Tuesday, August 19, 2008

PANDANGAN TERHADAP CADANGAN YB NG YEN YEN

PANDANGAN TERHADAP CADANGAN YB NG YEN YEN

‘Slot pendidikan seks akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen.Beliau berkata modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas selama 10 jam di setiap kem PLKN, lapor Bernama.’

SECARA PENDAPAT PERIBADI SAYA, KITA BOLEH MENERIMA SLOTS PENDIDIKAN INI TETAPI DENGAN BEBERAPA SYARAT;

1. 1.TERMS PENDIDIKAN SEKS DIUBAH KEPADA PENDIDIKAN KEKELUARGAAN [1].

2. 2.MODUL YANG HENDAK DILAKSANAKAN MESTILAH DIPERBAHASKAN DI DALAM DEWAN RAKYAT SECARA TELUS[2].

3. 3.MODUL INI YANG DIPERSETUJUI OLEH SEMUA PIHAK JUGA MESTILAH DITERAPKAN DI PERINGKAT AWAL [3].

NOTA KAKI

[1] Terms ini dipilih apabila YB NG YEN YEN banyak menyentuh persoalan kekeluargaan seperti kenyataannya “Ng berkata kementeriannya bercadang menubuhkan unit tugas khas untuk mewujudkan "modul kebapaan" bagi mengkaji peranan lelaki dalam keluarga dan membantu mereka menghadapi tekanan hidup serta mengawal emosi.

Juga kenyataan YB NG YEN YEN “Skop pengajaran modul itu yang dikenali 'Self Preservation, Self Protection and Self Determination' merangkumi nilai individu dan keluarga, pemahaman perubahan struktur badan secara fizikal (mengikut gender) dan emosi.

[2] Kami bersetuju dengan pandangan PKPIM dan GAMIS. Kedua-dua persatuan ini berharap kerajaan mengambil berat soal kandungan modul itu. Mereka meminta kerajaan menyerapkan elemen-elemen agama dan perundangan Islam dalam modul yang bakal diperkenalkan. Gamis berpendapat, modul yang mahu diperkenalkan itu hendaklah memfokuskan kepada penyelesaian masalah sosial generasi muda.


[3] Setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi berkata, program yang cuba diperkenalkan oleh Dr Ng itu "tidak kena dengan tempat dan masanya". Keadaan pelatih PLKN di dalam hutan dan jauh daripada keluarga, jelasnya, boleh mendorong ke arah aktiviti seks di kalangan pelatih.
Beliau sebaliknya mencadangkan kerajaan memperkenalkan pendidikan seks sebagai elemen tambahan subjek-subjek
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sejak di sekolah rendah lagi apabila pelajar mula "datang haid dan akil baligh'.
"Mungkin (usia murid) sembilan atau 10 tahun. Orang sekarang cepat matang," katanya.
Aiman menambah, sebelum memperkenalkan pendidikan seks di PLKN, kerajaan perlu mengadakan kajian terperinci melibatkan banyak pihak merangkumi ilmuan agama, ahli psikologi, ahli sosiologi, dan ahli sains. "Modul itu, jika diadakan juga, mungkin beberapa masalah akan timbul," katanya, antaranya kemungkinan timbul seks bebas dalam kalangan peserta kem.

Rujukan :

http://malaysiakini.com/news/88032

http://malaysiakini.com/news/88058


PRU 12 : Di mana kedudukan ISLAM?


Terkini

Saya menyambung kembali tajuk ini yang disiarkan sebelum ini di dalam blog saya. Tertarik dengan penekanan Presiden PAS di dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS 54 yang berbunyi ;

“PAS wajib bermuhasabah sejauh mana Islam berperanan dalam mengisi

kemenangan ini. Maka tidak ada apa-apa faedah sekiranya Islam tidak diberi apaapa peluang untuk melaksanakan tugasnya yang adil untuk semua.

Sabda

Rasulullah s.a.w.; Islam itu berada ditempat yang tinggi jangan ada yang mengatasinya”.

Saya juga amat teruja kerana kempen PAS FOR ALL telah menjadi tema ucapan dasar presiden tahun ini. Dan pada masa yang sama di dalam ucapan pemuda menekankan ISLAM FOR ALL dan ISLAM FOR PEACE.

