Thursday, June 28, 2007

20-03-2007 (Selasa)

20-03-2007 (Selasa)
Standby kat KSB (kemaman supply base). Terpaksa balik semula ke hotel di kemaman kerana Chopper yang dijanjikan tidak ada.

21-03-2007 (Rabu)
Pengalaman naik bot. Pengalaman solat atas bot.

22-03-2007 (Khamis)
Perjalanan ke Abu-A platform sekitar 22 jam. Disepanjang perjalanan itu, aku hanya solat fardhu sambil duduk sahaja. Ini disebabkan oleh kapal Ocean XII terumbang-ambing membelah ombak pantai. Sampai di Global Seminole dalam jam 1 pagi. Tak diberikan bilik coz esoknya pagi-pagi akan berpindah ke Miclyn Surveyor. Jadi malam tu tidor atas kerusi yang keras eajer....apapun tertidur gak kerana keletihan.


Global Seminole (Buat piping bawah laut dari platform ke FSO Abu)


FSO Abu

19-03-2007 (Isnin)

19-03-2007 (Isnin)
Alhamdulillah malam nie aku cuba meluangkan waktu untuk menulis sedikit sebanyak perjalanan dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama dalam perjalanan ke Abu-A platform yang berada 300km daripada darat. Daripada batu pahat, aku terus menuju ke kuala lumpur. Bergegas menyimpan pakaian yang belum dipacking. Jam 1 petang, bergegas ke pejabat, mengumpulkan data-data terkini project Abu Cluster.
Download database baru. Jam 3 petang, bertolak ke KLIA untuk naik flight ke KUANTAN. Sampai di KLIA tepat jam 3.45 pm, tapi tak bleh check in lagi. Sampai jam 4.30 pm baru aku bleh check in. Tepat jam 5.10 pm, flight masih belum bertolak.....Apa kena pulak ngan flight nie.....Aku tengok dari jauh, rupanya kipas sebelah kanan flight sedang direpair.....Tuhan saja yang tahu apa perasaan aku hari tu.....takut kemain kalau-kalaulah flight yang aku naik nie............
Alhamdulillah tepat jam 6 pm aku naik flight dan sampai di Kuantan jam 6.45 pm. Bergegas solah asar kemudian ambik teksi ke Suria Cherating, Kuantan. Tambang teksi RM 55 ringgit...Kenalah dengan tukang teksi Bro Nasir. Lepas check in kat hotel, sampai-sampai terus letih dan tidur......

Monday, March 05, 2007

REHLAH KE ZON PANTAI TIMUR

Alhamdulillah baru-baru nie ana telah diberi kesempatan untuk melawat dan ziarah ke Zon Pantai Timur. Ana ceritakan sedikit sebanyak pengalaman kat sana dalam misi untuk berkenalan dengan lebih rapat zon pantai timur disamping outstation di Petronas Carigali, Kerteh.

26 Februari 2007 (Isnin)
Sebenarnya boleh aje dok kat Hotel, tapi saya kira adalah lebih baik
dengan ’menyusahkan’ hakim dan rerakan rumahnya dengan menumpang tidur dirumahnya. Alhamdulillah sampai di sana sempat berbual-bual sekejap dengan hakim dan azlan (serumah hakim) kat kedai atap biru. Balik rumah aje elektrik black out. Tapi kendiannya oklah…….

27 Februari 2007 (Selasa)
Pagi-pagi lagi ana dikejutkan dengan bacaan al-Quran daripada surau terdekat rumah. Alhamdulillah....bagi ana kalu dok hotel nie tak dengan azan dan bacaan al-Quran. Confirm lewat untuk solah subuh.....Apa yang ana banggakan ialah sahabat kita Hakim Zulfikri.....(naik nama sket).....menjadi Imam subuh kat surau tu dengan kepercayaan orang surau.....

