Thursday, January 25, 2007
MASYARAKAT APARTMENT SUATU REALITI
MASYARAKAT KAMPUNG VS MASYARAKAT APARTMENT
25 Januari 2007
6 Muharram 1428
Bagaimanakah rasanya anda bila anda dilontar ke dalam reality masyarakat sekarang? Aku ingin berkongsi sedikit sebanyak reality masyarakat di aparment aku. Kebanyakan yang aku kenal ialah yang sering turun surau. Surau kat apartment aku pulak bukanlah aktif sangat. Kadang-kadang dalam satu minggu susah kami nak kumpul. Mungkin kekangan pekerjaan menyebabkan keadaan ini berlaku.
Baru-baru nie kami ada buat meetig baru untuk perlantikan jawatankuasa baru. Abg Sirajudin (Ketua sebelum nie) telah beri tanggungjawab baru kepada Jaz. Aku nampak ukhuwwah antara mereka nie kira baguslah. Lepas meeting makan kuee-teow goring masa tu gak. Aku respect gaklah kat depa yang memandang serius kepada masyarakat sekeliling…..aku yang tak sempat atau tak ‘menyempatkan’ diri untuk ambik tahu isu-isu masyarakat apartment nie yang kebanyakkannya ialah orang china.
Apapun azam tahun 1428 nie, aku try cuba lebih komitmen dengan masyarakat apartment aku nie. Aku dilantik lagi sebagai imam di surau apartment nie. Nie satu amanah yang dikira beratlah bagi aku. Tapi plan tu tetap ada untuk meningkat biah solehah di apartment aku nie.Antara cadangan aku ialah solat subuh secara berjamaah di surau setiap hari jumaat. Dulu jalan jap lepas tu terbengkalai lagi………
Lepas maghrib adalah mengajar ngaji….terbengkalai lagi. Banyak jugak project yang terbengkalai akibat komitmen aku yang agak kurang pada masyarakat apartment aku nie. Kini aku sedar bahawa inilah masyarakat tempat aku…tak sama ngan kampong yang aku duduk dari kecik sampai besar dulu….aku kena terima reality ini……masyarakat apartment….Apapun tugas dakwah ilalLah kena berjalan jugak nak atau tak nak pun.
Project aku terbaru nak plan kat sini ialah ceramah 10 Muharram 1428 sempena sambutan hari as-syura. Jadi tak jadi tak tahu lagi…..Harap runlah kali ini…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum
tahniah dan teruskan usaha suamiku..
walau dimana kita berada disitulah kite perlu mendaulahkan islam dan kalimahNya..bersabar dan terus bersabar.anggap pengorbanan kita adalh satu sumbangan kita untuk deen yang tercinta..moga kita terus diberi kekuatan meneruskan kehidupan yang sementara ini.semoga pertemuan yang ABADI akan menjadi semangat untuk kita terus berjuang..
salam sayang...isterimu
Waalaikumussalam....
Terima kasih buat isteriku.......atas komen dan doronganmu kepadaku....Doakan abg sentiasa kuat untuk kerja-kerja Islam.
Muhammad Amin al-Kalantani
Post a Comment