Sesungguhnya muktamar kali -54 ini memberi nafas baru di dalam denyut perjuangan PAS.

Entry saya sebelum ini :

PRU 12 telah beberapa minggu berlangsung. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Semalam saya berkesempatan hadir ke program Himpunan Rakyat di Stadium Malawati anjuran PAS Selangor.

Sebelum ini, jika program PAS orang China ataupun India jarang kelihatan. Khususnya mereka yang bukan Islam. Kempen PAS FOR ALL nampaknya memberi kesan yang ketara dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS.

Tajuk entry saya kali ini ialah "PRU 12 : Di mana kedudukan Islam?" Saya bukanlah penganalisis yang begitu cerdik yang boleh memberi pandangan kritikan yang bagus. Namun saya rasa tidak salah untuk menyuarakan tajuk ini untuk dibahaskan.

Selepas episod PRU 12, sejauh manakah masyarakat orang Melayu Islam memahami Islam yang ingin ditampilkan oleh PAS mahupun UMNO. Semenjak 50 Tahun, Orang Melayu Islam di Malaysia telah dipaparkan bahawa ulama Islam tidak mampu mengurus negara. Islam tidak mampu mentadbir negara yang mempunyai masyarakat majmuk (Melayu, China, India dan lain-lain)

PAS sudah sekian lama berhasrat menubuhkan NEGARA ISLAM. Setiap kali dalam ceramah, penceramah PAS sentiasa membangkitkan soal Negara Islam. Tetapi pada tahun PRU 12 kali ini, PAS telah membawa misi baru iaitu NEGARA KEBAJIKAN.

UMNO di bawah kepimpinan Pak Lah telah memperkenalkan ISLAM HADHARI.

Ironinya, setelah PM kita Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari (PM sebelum itu Mahathir menggesa penggunaan Islam diharamkan dalam persatuan dan sebagainya), orang Melayu Islam, China dan India masih samar-samar dan tidak dapat menghayatinya secara menyeluruh.

Siapakah yang lebih ikhlas dalam penghayatan Islam? UMNO atau PAS? Persoalan ini wajib dijawab dengan seikhlas mungkin. Jika UMNO lebih ikhlas apa buktinya? Jika PAS lebih ikhlas apa buktinya?

UMNO dan PAS sepatutnya bukan menganalis kejayaan dalam PRU 12 semata, bahkan sepatutnya memberi penekanan di mana kedudukan Islam dalam pandangan masyarakat Malaysia.

Orang China dan India sepatutnya diberi ruang yang lebih luas untuk memahami ISLAM. Apakah ciri keadilan ISLAM dan sebagainya. Tidak dinafikan sebelum ini sudah banyak seminar diadakan melibatkan orang China dan India, namun di mana laporan analisisnya.

Islam adalah solusi terhadap masalah di Malaysia sekarang. Bukan sekular bukan yang lain. ISLAM ada penyelesaiannya. ISLAM tidak mengutamakan bangsa, ISLAM agama sarwajagat.

ISLAM telah membuktikan ketamadunannya tersendiri. Sejarah telah mencatatkan kemenangan demi kemenangan jika suatu kelompok menghayati Islam sedalam-dalamnya. Jika ingin menjadikan ISLAM sebagai solusi, kembalilah kita bersama kepada al-Quran dan as-Sunnah.

PRU 12 telah berlangsung. Peluang terbuka luas untuk para pendakwah mendekati non muslim dari China dan India. Mereka perlu diberi penjelasan yang secukupnya untuk memahami apa itu ISLAM.

Selain itu, umat Melayu Islam juga wajib diberi pemahamam yang jelas terhadap ISLAM. ISLAM bukan bermakna atas nama sahaja, bahkan mesti dihayati dalam kehidupan seharian bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga mentadbir negara dan dunia.

Selepas PRU 12 PAS mahupun UMNO mestilah muhasabah diri masing-masing. Selepas PRU 12 di manakah kedudukan ISLAM?

Rakyat Islam di Malaysia sepatutnya tahu siapakah yang lebih ikhlas dalam penghayatan ISLAM. PAS ataupun UMNO?

