Jelas peranan blog tidak boleh disangkal lagi. Kita mestilah menggunakan peluang ini untuk memberi kefahaman Islam yang jelas kepada semua pengguna. Masyarakat bukan Islam nampaknya memang berminat mencari maklumat alternatif terhadap Islam, jadi discussion dan penerangan terhadap Islam melalui blog mesti digiatkan lagi!
Cadangan saya kita tubuhkan Persatuan Bloggers Islam (PBI) bagi mengetegahkan isu-isu yang sering menjadi salah faham non-muslim terhadap Islam. Cuma mekanisma dan cara perjalanannya kita mesti fikir bersama-sama.
Monday, March 31, 2008
Wednesday, October 31, 2007
Blog Baru
Para pembaca budiman, saya telah membina blog baru di alamat berikut :
http://amin1982.wordpress.com
Sila lawati blog saya di alamat tersebut. Walaubagaimanapun anda masih boleh meninggalkan pesan pada saya di kotak pesanan.
http://amin1982.wordpress.com
Sila lawati blog saya di alamat tersebut. Walaubagaimanapun anda masih boleh meninggalkan pesan pada saya di kotak pesanan.
Friday, October 05, 2007
Ramadhan, Punca Kelesuan Ibadah 10 Malam Terakhir
Syukurku panjat kehadrat Allah SWT kerana sehingga ke saat ini 23 Ramadhan, aku masih lagi mempunyai kekuatan untuk meneruskan jihad 10 Malam terakhir. Sekaligus jihadku untuk melepaskan diri daripada api neraka jahannam. Dengan ketentuan Allah SWT, aku telah diminta untuk menjadi imam solat qiamulaill di surau tempat apartment aku. Kalau sebelum ini agak susah untuk bangun 3 pagi, tapi sekarang alhamdulillah dapat bangun walaupun badan merasa agak letih.Pagi ini, ada seorang teman meninggalkan satu pesanan kepada saya. Sedih dengan pengurangan jamaah di surau untuk terawikh. Ini kerana dalam bulan ramadhan ini yang menjadi tunjang ubudiyyah ialah berpuasa di siang hari dan berterawikh di malam hari. Di bulan-bulan lain pastinya kita tidak berjumpa dengan ini semua. Bila terawikh telah semakin berkurangan di malam-malam akhir ini, ummah Islam yang mempunyai sifat ukhuwwah terhadap sesama muslim berhak untuk sedih.
Sedih kerana kaum muslimin yang lain sudah mula lesu dalam ibadah. Sudah mula lesu dalam mempertahankan anggota daripada berbuat maksiat. Sudah mula lesu untuk membaca al-Quran. Semuanya sudah lesu untuk membuat segala bentuk ibadah kepada Allah SWT. Dalam kepala semuanya dah terbayang saat gembiranya menyambut Idulfitri.
Tidak salah untuk merasai kegembiraan menyambut Idulfitri, tetapi mesti ada juga perasaan sedih meninggalkan ramadhan. Gembira menyambut Idulfitri bukan semata-mata kerana dapat makan pelbagai juadah semata, tetapi gembira kerana berjaya melalui tarbiyyah ramadhan dengan sepenuh hati. Sedih meninggalkan ramadhan bukan kerana tidak lagi menikmati saat berbuka puasa, tetapi sedih kerana tidak dapat buat yang terbaik untuk ramadhan.
Antara faktor kelesuan ibadah ialah disebabkan ceramah, kuliah dan muhasabah tidak dibenarkan berlangsung di surau-surau dan masjid. Bahkan, bila dibuat kuliah ceramah dan sessi muhasabah surau-surau atau masjid ditutup. Keadaan ini sama seperti mana yang berlaku di suatu zaman yang lampau. Orang munafiq dan musyirikin berkerjasama untuk memadamkan cahaya kebenaran. Orang munafiq yang berkerjasama menyeru orang membuat kejahatan dan bersungguh-sungguh menghalang orang ke jalan kebenaran!
Ya Allah, Engkaulah sebaik-baik Saksi. Saksikanlah aku telah sedaya upaya memberi peringatan kepada ummah Islam dalam lingkunganku sekadar yang termampu. Semoga Ramadhan 1428H menyaksikan suatu perubahan besar kepada ummah Islam seluruh dunia! Ya Allah bantulah kami ke atas orang kafir, musyrik dan munafiqin.
23 Ramadhan 1428H
Ramadhan, Palestin dan Kesatuan Ummah

Kaum muslimin,
Tajuk ini saya pilih untuk ditulis bersempena dengan Ramadhan 1428H tahun ini. Ramadhan berlalu meninggalkan kenangan yang cukup manis buat orang-orang yang beriman di mana sahaja mereka berada. Ramadhan kali ini juga membuatkan hati terasa sebak dan terharu. Saudara kita di Palestin dibantai tanpa belas kasihan oleh Yahudi La’natullah di bulan Ramadhan khususnya di Bandar Gaza.
