Saturday, June 13, 2020

Tahun 2020

Tahun 2020

Gempar seluruh dunia dengan kehadiran Covid 19.

Tuesday, October 16, 2018

ISLAM AKAN KEMBALI GEMILANG

Salam Perjuangan

Tahun 2018 bersamaan dengan 1440 Hijrah.

Tahun 2018 dikatakan merujuk kepada tahun kelahiran Nabi Isa AS.

Sementara 1440 Hijrah merujuk kepada tahun hijrah Nabi Muhammad SAW.

Kedua-dua tahun ini mempunyai kaitan yang tersendiri.

Pada masa yang sama juga Yahudi ada kalendar mereka tersendiri.

Tahun 2018 bersamaan tahun 5779.

Tahun ini juga membayangkan kepada kita bahawa usia dunia semakin menuju kepada pengakhiran.

Sebelum kiamat, telah dijanjikan oleh Rasululullah SAW bahawa Islam akan bangkit kembali dengan tangan-tangan orang yang beriman.

Putaran zaman sedang berkembang.

Doakanlah Islam kembali gemilang.


Thursday, June 25, 2015

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1436H/2015M

Assalamualaikum

Setelah sekian lama tidak mencoret sesuatu di ruang maya ini, tergerak hati ini untuk memulakan semula langkah penulisan yang telah lama ditinggalkan.

Coretan ini bermula dengan ucapan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1436H/2015M.

Bulan Ramadhan merupkan bulan tamrin Allah SWT kepada seluruh ummat Islam.

Beruntunglah mereka yang berjuang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Amin Al-Kalantani
Kuala Terengganu 2015

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya Idulfitri 1433

Selamat Hari Raya Idulfitri. Maaf dipinta daripada semua yang mengenali diri saya.

Amin Al-Kalantani

Thursday, August 11, 2011

Madrasah Ramadan

Salam Ramadahan,

Terlalu lama rasanya tidak mencoret sesuatu diruang siber ini. Apa yang pasti minat menulisku mendorong mencoret sesuatu di sini.

Ya aku kini telah hampir melalui madrasah ramadhan kali ke-29. Selama 29 tahun jugalah telah melalui ramadhan. Jika ditolak umur baligh (29 - 15 = 14 tahun) telah melalui ramdahan dengan memenuhi tuntutannya.

Namun apa yang dirisaukan, kehidupan kita kini dirasai terlalu pantas. Sepantas masa yang berlalu dan tidak dapat semula kita kecapi. Masa yang berlalu dan ramadan yang berlalu adalah benda yang hilang tidak dapat kita temui semula.

Ya Allah bantulah hambamu ini memenuhi ramadhan kali ini.

Ya Allah bantulah kami ya Allah

Bersihkanlah hati kami daripada maksiat kepadaMu Ya Allah.

Kuatkanlah iman kami Ya Allah.

Bukakanlah pintu taubat kami Ya Allah.


Wednesday, March 31, 2010

Tiga Perkara yang susah dapat di akhir zaman

Tiga Perkara yang susah dapat di akhir zaman

Terjemahan hadith :

“Rasulullah SAW bersabda, katanya akan sampai masanya satu waktu, tidak ada yang lebih berharga untuk dimiliki dan lebih mulia dari tiga perkara : wang sedarham (seringgit atau sedikit) yang halal, saudara Islam yang boleh dijadikan tempat menghilangkan rasa keseorangan (hidup tanpa kawan dan saudara-mara tempat mengadu, ketika kita bermasalah untuk mendapatkan jalan keluar yang patut) atau hidup dalam sunnah Rasul SAW dan beramal dengannya.

(Hadith Riwayat Tabrani)

Keterangan hadith

  1. Rasulullah SAW telah mengambarkan akan datang suatu zaman dimana untuk mendapatkan rezeki yang benar-benar halal tanpa subahat cukup sukar untuk dijadikan perbelanjaan harian. Dirham halal merujuk kepada wang pendapatan yang diperolehi digunakan untuk makan, hidup bekeluarga dan membiayai anak-anak kita untuk belajar dan lain-lain keperluan asas. (Rujuk surah al-anfaal ayat 4)
  2. 90% rezeki halal berada dalam kerja jual beli atau berniaga. (Riwayat Imam As Sayuti)
  3. Bangunlah awal pagi untuk mencari rezeki dan hajat kamu kerana bangun awal itu akan mendapat berkat dalam pencariannya dan mudah berjaya. (Riwayat Ibni Adi)
  4. Di zaman ini juga susah untuk mendapatkan kawan sehati dan sejiwa yakni dikala susah pun bersama dan dikala senang pun sama merasa. Biasanya dikala senang rawai kawan keliling pinggang, dikala susah kawan pun lesap.
  5. Hubungan tidak dibina di atas asas persudaraan Islam, tetapi atas dasar materialism iaitu tujuan kebendaan semata-mata. Rumahtangga kini diasaskan di atas dasar materiaisma menyebabkan tidak bertahan sebagaimana rumah labah-labah (Rujuk surah al-ankabut ayat 41).
  6. Di akhir zaman, betapa susahnya kita untuk hidup dalam kerangka sunnah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hanya setakat teori dipelajari dan disebut-sebut, tetapi malangnya tidak dijadikan amalan seharian dalam segenap aspek kehidupan.