*Secebis pendapat daripada hamba yang dhaif*

Wednesday, July 30, 2008

Baik Diam Dari Bercakap

Situasi politik di Malaysia kini tidak menentu. Think-thank setiap parti penat memikirkan stategi bagaimana ingin memastikan mereka berjaya dalam perancangan yang dibuat.

Bagi pejuang gerakan Islam, soal strategi merupakan soal kedua. Apa yang penting ialah soal aqidah yang murni kepada Allah SWT. Lihat sahajalah dalam perang pertama perang BADAR. Strategi umat Islam di saat itu ialah memperteguhkan keyakinan dan pergantunggan kepada Allah SWT.

Hari ini siapa yang tidak dapat info yang sahih baik duduk diam daripada bercakap-cakap (hatta menulis blog). Takut2 apa yang kita tulis itu menyebabkan orang memandang serong dan menimbulkan pelbagai fitnah yang lebih besar.

Kadang-kadang lebih baik senyap daripada bercakap

Friday, July 18, 2008

Pelaburan Untuk Kesihatan

Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan nikmat kesihatan. Ramai yang lupa itulah nikmat yang paling besar yang Allah SWt anugerahkan pada kita yang lupa kita syukuri.

Selepas balik PBC saya kini semakin giat membantu isteri saya untuk menyampaikan produk HPA kepada rakan sekerja dan pangsapuri. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan.

Doakan kami sekeluarga berjaya dalam dunia MLMs (syariah) ini.

Monday, July 14, 2008

Kursus PBC HPA

Alhamdulillah saya telah mengikuti kursus PBC (Perkongsian Pintar Cemerlang) di UNITEN, Bangi dari 12 Julai hingga 13 Julai 2008 yang di anjurkan oleh team HPA.

Program ini telah membuka mata saya untuk terus menceburi bidang MLMs (syariah) ini. Inilah yang dikatakan JIhad Ekonomi ummat Islam.

Selepas PBC, setiap peserta akan bergerak secara bersungguh-sungguh untuk menyampaikan produk HPA kepada seluruh penduduk muslim di Malaysia.

Rujukan lanjut hpa sila ke :
http://hpa.com.my

Monday, July 07, 2008

Kepercayaan Dalam RumahTangga

Ucapan tahniah kepada semua rakan-rakan yang telah mendirikan rumahtangga. Antara asas kejayaan sesebuah rumahtangga ialah kepercayaan antara pasangan. Tanamkanlah kepercayaan kepada pasangan masing-masing.

Friday, June 20, 2008

Pengumuman

Untuk pengetahuan pembaca setia semua, saya akan berada di sekitar negeri Johor dan Kelantan daripada 21/6 hingga 29/6. Saya, isteri dan anak mengambil peluang bercuti ke kampung setelah lebih kurang 6 bulan tidak menginjak bumi johor dan Kelantan.

Anak kami, Muhammad Fatih yang kini masuk 4 bulan dilahirkan di Selangor walaupun ayahnya berasal dari Kelantan dan ibunya dari Johor. Kami berdua juga bercadang membawa Muhammad Fatih berziarah ke rumah sanak saudara.

Mudah-mudahan ziarah kali ini bermakna buat kami sekeluarga. Jika ada peluang, ingin berjumpa dengan sahabat seperjuangan semua. Doakan keselamatan kami sekeluarga. Salam perjuangan!

Wednesday, June 11, 2008

Rahmat disebalik negara majmuk

Sebagaimana yang diketahui Negara kita berbilang bangsa dan berbilang agama. Ada bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Ada beragama Islam, Kristian, Budhha, Hindu, Sikh dan pelbagai lagi.

Kemajmukan dalam Negara kita hari ini hasil daripada strategi penjajah British. Mereka membawa masuk seramai mungkin pekerja asing dari Negara China, India dan beberapa tempat lain sebagai pekerja di Tanah Melayu.

Taktik sebegini mungkin ada beberapa matlamat penjajah:

1) Jika Tanah Melayu hanya daripada terdiri daripada Melayu Islam, maka mudahlah Islam bertapak utuh kembali di Tanah Melayu (Malaysia). Jika Tanah Melayu di‘majmuk’kan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, maka Islam menghadapi cabaran dan tentangan untuk kembali utuh.

