Tuesday, July 18, 2006

BIODATA NENEK


BIODATA NENEK

Bidah bt Jusoh

Beliau merupakan anak yang ke tiga daripada 3 adik beradik. Kesemuanya adalah perempuan. Setelah berkahwin dengan datuk, mereka dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Che Gholek. Namun Che Rolek lebih disayangi oleh Allah SWT. Pada umur 3 tahun beliau meninggal dunia. Inilah dugaan yang pertama dihadapi oleh nenek apabila anak pertama meninggal dunia.Beliaulah telah mendidik aku, abangku dan juga kakak setelah keluarga kami (ibu dan ayah) berpisah di waktu usia aku tiga bulan. Neneklah banyak memberi dorongan dan juga pemerhatian sehingga aku menjadi orang yang berguna pada hari ini. Doaku agar nenek ditempatkan dikalangan orang yang diredhai oleh Allah SWT.

Seorang sahaja bapa saudaraku yang tidak dinamakan nama beliau dihadapan sebagai Che iaitu Mohd Baijuri Che Hassan. Alkisahnya, bapa saudaraku nie selalu sahaja menangis pada waktu kecilnya sehingga terpaksa dipanggil sebagai Che Amat. Nama panggilan ini kekal hingga ke hari ini. Setelah dipanggil dengan nama Che Amat barulah beliau berhenti menangis. Mek Amin sangat sayang pada mek...

1 comment:

AMIN AL-KALANTANI said...

Kepada Mek,
Amin amat-amat berterima kasih atas segala kasih sayang yang mek curahkan kepada Amin semenjak amin 3 bulan ketika mak dan ayah berpisah. Sesungguhnya jasa mek, tak terbalas oleh Amin, cucumu ini.