Pagi tu ana follow mahyuzie ke Petronas. Alhamdulillah dengan bantuan yuzie perkerjaan ana kat Petronas hari nie selesai, tapi malangnya elektrik padam lak. Tak dapat menyambung kerja-kerja. Di sebelah petang, ana bersama hakim, mahyuzi dan sailani menziarahi abang khairudin di terataknya. Malam tu kami solah maghrib berjamaah. Kendian selepas maghrib masing-masing sempat bertanya khabar masing-masing tentang perkembangan masing-masing. Sempat juga bermain-main dengan anak akhi khairudin, ahmad arsyad yang lincah dan cergas berusia 8 bulan sementara menunggu makan malam. Malam tu kami masing-masing menambah makanan akibat kesedapan juadah dan perut yang sememangnya kosong untuk di isi.

Masa tu ana terfikir alangkah indahnya ukhuwwah Islamiyyah yang terjalin erat dalam semangat persaudaraan ikatan Islam. Di mana-mana pasti Allah akan mempertemukan kita semula. Dalam jam 10 malam ana dan sahabat-sahabat meninggalkan rumah akhi Khairudin. Sempat bergambar....gambar ada kat sai, tak dapat nak upload lagi........


InsyaAllah dalam waktu-waktu yang ada sahabat-sahabat semua sama-samalah kita berusaha untuk bertemu bertanya khabar masing-masing. Dengan cara ini menambahkan lagi semangat perjuangan kita demi Islam yang tercinta. Jika diberi kesempatan ana ingin menziarahi semua zon termasuk malaysia timur, Sabah dan Sarawak.......

Friday, February 23, 2007

USLUB DAKWAH

Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat
MUQADDIMAH
Uslub dakwah merupakan satu istilah yang tidak pernah lekang dari bibir setiap petugas dakwah. Oleh kerana ia telah menjadi suatu perkara yang biasa disebut, maka ia tidak lagi berhajat kepada penghuraian. Lantaran itu, hampir setiap pendakwah mentafsirkan uslub dakwah menurut kacamata mereka masing-masing, sesuai dengan perkumpulan yang mereka wakili.
Dari situ satu huraian lengkap berhubung dengan uslub dakwah diperlukan bagi menjamin seseorang pendakwah itu tidak menyeleweng dari landasan penafsiran. Ianya mestilah bermula dari Al-Quran yang telah dijamin kebenarannya oleh Allah s.w. t.

USLUB DAKWAH MENURUT AL-QURAN
Di dalam Al-Quran, ayat yang menyebut perkataan uslub sebenarnya tidak ada. Apa yang ada ialah permahaman yang boleh diambil sewaktu Allah s.w.t. berfirman memerintah manusia menyeru ke jalanNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl: 125)
Apabila persoalan uslub di dalam ayat di atas diletakkan selepas daripada seruan dakwah, ia menunjukkan bahawa uslub adalah perkara kedua.
Perkara paling utama ialah menyeru manusia terlebih dahulu ke jalan Allah, Tuhan yang menciptakan mereka. Kesedaran ini perlu diutamakan terlebih dahulu, barulah berbincang mengenai uslub dakwah.
Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah kecenderungan membincangkan uslub terlebih dahulu. Setelah mereka berselisih dalam persoalan uslub dakwah, bagaimana mereka boleh bersatu dalam menjalankan tugas dakwah.
Usaha menentukan uslub siapa yang lebih betul sudah cukup membuang masa seseorang petugas Islam. Sedangkan Tuham menyuruh mereka memulakan tugas dakwah terlebih dahulu, kemudian dalam mengolah dakwah barulah timbul persoalan.
Sebagaimana yang kita sebutkan sebentar tadi, perkataaan uslub secara jelas tidak disebut dalam Al-Quran, namun begitu perkataan yang hampir sama dengan pengertian uslub telah disebutkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Ma’idah: 35)
Ayat di atas menggesa orang mukmin supaya bertaqwa dan mencari jalan serta cara yang menyampaikan mereka kepada taqwa. Oleh kerana jalan menuju Allah tidak boleh dinamakan uslub, maka kalimah yang dipakai ialah al-wasilah. Dengan ini al-wasilah lebih luas pengertiannya dari uslub sebagaimana ia juga lebih umum dari pengertian uslub.
Dari itu, kesimpulan yang boleh kita buat ialah uslub bermaksud teknik-teknik yang boleh digunakan bagi mencapai sesuatu matlamat. Berdasarkan kefahaman ini ia lebih merujuk kepada pengertian yang agak khusus dan agak tertumpu kepada unsur -unsur kepakaran dalam menjalankan sesuatu tugas.
Jika disatukan pengertian ini dalam konsep gabung jalin antara kalimah uslub dan dakwah, maka ia bermaksud teknik-teknik yang perlu diambil kira dalam proses menyampaikan dakwah dan menyeru manusia kepada jalan Allah atau lebih khusus lagi kepada pengabdian diri kepada Allah, menjauhi taghut, melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Kefahaman Ayat 125 surat Al-Nahl Dari Kacamata Uslub Dakwah
Ayat yang disebut sebentar tadi membuat beberapa garis panduan dalam perlaksanaan dakwah iaitu kewajipan menyeru manusia ke jalan Allah. Penyeruan inilah yang dinamakan dakwah. Dalam proses penyeruan ini hendaklah diketahui cara- caranya, supaya dakwah itu boleh sampai kepada mereka. Inilah yang dikatakan kemahiran dan inilah uslubnya.Uslub dakwah yang dibentangkan secara tidak langsung oleh ayat tadi ialah:
a)Hikmah
b)Nasihat-nasihat yang baik
c)Bertukar-tukar fikiran dengan cara yang lebih baik

