilah melalui ibu
muhammad amin ibnu che halimah bintu che hasan ibnu che Abu ibnu Raja Salim