2) Masyarakat tempatan akan menjadi bangsa terjajah di halaman sendiri sekiranya mereka tidak bersaing dengan bangsa lain. Hakikatnya, walaupun mereka telah melepaskan Tanah Melayu untuk merdeka tetapi penjajahan diteruskan dengan strategi yang lain.

Kafirun merancang, Allah SWT juga merancang. Allah sebaik-baik Perancang. Rupanya tindakan memajmukkan Tanah Melayu dianggap strategi oleh pihak kuffar nampaknya telah makan diri.

Hari ini gerakan Islam khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan bersungguh-sungguh menampilkan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

Islam tidak mengutamakan bangsa, tetapi menerima semua bangsa satu ummah. Yang membezakan mereka ialah beriman ataupun tidak kepada Allah SWT.

Penampilah muslim yang sejati dengan akhlak yang luhur hari ini telah membuktikan generasi baru Kaum Cina, India dan lain-lain dapat menerima Islam walaupun hanya dalam bentuk sokongan tanpa memeluk Islam.

Namun penubuhan kelab Penyokong PAS jelas menunjukkan bangsa lain yang dulu allergic dengan PAS yang teras utamanya ialah ISLAM kini mula jinak mendekati ISLAM.

Jika PAS dan para daie yang mukhlis mengambil ini sebagai peluang, saya percaya bahawa taktik 60 tahun lepas para penjajah hanya memakan diri mereka sendiri.

Inilah rahmat di sebalik masyarakat majmuk. Kita pendokong dan pejuang Islam mestilah menonjolkan Islam dengan sepenuhnya melalui praktikal.

Tidak mustahil nanti, yang menjadi pendokong kuat gerakan Islam bukan hanya terdiri daripada Melayu sahaja, tetapi daripada India, China, Bidayuh, Kadazan dan lain-lain lagi. InsyaAllah…Islam tetap tinggi dan tetap menang!

Jaminan Rezeki dan Tuntutan Untuk Bekerja

Allah SWT telah memberi jaminan rezeki kepada seluruh makhluk yang hidup di muka bumi. Allah SWT berfirnan:

Terjemahan : Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya (akhirat).

(Surah Hud 11 : 6)

Allah SWT telah menjadikan anugerah kebaikan kepada manusia sebagai salah satu di antara tanda ketuhanan Allah Yang Maha Memelihara.

Terjemahan : Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.

(Surah Ghafir 40:64)

Anugerah kenikmatan yang dilimpahkan Allah kepada manusia itu juga merupakan bukti kemuliaan manusia di sisi Allah. Firman Allah SWT :

Terjemahan : Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

(Surah al-Isra’ 17:70)

Namun sunatullah dan kebijaksanaan-Nya menentukan bahawa rezeki yang dijamin oleh-Nya itu tidak dapat diperolehi kecuali dengan usaha dan kerja serta dengan cara menjelajahi muka bumi yang luas untuk mencari kurnia Allah SWT :

Terjemahan : Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

(Surah al-Mulk 67:15)

Friday, May 02, 2008

Agenda Melayu Baru

melayu tidak akan hilang di dunia

Entry saya hari ini berkaitan dengan Agenda Melayu Baru. Hari ini juga merupakan hari pertama konvosyen NGO melayu yang memperbincangkan kuasa politik orang Melayu hari ini akibat tsunami pru12.

Saya akan cuba mengikuti perkembangan seminar ini dari masa ke masa. Yang penting kita nak lihat apakah resolusi daripada perbincangan itu.

Melayu Baru. Melayu yang berfikiran terbuka. Melayu yang sedar bahawa bumi bernama Malaysia ini bukan milik Melayu selamanya jika orang Melayu masih sempit pemikirannya.

Orang Melayu sudah dalam keadaan selesa selepas merdeka. Orang Melayu sudah tidak mahu bersaing dengan bangsa lain. Orang Melayu tidak mampu mengatasi bangsa lain dalam banyak aspek.

Semoga pertemuan NGO melayu ini bakal merungkaikan permasalah melayu baru ini.