USLUB HIKMAH
Uslub hikmah dalam menyampaikan dakwah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
•Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah di jalan Allah hendaklah bersifat menurut sifat-sifat Nabi seperti benar, amanah, bijaksana dan tabligh, berlaku adil, tidak lekas marah, sabar dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas.
•Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah. Ia bermakna pendakwah ke jalan Allah hendaklah menyampaikan isi kandungan dakwah itu dari kandungan Al-Quran dan segala penerangan hendaklah menepati kebenaran serta dalil-dalil yang kuat dan tepat yang boleh mengurangkan keraguan. Kata-kata yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan pendengar.
•Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah. Segala alat dan strategi yang digunakan betul-betul sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada gerakan dakwah itu sendiri.

USLUB NASIHAT YANG BAIK
Nasihat yang baik ialah persanan dan ingatan dengan apa yang disukai oleh orang ramai tentang kebaikan dan mereka bersedia menerimanya dan benci kepada kejahatan serta mereka akan menjauhinya.
Boleh juga difahami dengan nasihat yang baik ialah nasihat yang masuk ke dalam hati dengan halus dan mendalam, menembusi perasaan dan jiwa dengan lembut, kerana berlemah lembut dalam nasihat itu biasanya boleh memberi petunjuk kepada hati yang sesat dan boleh menjinakkan hati yang liar dan boleh mendatangkan natijah yang lebih baik.
Cara nasihat yang baik bergantung kepada perbandingan di antara iman dan kufur, antara kebaikan dan kejahatan, antara taat dan maksiat, antara halal dan haram. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan ( Rasul-rasul).” (Ali-‘Imran: 137)

