Monday, March 05, 2007

REHLAH KE ZON PANTAI TIMUR

Alhamdulillah baru-baru nie ana telah diberi kesempatan untuk melawat dan ziarah ke Zon Pantai Timur. Ana ceritakan sedikit sebanyak pengalaman kat sana dalam misi untuk berkenalan dengan lebih rapat zon pantai timur disamping outstation di Petronas Carigali, Kerteh.

26 Februari 2007 (Isnin)
Sebenarnya boleh aje dok kat Hotel, tapi saya kira adalah lebih baik
dengan ’menyusahkan’ hakim dan rerakan rumahnya dengan menumpang tidur dirumahnya. Alhamdulillah sampai di sana sempat berbual-bual sekejap dengan hakim dan azlan (serumah hakim) kat kedai atap biru. Balik rumah aje elektrik black out. Tapi kendiannya oklah…….

27 Februari 2007 (Selasa)
Pagi-pagi lagi ana dikejutkan dengan bacaan al-Quran daripada surau terdekat rumah. Alhamdulillah....bagi ana kalu dok hotel nie tak dengan azan dan bacaan al-Quran. Confirm lewat untuk solah subuh.....Apa yang ana banggakan ialah sahabat kita Hakim Zulfikri.....(naik nama sket).....menjadi Imam subuh kat surau tu dengan kepercayaan orang surau.....

Pagi tu ana follow mahyuzie ke Petronas. Alhamdulillah dengan bantuan yuzie perkerjaan ana kat Petronas hari nie selesai, tapi malangnya elektrik padam lak. Tak dapat menyambung kerja-kerja. Di sebelah petang, ana bersama hakim, mahyuzi dan sailani menziarahi abang khairudin di terataknya. Malam tu kami solah maghrib berjamaah. Kendian selepas maghrib masing-masing sempat bertanya khabar masing-masing tentang perkembangan masing-masing. Sempat juga bermain-main dengan anak akhi khairudin, ahmad arsyad yang lincah dan cergas berusia 8 bulan sementara menunggu makan malam. Malam tu kami masing-masing menambah makanan akibat kesedapan juadah dan perut yang sememangnya kosong untuk di isi.

Masa tu ana terfikir alangkah indahnya ukhuwwah Islamiyyah yang terjalin erat dalam semangat persaudaraan ikatan Islam. Di mana-mana pasti Allah akan mempertemukan kita semula. Dalam jam 10 malam ana dan sahabat-sahabat meninggalkan rumah akhi Khairudin. Sempat bergambar....gambar ada kat sai, tak dapat nak upload lagi........


InsyaAllah dalam waktu-waktu yang ada sahabat-sahabat semua sama-samalah kita berusaha untuk bertemu bertanya khabar masing-masing. Dengan cara ini menambahkan lagi semangat perjuangan kita demi Islam yang tercinta. Jika diberi kesempatan ana ingin menziarahi semua zon termasuk malaysia timur, Sabah dan Sarawak.......

2 comments:

Mohd Nurfadhil Ya'cob said...

Seronok kan jumpa sahabat-sahabat. "Ukhuwwah ibarat 1 janji yang dibuat dalam hati, tidak dapat di tulis, tidak dapat di baca. Namun tidak akan terpisah dengan jarak, tidak akan berubah dengan masa..Sedetik di mata, selamanya di jiwa."- Salam Ukhwwah Fillah

Nurul Sharina said...

cik amin gi PCSB Kerteh ye.. best x? nantikan ana kerja di situ suatu hari nanti... jika ada rezeki.. skrg ni masih lg menganggur di rumah.. hr tu best x gi sarawak?