Wednesday, December 06, 2006

Debaran ke Alam Perkahwinan

Debaran ke Alam Perkahwinan
6 Disember 2006
Rabu

Aku menulis lagi dalam waktu-waktu lapang untuk menunggu cuti yang aku ambik dari 11/12/06 hingga 2/1/07 tahun depan. InsyaAllah dengan kuasa Allah aku akan melangsungkan perkahwinan pada 17/12/06. Indahnya Islam kerana sudah mengatur fitrah manusia dengan jalan yang paling suci dan tulus.

Adam perlukan hawa. Itulah fitrah azali yang setiap lelaki memerlukan seorang teman iaitu kaum hawa dalam meniti kehidupan yang penuh cabaran dan onak duri. Kalau sebelum ini kita hanya memikirkan kepenringan sendiri, tetapi apabila sudah berumah tangga kena fakir soal isteri dan anak-anak serta mentua.

Cabaran akan silih berganti dalam mengeratkan lagi ikatan perkahwinan. Sebagaimana jika seorang petani memacakkan kayu di atas pasti dia memusingkan ke kanan dan ke kiri dan serta memacakkannya dengan kuat bagi memastikan kayu itu terpacak utuh…begitulah resam berkeluarga. Ada saja yang akan dating menguji dan mencuba.

Namun Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sudah menyediakan kita dengan beberapa persediaan. Antara amalan-amalan untuk memastikan ujian dan cabaran ini mampu diatasi dengan baika ialah dengan menghidupkan roh keimanan dalam diri, keluarga dan bait(rumah). Hidupkan rumah kita dengan bacaan al-Quran dan solat sunnah yang pelbagai. Biasakan senyum…kerana senyum menghasilkan gelombang ketenangan….

Sekali lagi…tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang akan menamatkan zaman bujang masing-maing. Ingatlah rumahtangga dakwah yang kita bina adalah pusat melahirkan mujahid dan mujahidah yang “sujud” kepada Allah di mana-mana mereka berada bukan sujud dalam solah sahaja tanpa mengetahui makna dan aplikasi disebalik hikmah solah….

Tahniah sekali lagi….Jemput ke majlis ana pada 17/12/06 di Batu Pahat.

Amin al-kalantani

http://amin1982.blogspot.com
http://walimahtul-urus.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Dear Tuan Amin,

It's a wonderful blessing from Allah Almighty that He bestowe you one of the wonderful worldly nikmat, that is marriage.

Surely, by the Will of Allah, this marriage will complete your life.

In Islam, marriage is a legal bond and social contract between a man and a woman.

Cherish the bond and honour the contract, you'll be alright.

All the best in your walima.

Wassalam

-yk-

Nurul Sharina said...

assalamu'alaikum cik amin...

akhirnya berjumpa juga ana dengan blog cik amin ni.. nanti view lah blog ana yg xseberapa ye.. sekarang ni di kelantan kan? sambut raya haji di sana, kan?

Ape-ape pun jaga makcik ana betul-betul.. Dialah satu-satunya saudara sedarah sedaging yang faham perjuangan ana ni.. di kala saudara-mara mempertikaikan tudung labuh yg kami pakai.. Alhamdulillah ana dan makcik ana saling menguatkan antara satu sama lain...

Ustaz selalu cakap, dugaan sebenar dalam perjuangan ialah apabila sudah bekerjaya dan juga berkahwin. Ana pernah berhadapan dengan saudara dan sahabat2 yang sebelum ini aktif tapi akhirnya larut dalam perkahwinan.. ana xnak ini berlaku kpd ana, kpd makcik ana.. dan juga kpd nta.. ana doakan semoga Baitul Muslim nta di bawah keredhaan-Nya.. Nauzubillahimin zalik.. jika futuur di jalan-Nya.. sudah cukup memberikan fitnah besar kepada ISLAM dan juga tamparan hebat kepada saya sebagai ahli keluarga...

Ana thiqah dengan antuma.. So, ana yaqin insyaAllah antuma takkan futuur dr perjuangan.. Wallahu'allam..