USLUB BERBINCANG DENGAN CARA BAIK
Para da’i hendaklah menjalankan dakwahnya dengan mengikuti cara yang lemah-lembut dalam perkataan dan menjauhkan kelakuan yang kasar dan kesat.
Gunakanlah sebaik-baik cara berhubung dengan tujuan untuk menjauhkan pendengar-pendengar yang didakwahkan itu dan merasa bahawa pendakwah itu menyerang aqidah yang mereka mempertahankannya. Perancangan cara begini adalah lebih kuat, berpengaruh dan berkesan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (Al-Ankabut: 46)
Inilah juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya Harun a.s. ketika mereka diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada Firaun yang sombong. Sungguhpun begitu, Allah s.w.t. memerintahkan mereka supaya berlemah-lembut. FirmanNya yang bermaksud:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” (Taha: 43-44)
Apabila Allah s.w.t. menyatakan supaya dalam berbincang mestilah dengan cara yang baik, maka para da’i perlulah membuat persiapan terlebih dahulu dan segi hujah, latihan, teknik, berbincang yang terbaik, supaya lahir seorang da’i yang mempunyai karisma yang tinggi dalam berdiskusi.
Kalau tidak adalah lebih baik jika dia tidak memberikan kesanggupan dari awal semasa proses temujanji dilakukan.
Kalau ia mempunyai fakta yang lengkap dan cukup jitu, maka ia tidak akan mudah panas baran dan melenting apabila dicemuh atau diserang kerana dia tahu peluru yang ada padanya mencukupi serta mampu menjawab semua hujah musuh atau orang-orang yang diseru kepada Islam.
Pendakwah kadang-kadang mudah naik angin dengan berbagai-bagai soalan kerana tiada persiapan. Dia akan bimbang sekiranya persoalan itu mematikan ideanya untuk berhujah.
Boleh jadi ada orang bertanya, jika pendakwah selalu berlembut dan memilih perbincangan dengan cara yang baik maka bilakah masanya akan berlaku keras. Kita menjawab keras boleh berlaku tetapi dalam kadar dan ruang lingkup membalas setara dengan apa yang mereka lakukan.
Kalau dalam peperangan sekalipun Islam tidak cenderung kepada kekasaran tetapi lebih kepada unsur membalas setara dengan apa yang dilakukan. Maka di dalam dakwah sifat ini lebih dituntut kerana peringkat ini ialah peringkat dakwah iaitu seruan dan pemberian maklumat perintah Islam. Manakala, peringkat perang ialah peringkat jihad.
Lagi pula kalau kasar merugikan dan lemah lembut tidak merugikan maka baiklah kita berlaku lembut kerana kita tidak akan cepat kehabisan peluru. Barangkali peluru akan digunakan dengan begitu waspada sekali. Kalau peluru dilepaskan dilepaskan bertubi-tubi dengan begitu kasar sekali boleh jadi kehancuran akan berlaku.
Sedangkan pendakwah tidak lebih dari seorang doktor untuk merawat pesakit supaya ia sembuh bukan bertujuan untuk membunuhnya.
Satu hakikat yang sering berlaku ialah musuh lebih mudah hilang pertimbangan dalam menghadapi dakwah samada mereka dari awal-awal lagi menolak apa-apa perbincangan atau mereka lebih mudah cenderung kepada hilang pertimbangan.
Kerana mereka tahu bahawa mereka tidak mampu menghadapi hujah-hujah dari golongan Islam. Contoh mudah ialah mana- mana forum di universiti tempatan yang menjemput wakil PAS maka wakil UMNO pasti akan menolak atau menarik diri dari hadir. Sedangkan mereka adalah pemerintah dan mereka dianggap sebagai orang yang berkuasa.
Contoh kedua ialah peristiwa pembunuhan anak Nabi Adam a.s. iaitu antara Qabil dan Habil. Qabil sanggup membunuh adik kandungnya sendiri lantaran kerana hilang pertimbangan antara akal dan nafsu.

PENUTUP
Sekiranya segala cara telah dilakukan namun mereka masih menolak dakwah maka para da’I tidak seharusnya dihantui oleh fikiran bahawa mereka telah gagal melaksanakan amanah mereka. Ini kerana soal hidayah dan penerimaan mad’u terhadap dakwah adalah dalam ruang lingkup kehendak mutlak Allah s.w.t.

Wednesday, February 14, 2007

KISAH SEDIH : MANA TANGAN ADIK?

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak inipun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yangbelum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah."Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu, " balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas."Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk."Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, sibapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulangkali membuatkan si ibu gagal menahan rasa."Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria."Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi, " katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Thursday, February 08, 2007

BUKAN MASALAH AKU.....


