Friday, June 20, 2008

Pengumuman

Untuk pengetahuan pembaca setia semua, saya akan berada di sekitar negeri Johor dan Kelantan daripada 21/6 hingga 29/6. Saya, isteri dan anak mengambil peluang bercuti ke kampung setelah lebih kurang 6 bulan tidak menginjak bumi johor dan Kelantan.

Anak kami, Muhammad Fatih yang kini masuk 4 bulan dilahirkan di Selangor walaupun ayahnya berasal dari Kelantan dan ibunya dari Johor. Kami berdua juga bercadang membawa Muhammad Fatih berziarah ke rumah sanak saudara.

Mudah-mudahan ziarah kali ini bermakna buat kami sekeluarga. Jika ada peluang, ingin berjumpa dengan sahabat seperjuangan semua. Doakan keselamatan kami sekeluarga. Salam perjuangan!

Wednesday, June 11, 2008

Rahmat disebalik negara majmuk

Sebagaimana yang diketahui Negara kita berbilang bangsa dan berbilang agama. Ada bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Ada beragama Islam, Kristian, Budhha, Hindu, Sikh dan pelbagai lagi.

Kemajmukan dalam Negara kita hari ini hasil daripada strategi penjajah British. Mereka membawa masuk seramai mungkin pekerja asing dari Negara China, India dan beberapa tempat lain sebagai pekerja di Tanah Melayu.

Taktik sebegini mungkin ada beberapa matlamat penjajah:

1) Jika Tanah Melayu hanya daripada terdiri daripada Melayu Islam, maka mudahlah Islam bertapak utuh kembali di Tanah Melayu (Malaysia). Jika Tanah Melayu di‘majmuk’kan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, maka Islam menghadapi cabaran dan tentangan untuk kembali utuh.

2) Masyarakat tempatan akan menjadi bangsa terjajah di halaman sendiri sekiranya mereka tidak bersaing dengan bangsa lain. Hakikatnya, walaupun mereka telah melepaskan Tanah Melayu untuk merdeka tetapi penjajahan diteruskan dengan strategi yang lain.

Kafirun merancang, Allah SWT juga merancang. Allah sebaik-baik Perancang. Rupanya tindakan memajmukkan Tanah Melayu dianggap strategi oleh pihak kuffar nampaknya telah makan diri.

Hari ini gerakan Islam khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan bersungguh-sungguh menampilkan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

Islam tidak mengutamakan bangsa, tetapi menerima semua bangsa satu ummah. Yang membezakan mereka ialah beriman ataupun tidak kepada Allah SWT.

Penampilah muslim yang sejati dengan akhlak yang luhur hari ini telah membuktikan generasi baru Kaum Cina, India dan lain-lain dapat menerima Islam walaupun hanya dalam bentuk sokongan tanpa memeluk Islam.

Namun penubuhan kelab Penyokong PAS jelas menunjukkan bangsa lain yang dulu allergic dengan PAS yang teras utamanya ialah ISLAM kini mula jinak mendekati ISLAM.

Jika PAS dan para daie yang mukhlis mengambil ini sebagai peluang, saya percaya bahawa taktik 60 tahun lepas para penjajah hanya memakan diri mereka sendiri.

Inilah rahmat di sebalik masyarakat majmuk. Kita pendokong dan pejuang Islam mestilah menonjolkan Islam dengan sepenuhnya melalui praktikal.

Tidak mustahil nanti, yang menjadi pendokong kuat gerakan Islam bukan hanya terdiri daripada Melayu sahaja, tetapi daripada India, China, Bidayuh, Kadazan dan lain-lain lagi. InsyaAllah…Islam tetap tinggi dan tetap menang!

Jaminan Rezeki dan Tuntutan Untuk Bekerja

Allah SWT telah memberi jaminan rezeki kepada seluruh makhluk yang hidup di muka bumi. Allah SWT berfirnan:

Terjemahan : Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiamnya dan tempat penyimpanannya (akhirat).

(Surah Hud 11 : 6)

Allah SWT telah menjadikan anugerah kebaikan kepada manusia sebagai salah satu di antara tanda ketuhanan Allah Yang Maha Memelihara.

Terjemahan : Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.

(Surah Ghafir 40:64)

Anugerah kenikmatan yang dilimpahkan Allah kepada manusia itu juga merupakan bukti kemuliaan manusia di sisi Allah. Firman Allah SWT :

Terjemahan : Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

(Surah al-Isra’ 17:70)

Namun sunatullah dan kebijaksanaan-Nya menentukan bahawa rezeki yang dijamin oleh-Nya itu tidak dapat diperolehi kecuali dengan usaha dan kerja serta dengan cara menjelajahi muka bumi yang luas untuk mencari kurnia Allah SWT :

Terjemahan : Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

(Surah al-Mulk 67:15)