PERMASALAHAN
Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna terbesar internet di Asia. Internet merupakan gedung ilmu pengetahuan yang begitu luas jika kita bijak menggunakannya.
Namun tanpa disedari internet juga membawa masalah serius kepada pengguna. Internet juga dianggap berhantu kepada sesetengah orang. Masalah serius ini berlaku khususnya kepada masa menggunakannya.
Sehingga tanpa disedari masa berjam-jam dihabiskan mengadap internet tanpa mendapat apa-apa manfaat. Ramai juga teperangkap dengan agenda-agenda pihak tertentu dalam melariskan jualan mereka.
OBJEKTIF
1. Memberi panduan kepada pengguna internet untuk menggunakan internet secara bijak.
2. Memberi langkah-langkah penting dalam memaksimumkan penggunaan.
3. Menetapkan disiplin-disiplin dalam penggunaan.
LANGKAH BIJAK MENGGUNAKAN INTERNET
1. Mulakan menggunakan intenet dengan BASMALLAH. Doa semoga anda mendapat apa yang anda kehendaki dan memohon perlindungan Allah SWT daripada apa-apa yang melalaikan.
2. Tetapkan senarai harian anda untuk menggunakan internet. Contohnya : check e-mail, baca akhbar Berita Harian, update blog, download sembang dengan rakan-rakan, friendster, melawat blog rakan-rakan dsbg.
3. Senarai lawatan anda hendaklah diteliiti kepentingannya.
4. Tetapkan keutamaan. Contoh 1. Baca akhbar (10 minit) 2. Check e-mail (5 minit) 3. Update blog (20 minit) 4. Download 7u6nasyid.
5. Letakkan anggaran masa bagi setiap aktiviti.
6. Jika anda ingin download file yang besar, jadikan download sebagai keutamaan. Mulakan dengan download dan anda boleh check email, update blog.
7. Tetapkan masa untuk menggunakan internet misalnya 1 jam.
8. Jangan sesekali menerewang ke sesawang lain yang tiada dalam senarai kecuali benar-benar terpaksa. Jika anda tidak berdisiplin, anda akan gagal mendapat apa yang anda inginkan.
9. Sentiasa melihat jam/masa yang masih tinggal.
10. Disiplinkan diri anda dengan hanya memberi masa tambahan dalam 15 minit jika ada matlamat belum selesai.
11. Buka hanya 1 hingga 3 view untuk internet. Semakin banyak view yang anda buka, semakin banyak anda gagal mendapat apa yang dikehendaki.
12. Anda perlu mengawal internet, bukan internet yang mengawal anda!!!!
13. Akhirkan aktiviti dengan berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan bermanfaat kepada anda.
Semoga bermanfaat.
Amin Al-Kalantani
2 comments:
bijak sangat apa-apa yang anda tuliskan dalam hal "cara bijak menggunakan internet" ini...terima kasih, semoga Allah SWT menetapkan hati kita semua dalam keadaan iman.
Hi Iam Prabhu from chennai,joined today in this forum... :)
Post a Comment