Friday, January 19, 2007

LAKARAN HIJRAH 1428




LAKARAN HIJRAH 1428
29 ZULHIJJAH 1427
19 JANUARI 2006

Aku menulis ketika tahun 1427 semakin hampir meninggalkan ummah Islam semuanya dengan meninggalkan pelbagai sejarah. Antara berita-berita panas yang mengaitkan ummah Islam tahun 1427 akan menjadi sejarah.
Tahun 1428 Hijrah sedang menunggu ummah Islam untuk melakarkan sejarah yang lebih manis dan indah untuk dikenang-kenang generasi ummah Islam yang akan datang. Tahun 1428 bakal memberi harapan baru kepada semua ummah Islam. Pengharapan agar Islam difahami dan dihayati dengan sepatutnya.

Berbetulah tahun hijrah jatuhnya hampir dengan tahun masehi untuk tahun ini. Tanpa kajian dan fakta, saya meyakini bahawa pihak yang anti-Islam sudah mempunyai paperwork ataupun blueprint yang lengkap untuk memburukkan Islam dan ummahnya. Sejak daripada tragedy 11 September ummah Islam nampaknya agak susah untuk bangkit semula. Namun disebalik kesusahan ada kesenangan. Masyarakat barat yang ramainya menganut kristian sudah mula mendekati dan cuba memahami apakah itu Islam. Mereka seolah-olah ingin tahu bagaimana, kenapa dan mengapa kejadian demi kejadian yang berlaku sering dikaitkan dengan Islam.

Namun apa yang malangya di Malaysia tahun 1427 dikejutkan dengan pelbagai isu yang menyedihkan. Antaranya Isu Murtad Lina Joy dan isu yang dikeluarkan oleh mufti perak iaitu seramai 150,000 orang melayu telah berjaya dimurtadkan. Aku tak dapatlah pulak fakta dan buktinya. Tapi aku tetap dapat membuat kesimpulan bahawa orang Melayu sudah ramai yang murtad walaupun ianya dipusing-pusingkan oleh para pemimpin kita yang mempunyai fahaman ISLAM HADHARI.

Aku mengharapkan aku dapat sedikit-sebanyak melakar 1428 ini untuk meletakkan ISLAM pada tempatnya. Mungkin dalam diri aku, dalam keluarga bersama isteri tersayang, masyarakat, Negara bahkan kalau mampu melepasi batas sempadan Malaysia.
Tahun nie juga tahun pertama aku telah bergelar seoarang suami yang pastinya menuntut seribu pengorbanan dan persiapan dan persediaan. Namun aku yakin dengan janji RasulullAh SAW yang menjanjikan sesiapa yang berkahwin akan mendapat sedikit sebanyak perlindungan daripada syaitan yang direjam.

Untuk para da’e, para mujahid agama, para ustaz, para guru, para professional, para pelajar, para bapa, para ibu dan para-para lain lagi, marilah berganding bahu untuk melakar sejarah 1428 yang manis untuk ISLAM dan ummahnya.

2 comments:

~NIZAM~ said...

Syeh...11 Mei ke 11 September?...artikel yg enta tulis tu...

AMIN AL-KALANTANI said...

uish tersilap tu...mujurlah nta perasaan kena betulkan balik segera nie.