Kesimpulan

  1. Sentiasa teguh dan berjiwa besar untuk mendapatkan yang halal walau sukar dan susah. Perkara yang haram menjijikan jiwa orang-orang yang beriman dan bertakwa.
  2. Islam adalah asas persabahatan, jangan mengutamakan dasar materialisama.
  3. Keutamaan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah SAW walaupun orang lain tidak suka dan membenci.

Rujukan :

KOleksi kupasan kuliah Maghrib , Hadis Akhir Zaman Jilid 1, Haji Abdul Aziz Che Ibrahim

Tuesday, March 23, 2010

Strategi Nabi menggunakan orang bukan Islam untuk menegakkan Islam dan aplikasi PAS dalam strategi terkini.

Strategi Nabi menggunakan orang bukan Islam untuk menegakkan Islam dan aplikasi PAS dalam strategi terkini.

Bab

Perkara

Muka Surat

1.0

Pendahuluan

1

2.0

Strategi Rasulullah SAW terhadap bukan Islam

2

3.0

Aplikasi sirah Nabi Muhaamad SAW terhadap perjuangan PAS kini.

3

4.0

Kesimpulan

4

5.0

Rujukan

5







1.0 Pendahuluan

Rasulullah SAW telah mempergunakan pelbagai taktik dan strategi dalam memenangkan Islam. Taktik dan strategi itu telah mendapat panduan daripada Allah SWT. Antara taktik dan strategi Rasulullah SAW ialah menggunakan kelebihan bukan Islam dipermulaan Islam, semasa peristiwa hijrah, selepas hijrah dan di masa pembukaan kota Makkah. Sirah perjuangan Rasulullah SAW ini semestinya dikaji oleh jamaah islamiyyah khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Senario politik di Malaysia selepas PRU-12 dilihat mempunyai impikasi yang besar terhadap taktik dan strategi PAS dalam memastikan kemenangan Islam pada PRU-13 akan datang. Slogan PAS FOR ALL menarik perhatian bukan Islam untuk bersama dengan PAS. Natijahnya, orang bukan Islam berani bersama dengan PAS dengan menubuhkan Kelab Penyokong PAS (KPP). Lebih memberangsangkan apabila isu untuk menjadikan orang bukan Islam sebagai ahli PAS.

Kertas kerja ini akan mempunyai dua tahap. Tahap pertama akan membahaskan strategi dan tektik Rasulullah SAW dengan menggunakan bukan Islam dalam memenangkan Islam. Dengan menggunakan fiqh Sirah Rasulullah SAW ini, saya akan cuba mengaitkan dengan jamaah Islam PAS dalam menggunakan bukan Islam bagi memenangkan Islam di Malaysia.

2.0 Strategi Rasulullah SAW menggunakan bukan Islam

Perkataan ‘strategi’ berasal daripada perkataan Greek iaitu strategos, istilah ketenteraan untuk menerangkan kemahiran seorang panglima perang. Ia merujuk kepada perancangan seorang panglima perang mengatur pasukannya dengan matlamat menewaskan pihak musuh. Rasullulah SAW telah menggunakan bukan Islam sebagai strategi memenangkan Islam dalam beberapa keadaan.

Diperingkat awal kemenangan Islam, Rasulullah SAW telah ditekan hebat oleh golongan penguasa jahiliyyah khususnya Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi pemuka Arab Quraish. Walaubagaimanapun,mereka tidak boleh memperlakukan apa-apa terhadap batang tubuh Nabi kerana mendapat perlindungan politik daripada bapa saudaranya Abi Talib yang merupakan pembesar utama di Kota Makkah. Prinsip ini dikenali sebagai Hawiyah ataupun suaka politik. Ini dapat dilihat dengan kata-katanya,

[1]

“Wahai anak saudaraku! Pergilah, katakanlah apa yang engkau suka, demi Allah aku tidak membiarkan engkau diganggu selama-lamanya.” [1] Demikian Abu Thalib mengatakan isi

hatinya. setelah pujukannya kepada Rasulullah SAW supaya memberhentikan dakwahnya ditolak oleh RAsulullah dengan tegas.

