Friday, September 07, 2007

MUHAMMAD MERDEKA OR MUHAMMAD AMIN?

Tanggal 31 OGos 1982 jam 4.30 pm, lahirlah seorang insan di atas muka bumi Allah SWT untuk meneruskan pewarisan ubudiyyah kepada al-Khalik. Berkata seorang suami kepada isterinya "Apa kata kita namakan anak ini dengan nama Muhammad Merdeka?" Isterinya tak bersetuju"Tak boleh bang, nanti orang akan gelar dia "Deka". Em...betul jugak tu. Lama isterinya berfikir sekejap "Apa kata kita letakkan namanya......Muhammad Amin".....Sedap jugak nama tu...Alhamdulillah lahirlah seorang Insan dengan takdir dan kuasa Allah SWT, namaku sekarang ditakdirkan begitu. Cukup bangga dan cukup berat amanah yang dipikul. Muhammad akan disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW, sementara Amin disandarkan kepada gelaran kepada Nabi SAW, al-Amin. Allahuakbar! Semuga peribadi Rasulullah SAW sedikit sebanyak tempias kepadaku dengan berkat panggilan ini di dunia dan di akhirat. Kesimpulannya, letakkan nama anak anda dengan nama yang baik!

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah,,betul tu.
kalau nak namakan anak,berilah nama yang baik2..kerana orang akan memanggil nama dengan iringan ertikata "doa".jika baik maknyanya,moga2 insyaAllah,baiklah peribadinya dan baiklah keseluruhannya.

AMIN AL-KALANTANI said...

Assalamualaikum umar, lama tak dengar cerita nta. Dok wat gapo la nie?