Alhamdulillah baru nie ambo berkesempatan mengikut demo tol di IOI Mall puchong untuk siri demo kali ke-5 untuk bantah kenaikan tol. Dalam banyak-banyak orang yang aku perati....ialah sepasang keluarga yang dalam gambar di atas. Dengan membawa anak dan rasanya pakaian yang sama untuk setiap kali demo. Mungkin ada orang tertanya-tanya kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh dalam membantah kenaikan tol.

Aku juga menyoalkan dalam diriku.....Satu permasalahan yang menjadi kenyataan ialah...apabila suatu masalah itu berlaku kepada orang lain, maka orang lain tidak ambil peduli. Dengan lebih mudah kita nyatakan "bahawa bukan masalah akulah......."...ko punya hallah.

Realiti masyarakat hari ini memang begitu....tup--tupp aku sendiri pun ada gak macam tu. Sedangkan Rasullullah saw memberi penekanan bahawa muslim adalah bersaudara antara satu sama lain. Masalah muslim lain akan menjadi masalah kita juga. Masalah kewangan mereka sepatutnya menjadi masalah yang perlu dibantu dan difikirkan bersama.

Tetapi jika keadaan dan perasaan dan tabiat ini berkekalan iaitu ini masalah ko...ko punya pasallah...maka saya yakin bahawa keadaan seperti ini akan tetap berlaku juga....tol tetap akan naik...minyak akan tetap naik.......barang-barang akan tetap naik.....tapi gaji tetap maintane.....Teserahlah kepada kita para da'ie untuk tujuan ini......

Tuesday, February 06, 2007

REMAJA TANPA AGAMA

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini.

Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina.
Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalahgentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.


Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the
Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas... ..
Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di
ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia
mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al- Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu,
melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli,
dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah
seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang
pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci
kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.

Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan
Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih
besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad &Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur keranannya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti lace

Thursday, January 25, 2007

MASYARAKAT APARTMENT SUATU REALITI



MASYARAKAT KAMPUNG VS MASYARAKAT APARTMENT
25 Januari 2007
6 Muharram 1428


Bagaimanakah rasanya anda bila anda dilontar ke dalam reality masyarakat sekarang? Aku ingin berkongsi sedikit sebanyak reality masyarakat di aparment aku. Kebanyakan yang aku kenal ialah yang sering turun surau. Surau kat apartment aku pulak bukanlah aktif sangat. Kadang-kadang dalam satu minggu susah kami nak kumpul. Mungkin kekangan pekerjaan menyebabkan keadaan ini berlaku.

Baru-baru nie kami ada buat meetig baru untuk perlantikan jawatankuasa baru. Abg Sirajudin (Ketua sebelum nie) telah beri tanggungjawab baru kepada Jaz. Aku nampak ukhuwwah antara mereka nie kira baguslah. Lepas meeting makan kuee-teow goring masa tu gak. Aku respect gaklah kat depa yang memandang serius kepada masyarakat sekeliling…..aku yang tak sempat atau tak ‘menyempatkan’ diri untuk ambik tahu isu-isu masyarakat apartment nie yang kebanyakkannya ialah orang china.

Apapun azam tahun 1428 nie, aku try cuba lebih komitmen dengan masyarakat apartment aku nie. Aku dilantik lagi sebagai imam di surau apartment nie. Nie satu amanah yang dikira beratlah bagi aku. Tapi plan tu tetap ada untuk meningkat biah solehah di apartment aku nie.Antara cadangan aku ialah solat subuh secara berjamaah di surau setiap hari jumaat. Dulu jalan jap lepas tu terbengkalai lagi………

Lepas maghrib adalah mengajar ngaji….terbengkalai lagi. Banyak jugak project yang terbengkalai akibat komitmen aku yang agak kurang pada masyarakat apartment aku nie. Kini aku sedar bahawa inilah masyarakat tempat aku…tak sama ngan kampong yang aku duduk dari kecik sampai besar dulu….aku kena terima reality ini……masyarakat apartment….Apapun tugas dakwah ilalLah kena berjalan jugak nak atau tak nak pun.