Kadangkala seorang pendakwah perlu menggunakan perlindungan keluarganya walaupun mereka tidak menerima dakwahnya kerana perjuangan dakwah masih lemah. Oleh itu sikap fanatik kesukuan atau kekeluargaan ini dapat dimanfaatkan oleh pendakwah dalam menjaga dan

melindungi gerakan dakwahnya, selama mana iainya tidak disertai dengan berbagai kemungkaran yang dilarang oleh syara’. [2]

Peristiwa kedua ialah apabila Rasulullah SAW mengarahkan kaum muslimin berhijrah ke Habsyah di bawah pemerintahan Najasyie seorang Raja Nasrani. Di sini dapat diambil iktibar bahawa gerakan Islam boleh meminta bantuan pemerintah bukan Islam yang menghormati Islam dan boleh bekerjasama. Ini dapat dilihat sebagai suaka politik untuk ummat Islam.

Peristiwa ketiga dapat kita ambil pengajaran ialah di waktu Rasulullah SAW berhijrah bersama dengan Abu Bakar. Abu Bakar telah menyewa/mengupah Abdullah bin Uraiqit Al Daily iaitu seorang musyrik yang akan bertindak sebagai pemandu jalan menuju ke Madinah. Tujuannya adalah supaya mereka tidak dibawa melalui jalan biasa yang dilalui oleh kaum Quraisy, akan tetapi mengikuti jalan baru yang tidak dikenali orang [2]. Walaupun Abdullah bin Uraiqit seorak musyrik, tetapi amanah dan taat menyimpan rahsia. Tindakan Abu Bakar ini tidak ditolak oleh Rasulullah SAW. Ini menunjukkan kepintaran dan kemahiran orang bukan Islam boleh digunakan selagi mereka tidak memusuhi Islam.

Peristiwa keempat yang boleh kita ambil ialah daripada sudut sistem pertahanan. Rasulullah SAW telah menggunakan sistem yang diwujudkan oleh orang Parsi iaitu parit dalam berhadapan dengan tentera Ahzab. Walaupun sistem ini adalah cetusan idea daripada Salman al-Farisi yang telah Islam, namun sistem tersebut adalah daripada orang bukan Islam. RAsulullah SAW menerima cadangan tersebut.

[2]

Selain itu juga, tindakan Rasulullah SAW meminjam daripada Safwan yang masih musyrik seratus helai baju besi dan senjata yang secukupnya itu adalah membuktikan bahawa selain daripada wajib mengadakan persiapan secukupnya dalam menghadapi musuh, diharuskan pula membeli senjata daripada orang kafir atau meminjamnya dengan syarat tindakan itu tidak membantu mereka menjadi lebih kuat dan berkuasa. Dan juga tidak mengakibatkan orang Islam tertekan dan tertindas dengan sebab bantuan yang mereka berikan itu [2].

3.0 Aplikasi Sirah Nabi Muhammad SAW terhadap perjuangan PAS kini

Gerakan Islam PAS kini boleh diterima oleh orang bukan Islam. Ada beberapa pendekatan yang boleh diguna pakai oleh PAS terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendekatan Rasulullah SAW. Antaranya ialah menggunakan suaka politik, kemahiran dan kepintaran orang bukan Islam dalam memenangkan Islam.

Imam Hasan al-Banna membataskan kerjasama dengan bukan Islam dalam dua syarat iaitu ketika darurat (terpaksa) dan melantik mereka bukan sebagai jawatan-jawatan Wilayah ‘Ammah (kepimpinan induk) [3]. Darurat ialah kemaslahatan yang menglibatkan kehidupan manusia serta melaksanakan matlamat syarak dalam memelihara agama, jiwa, harta, keturunan dan akal manusia.

Dalam ruang lingkup tersebut, tindakan PAS mewujudkan Kelab Penyokong PAS yang diterajui oleh orang bukan Islam merupakan tindakan yang tepat sebagaimana RAsulullah SAW menggunakan Abdullah bin Uraiqit Al Daily sebagai penunjuk jalan sewaktu berhijrah. Kemahiran dan sokongan orang bukan Islam di waktu tersebut diterima oleh Rasulullah SAW selagi mana tidak mendatangkan mudarat kepada Islam.

