Wednesday, December 06, 2006

Debaran ke Alam Perkahwinan

Debaran ke Alam Perkahwinan
6 Disember 2006
Rabu

Aku menulis lagi dalam waktu-waktu lapang untuk menunggu cuti yang aku ambik dari 11/12/06 hingga 2/1/07 tahun depan. InsyaAllah dengan kuasa Allah aku akan melangsungkan perkahwinan pada 17/12/06. Indahnya Islam kerana sudah mengatur fitrah manusia dengan jalan yang paling suci dan tulus.

Adam perlukan hawa. Itulah fitrah azali yang setiap lelaki memerlukan seorang teman iaitu kaum hawa dalam meniti kehidupan yang penuh cabaran dan onak duri. Kalau sebelum ini kita hanya memikirkan kepenringan sendiri, tetapi apabila sudah berumah tangga kena fakir soal isteri dan anak-anak serta mentua.

Cabaran akan silih berganti dalam mengeratkan lagi ikatan perkahwinan. Sebagaimana jika seorang petani memacakkan kayu di atas pasti dia memusingkan ke kanan dan ke kiri dan serta memacakkannya dengan kuat bagi memastikan kayu itu terpacak utuh…begitulah resam berkeluarga. Ada saja yang akan dating menguji dan mencuba.

Namun Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sudah menyediakan kita dengan beberapa persediaan. Antara amalan-amalan untuk memastikan ujian dan cabaran ini mampu diatasi dengan baika ialah dengan menghidupkan roh keimanan dalam diri, keluarga dan bait(rumah). Hidupkan rumah kita dengan bacaan al-Quran dan solat sunnah yang pelbagai. Biasakan senyum…kerana senyum menghasilkan gelombang ketenangan….

Sekali lagi…tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang akan menamatkan zaman bujang masing-maing. Ingatlah rumahtangga dakwah yang kita bina adalah pusat melahirkan mujahid dan mujahidah yang “sujud” kepada Allah di mana-mana mereka berada bukan sujud dalam solah sahaja tanpa mengetahui makna dan aplikasi disebalik hikmah solah….

Tahniah sekali lagi….Jemput ke majlis ana pada 17/12/06 di Batu Pahat.

Amin al-kalantani

http://amin1982.blogspot.com
http://walimahtul-urus.blogspot.com