Kaum muslimin,
Kaum munafiqin yang bersengkongkol dengan Yahudi La’natullah begitu ghairah merancang strategi untuk menghapuskan pejuang-pejuang yang ikhlas menegakkan kalimah Allah SWT di bumi BaitulMaqdis. Namun, segala perancangan dan strategi mereka tetap dalam pengetahuan Allah SWT yang Maha Tahu. Mereka merancang tetapi Allah SWT juga merancang, maka perancangan Allah SWT sebaik-baik Perancang.
Kaum muslimin,
Adakah keras dan malasnya hati kita untuk mendoakan saudara-saudara se-Islam kita di seluruh pelusuk dunia khususnya di Palestin. Nampaknya kita sudah muak dan pasrah dengan keadaan saudara kita di Palestin. Mungkin pada fikiran kita itulah takdir buat mereka. Kita sudah muak dan malas untuk melayan isu-isu berkaitan dengan Palestin yang sering memaparkan isu ummah Islam ditindas oleh ummah Islam sendiri dan Yahudi La’natullah.
Kaum muslimin,
Dengan kesedaran dan kudrat yang kecil ada pada saya ini, saya menyeru anda semua di bulan Ramadhan 1428 yang penuh barakah ini dengan satu seruan. Ayuh, kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan kaum muslimin diseluruh dunia khususnya saudara kita di Palestin! Ya Allah tolonglah Islam dan Muslimin! Ya Allah tolonglah saudara Islam kami di Palestin. Ya Allah perkuatkanlah semangat juang pejuang-pejuang Islam di sana!
Kaum muslimin,
Perjalanan sejarah telah memaparkan kisah-kisah yang penuh tragis dan duka buat pencinta agama Allah SWT. Musuh-musuh Islam nampaknya begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan Ummah Islam di muka bumi ini. Namun, kita perlu yakin bahawa pertolongan Allah amat dekat! Saya juga meyakini bahawa kita akan dapat merampas semula BaitulMaqdis dan Masjidil Aqsa di bulan Ramadhan dengan syarat kita bersungguh-sungguh mempertahankan Islam di mana-mana sahaja kita berada!
Kaum muslimin,
Yakinlah dengan hanya keimanan yang tulus kepada Allah, kita akan kembali mentadbir dunia yang sebenarnya adalah hak ummah Islam!

Thursday, September 20, 2007
Ramadhan Sudah Menghampiri Fasa ke-2
Ramadhan al-Mubarak sudah menghampiri fasa kedua. Giatkan dan aktifkan diri anda untuk berlumba-lumba mendapatkan kebajikan!
Monday, September 17, 2007
Ramadhan dan Perubahan
"Ya Allah, permudahkanlah laluanku untuk berjumpa denganMu dan menghirup lazatnya dan manisnya keyakinan bertemu denganMu"
Sunday, September 09, 2007
Hadiah Ramadhan
Alhamdulillah saya telah berjaya mebina blog kedua saya di wordpress dengan alamat amin1982.wordpress.com. Dalam blog kedua ini saya lebih memfokuskan kepada pandangan dan cadangan saya hasil daripada pembacaan saya, mengikuti kuliah dan juga suara hati. Tujuan blog kedua ini dibina ialah untuk menyampaikan segala pandangan dan idea saya yang dhaif ini dalam ruangan maya yang terbentang luas. Selain itu juga saya memuatkan biodata saya untuk salam perkenalan dengan pembaca maya semua. Inilah hadiah untuk bulan Ramadhan. InsyaAllah dalam bulan ramadhan ini saya akan lebih banyak menaip dan mempunyai kertas yang banyak untuk dicontengkan!
Friday, September 07, 2007
Amin al-Kalantani Book Of Record
Satu lagi record yang akan dibuat dalam waktu terdekat ini ialah "Memulakan puasa 1428H di Lautan". RFSB/PCSB mintak lagi aku naik platform dari 9/9 - 14/9. Kalau puasa 1428 jatuh pada 13/9, satu lagi rekod baru dicapai oleh Amin al-Kalantani untuk tahun 1428H ini. Rekod yang baru dibuat ini ialah diberi tajuk "Memulakan Puasa di Lautan".
Selamat Datang Ramadhan dan Azamku
Selamat datang Ramadhan. Azamku untuk bulan Ramadhan tahun nie ialah "Sifar Riba!". Ya Allah Ya Tuhanku...Selamatkanlah Daku dan Keturunanku Daripada Riba!"
Subscribe to:
Posts (Atom)