Merujuk kepada Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din meyifatkan PAS telah memasuki era kerjasama antara pendokong PAS dengan penyokong yang bukan Islam bermula dengan Kelab Penyokong PAS. Beliau juga menyambut baik tindakan PAS Pusat mengangkat kedudukan Kelab Penyokong PAS kepada taraf dewan (Dewan Perhimpunan Penyokong PAS) memandangkan fungsi dan peranan yang dimainkan memberikan kesan besar kepada parti.

PAS juga telah menjadikan orang bukan Islam sebagai rakan tahaluf siyasi terutamanya dalam rakan Pakatan Rakyat. DAP dan PKR yang dianggotai oleh bukan Islam merupakan rakan tahaluf siyasi selagi mana mereka tidak melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama di waktu mewujudkan pakatan rakyat. Ini selaras dengan tindakan Rasulullah dalam beberapa perjanjian dengan kumpulan bukan Islam semasa period selepas hijrah di Madinah. [3]

Selain itu, PAS boleh menggunakan segala cadangan dan pandangan orang bukan Islam bagi memperkukuhkan lagi pertahanan gerakan Islam sebagaimana yang berlaku kepada Rasulullah SAW dalam perang Khandaq. Sistem dan strategi yang digunapakai oleh bukan Islam boleh digunakan oleh PAS seperti sistem demokrasi dan sebagainya.

Antara lain yang PAS perlu lakukan ialah boleh melantik orang bukan Islam memegang amanah-amanah yang khusus dalam kepimpinan negeri yang diterajui oleh PAS seperti di Kelantan dan Kedah. Dengan meletakkan orang bukan Islam dalam pentadbiran, ini membuka peluang PAS untuk menyampaikan dakwah Islam kepada orang bukan Islam. Ini juga menjadi satu strategi yang baik dalam memastikan mereka memahami apakah dasar perjuangan PAS.

Kisah Rasulullah SAW meminjam seratus helai baju besi daripada Safwan (Seorang musyrik) juga boleh dijadikan sebagai strategi PAS. Di sini PAS boleh mendapatkan bantuan daripada orang bukan Islam dalam bentuk material, kerjasama, kempen dan segala bentuk bantuan untuk memenangi pilihanraya.

Ini jelas pada kita sepanjang pilihanraya yang lepas khususnya Pilihanraya Kecil, orang bukan Islam tidak segan silu lagi untuk membantu PAS dalam pelbagai bentuk. Ada yang berkempen, ada yang membantu dari segi kewangan dan ada yang memberi bantuan dari segi buah fikiran bagi memenangi hati orang bukan Islam.

4.0 Kesimpulan

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Sama sekali kita tidak akan dikalahkan pada hari ini disebabkan sedikit bilangan”.

Sesungguhnya RAsulullah SAW telah menggariskan kepada kita satu prinsip yang jelas iaitu kemenangan itu tidak akan dicapai dengan bilangan yang banyak dan tidak pula dengan senjata yang baik dan canggih. Akan tetapi sesungguhnya kemenangan akan dapat dicapai dengan faktor dalaman yang kuat yang merangsang jiwa para pejuang mati-matian.

Ini bermakna, PAS sebagai Parti Islam mestilah mengutamakan kehendak Allah SWT daripada kehendak manusia. Walaupun orang bukan Islam kini boleh bersama PAS, namun tuntutan mereka yang berlawanan dengan Islam mestilah diuruskan dengan bijak dan hikmah. Persoalan untuk menjadikan orang bukan Islam sebagai ahli PAS perlu dilihat secara teliti.

[4]

5.0 Rujukan

[1] Nawawi Dusuki, 2009. Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah SAW, Wholesale-Mart Business Point Sdn Bhd.

[2] Dr.Mustafa Al-Siba’ei, 2004. Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW, Kajian dan Pengajaran. Pustaka Darussalam.

[3] Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, 2000. Fiqh Siasah Menurut Imam Syahid Hassan Al-Banna. Pustaka Syuhada.

[4] Harakah, Bil. 1500.

Tuesday, January 26, 2010

Tafsir Al-Quran Perkata

Al-Qur’an Tafsir Per Kata ini mempermudah kita dalam memahami erti dan isi al-Qur’an. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul dan Terjemahan yang memperkayakan Al-Qur’an Tafsir ini. Baru dilancarkan pada sekitar Jun 2009.

Sebuah Tafsir al-Quran yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur’an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turu ayat)

dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.