Project aku terbaru nak plan kat sini ialah ceramah 10 Muharram 1428 sempena sambutan hari as-syura. Jadi tak jadi tak tahu lagi…..Harap runlah kali ini…

Friday, January 19, 2007

LAKARAN HIJRAH 1428




LAKARAN HIJRAH 1428
29 ZULHIJJAH 1427
19 JANUARI 2006

Aku menulis ketika tahun 1427 semakin hampir meninggalkan ummah Islam semuanya dengan meninggalkan pelbagai sejarah. Antara berita-berita panas yang mengaitkan ummah Islam tahun 1427 akan menjadi sejarah.
Tahun 1428 Hijrah sedang menunggu ummah Islam untuk melakarkan sejarah yang lebih manis dan indah untuk dikenang-kenang generasi ummah Islam yang akan datang. Tahun 1428 bakal memberi harapan baru kepada semua ummah Islam. Pengharapan agar Islam difahami dan dihayati dengan sepatutnya.

Berbetulah tahun hijrah jatuhnya hampir dengan tahun masehi untuk tahun ini. Tanpa kajian dan fakta, saya meyakini bahawa pihak yang anti-Islam sudah mempunyai paperwork ataupun blueprint yang lengkap untuk memburukkan Islam dan ummahnya. Sejak daripada tragedy 11 September ummah Islam nampaknya agak susah untuk bangkit semula. Namun disebalik kesusahan ada kesenangan. Masyarakat barat yang ramainya menganut kristian sudah mula mendekati dan cuba memahami apakah itu Islam. Mereka seolah-olah ingin tahu bagaimana, kenapa dan mengapa kejadian demi kejadian yang berlaku sering dikaitkan dengan Islam.

Namun apa yang malangya di Malaysia tahun 1427 dikejutkan dengan pelbagai isu yang menyedihkan. Antaranya Isu Murtad Lina Joy dan isu yang dikeluarkan oleh mufti perak iaitu seramai 150,000 orang melayu telah berjaya dimurtadkan. Aku tak dapatlah pulak fakta dan buktinya. Tapi aku tetap dapat membuat kesimpulan bahawa orang Melayu sudah ramai yang murtad walaupun ianya dipusing-pusingkan oleh para pemimpin kita yang mempunyai fahaman ISLAM HADHARI.

Aku mengharapkan aku dapat sedikit-sebanyak melakar 1428 ini untuk meletakkan ISLAM pada tempatnya. Mungkin dalam diri aku, dalam keluarga bersama isteri tersayang, masyarakat, Negara bahkan kalau mampu melepasi batas sempadan Malaysia.
Tahun nie juga tahun pertama aku telah bergelar seoarang suami yang pastinya menuntut seribu pengorbanan dan persiapan dan persediaan. Namun aku yakin dengan janji RasulullAh SAW yang menjanjikan sesiapa yang berkahwin akan mendapat sedikit sebanyak perlindungan daripada syaitan yang direjam.

Untuk para da’e, para mujahid agama, para ustaz, para guru, para professional, para pelajar, para bapa, para ibu dan para-para lain lagi, marilah berganding bahu untuk melakar sejarah 1428 yang manis untuk ISLAM dan ummahnya.

Thursday, January 18, 2007

SUDAH BERGELAR SEORANG SUAMI


Ketika majlis akad nikah

Alhamdulillah dengan sekali akad, saya sudah bergelar suami pada tarikh 17 Disember 2006 bersamaan 26 Dzulkaedah 2006. Saya dah masuk kepada marhalah bait muslim. Akan menghadapi masa-masa akan datang bersama isteri tersayang, Rafidah bt Md Sheh. Semoga Allah mengekalkan kasih dan cinta antara kita sebagaimana kekalnya Pencipta kasih dan cinta. Tahniah juga kepada sahabat-sahabat yang telah menamatkan zaman bujang semua. Minta maaf juga kepada kawan-kawan yang tidak menerima berita perkahwinan saya. (Jika ada)........