Kelebihan Tafsir Qur’an Per kata:

  • Tafsir global yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
  • Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
  • Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui)
  • Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
  • Dilengkapi juga dengan terjemahan.
  • Tersedia 5 pilihan warna Cover : Merah, Pink, Hijau, Ungu, Biru (*Bergantung kepada Stok)
  • Yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang

Harga (SM) : RM 100.00 (Biasa: RM 160.00)

Ukuran : 21 cm x 29 cm (saiz A4) – Hard Cover

PERCUMA BEG AL-QUR’AN

HUBUNGI AMIN AL-KALANTANI 019-7964780

Thursday, December 24, 2009

PROMOSI HEBAT!!!!

PROMOSI HEBAT !!!

Jom membeli belah buku di kedai online!

Penghantaran terus ke rumah anda tanpa perlu ke kedai kami.

Daftar dan beli di internet. Cukup mudah!!!

Mailah membeli belah di kedai kami di http://www.stormreaders.net/rafidah

ANDA JUGA BERPELUANG UNTUK MENJANA PENDAPATAN.

JOM SERTAI KAMI BERSAMA STORMREADERS.

Maklumat lanjut hubungi

AMRA BOOKSTORE

Amin Al-Kalantani ( 019-7964780 )

Rafidah Al-Banjari ( 019-7840664 )

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H


kadramadan

Salam Perjuangan,

Sedar tak sedar Ramadhan 1430H bakal kita temui lagi tahun ini. InsyaAllah.

Suatu nikmat yang dianugerahkan Allah SWT sebagai peluang kepada kita semua untuk bertaubat dan memperbaiki mutu iman & takwa.

Sudah banyak peluang yang Allah SWT berikan kepada kita, sebanyak itu juga kita terleka.

Peluang ini juga saya memohon kemaafan daripada anda semua yang mengenali dan juga penjenguk blog amin1982.wordpress.com yang bakal cukup umur 3 tahun pada 9/9 akan datang.

Semoga blog ini terus bernafas untuk memberi kebaikan kepada semua.

Juga tidak lupa kepada para pejuang Gerakan Islam di Permatang Pasir (N11) mudah-mudahan Allah berikan kemenangan dunia & akhirat.

Juga kita mengharapkan agar dengan kehadiran ramadan tahun ini akan melenyapkan jua H1n1 di dunia ini dengan keberkatan doa dan ketaqwaan kita semua.

Akhirnya, saya hadiahkan anda satu puisi yang saya karang tahun lepas sebagai buah tangan untuk Ramadhan yang bakal akan tiba.

RAMADHAN & LAILATUL QADR
MATAHARI 30 SYABAN 1429

RAMADHAN
KAU HADIR LAGI TAHUN INI
HADIRMU PENUH PENGHARAPAN
SEGUNUNG HARAPAN BUAT PECINTA TUHAN
HADIRMU MEMBERI NAFAS BARU BUAT PEJUANGRAMADHAN
SILIH BERGANTIN SETIAP TAHUN
HADIRMU SEPI BUAT YANG BERJIWA MATERIALISMA
HADIRMU TIADA MAKNA BUAT YANG ALPA
HADIRMU TIADA ERTI PADA YANG LEKA
HADIRMU TIDAK TERASA OLEH MEREKA

RAMADHAN
AKU TERUS MEMASANG HARAPAN
AGAR RAMADHAN TAHUN INI
TERCATAT SATU PERUBAHAN
DALAM HIDUPKU YANG PENUH NODA DAN TITIK HITAM
KEMBALI KEPADA FITRAH
ITULAH YANG AKU HARAPKAN

RAMADHAN
TAWARANmu SUNGGUH BESAR
LAILATUL QADR MENJADI HARAPAN
SEMUA INSAN YANG BERIMAN
SEPANJANG RAMADHAN
HADAPILAH UJIAN DAN CABARAN
SEMOGA LAILATUL QADR MENJADI GANJARAN

RAMADHAN
MOGA RAMADHAN TAHUN INI CUKUP BEERTI
MENJADI TITIK MULA PERUBAHAN
PERUBAHAN KEPADA MUKMIN SEJATI
YANG MAMPU BERJIHAD MENEGAKKAN KEBENARAN
DI DALAM DIRIKU SENDIRI
KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA INI
YA ALLAH JADIKANLAH RAMADHAN
KALI INI RAMADHAN BEERTI BUATKU

MUHAMMAD AMIN BIN HJ CHE HASSAN AL-KALANTANI

8 RAMADHAN 1429
5.02 PM DI TRISYSTEM

Amin Al-Kalantani
http://amin1982.wordpress.com

Shah Alam